Sabtu, 14 Januari 2012

RM500 JUTA: MENANG SORAK ISLAM TERGADAI

Oleh: ABANG BINGAI

Dari perspektif urusniaga, RM500 juta bukanlah satu pelaburan berbaloi untuk membina sebuah shopping complex.

Justeru kenapa Sony Ho sanggup melabur RM500 juta untuk Aman Central di Alor Setar? Walhal shopping complex yang sedia ada di bandaraya Alor Setar tidaklah sesesak mana. Tidak ramaipun pengunjung jika mahu dibandingkan dengan GEORGETOWN, JB dan KL.

Let me explain bagaimana Sony Ho agen DAP, Cina Kristian, penggiat agama Kristian yang totok di Pulau Pinang mahu jayakan agenda tuannya DAP.

Baiklah dibina Aman Central beserta kondo yang mahal-mahal, lantas pemiliknya nanti Cina dan bukan Melayu. Tok lebai koyok hijau mana yang boleh beli unit kondo dan lot niaga yang paling murahpun harganya RM700-800 ribu. Maka Kanchut, Aman Central, akan dihuni Cina Kristian dan Buddha.

Pada ketika itu madrasah salihiah tiada lagi, tapak wakaf khas ini diatasnya adakah flyover, dibawahnya taman tempat anak muda melayu beromen, dan dibawah tanahnya adalah septic tank(saluran najis) untuk discharge ke sungai berhampiran.

Maka PAS menang sorak, Islam tergadai, PAS pun ketawa bangga, projek terbengkalai BN 32 tahun mereka dapat pulihkan, tapi Syiar Islam, institusi dan elemen Islam dalam bentuk bangunan Madrasah seperti Madrasah Salihiah sudah lagi tiada. Sony Ho ketawa, DAP ketawa, Cina makin dominan di bandaraya Alor setar(sebelum ni pun dah ramai kini lagi ramai).

Tokong Dewi Kwan Yin, Pulau Pinang
Malangnya, dikeliling Aman Central dan kondo yang dimegahkan Azizan sebab dia berjaya bina dengan bantuan duit judi kasino dari Macau dan Hong Kong berjumlah RM500 juta, yang tinggal hanyalah Baptis Church, Katolik Church, Tokong Cina, Tokong Hindu. Dan 20 tahun lagi kalau Sony Ho dah tak mau lagi jalankan usahaniaga Aman Central, tapak tanah yang dah ditukar kepada nama dia termasuk tanah wakaf khas yang dijual MAIK padanya tidak mustahil bakal ditukar untuk dibangunkan dengan sebuah gereja atau tokong terbesar didunia.

Sekarang ni bolehlah kita semua bertepuk sorak, bergebang pandai, spin sana spin sana, tapi ingatlah.. apa akan jadi 10 atau 20 tahun lagi.. Masa itu kita tengok bolehkah lagi PAS berbangga 'tengok inilah kejayaan kami'. KEJAYAAN MENGGADAIKAN TANAH WAKAF KHAS UMAT ISLAM demi RM500 juta buat meraikan kesungguhan SONY HO menjalankan agenda DAP dan dakyah Kristianisasi..

Maka akan pakat bertakbirlah puak PAS!!!! HALILUYAH

Terima kasih mudir dan guru pondok dari beberapa buah tempat di Jitra yang sudi mengunjungi Madrasah Salihiah,.. sokongan para tuan guru, ustaz semua yang sanggup untuk turut serta syahid bersama umat Islam yang lain untuk pertahankan RUMAH ALLAH ini amat dihargai.. Ibarat kata Tuan Guru Sabri Osman, Mudir salah sebuah pondok di Jitra, "Tunjukkan nas mana, ayat mana, kitab dari Imam Maliki, Hambali, Hanafi, dan Shafie yang menyatakan tanah wakaf khas umat Islam boleh dijual kepada Cina Kristian dan boleh dibangunkan untuk tujuan selain dari dinyatakan si pewakafnya????

Dato Mufti yang ni Dato kena jawab, ana ente tak kuasa mau campurlah, kerana kami ini bingai-bingai, tidak cerdik dan bukan lulusan agama.

Ustaz Sabri Osman menambah lagi ibtidal hanya terpakai kalau tapak tanah wakaf khas sedia ada dah tenggelam ditelan bumi, tapak jadi berlubang atau tiada lagi, maka bolehlah diganti dengan tanah lain di tapak yang lain. 

Demikian juga surau ganti mengikut kaedah ibtidal ini hanya terpakai jika bangunan surau sedia ada dimakan anai-anai, reput nak runtuh membahayakan jemaah, maka wajib diruntuhkan, tapi harus dibangunkan pula surau atau bangunan madrasah baru di tapak tanah wakaf yang sama. Tidak boleh berubah atau berganjak walau seinci pun, sebab konsep wakaf ini tapaknya dan tempat tanah itu diwakaf kekal sampai ke hari kiamat.. Terima kasih tuan guru!!!! Atas penjelasan tuan guru selepas kita semua selesai berjemaah MAGHRIB sebentar tadi.

Mudah-mudahan lebih ramai ilmuan Islam tulen seperti tuan guru datang untuk menjengok dan mengimarahkan madrasah Salihiah. Janganlah seperti jadi lebai koyok sembang saja pandai tapi depa langsung tak pernah datang untuk imarahkan madrasah ni, jadi depa bukan tau betapa cantiknya surau dibahagian atas bangunan madrasah ini yang cukup indah malah lebih hebat dari kompleks Dakwah. 

Sebab tu puak celupar ni boleh kata macam-macam pada Rumah Allah seperti MADRASASAH SALIHIAH ini.

Kesimpulannya, biarkanlah PAS DIPERBODOH SONY HO DAP CINA KRISTIAN.. kita umat Islam seluruhnya di Kedah kita lawan habis-habisan.. Syahid, syahid, syahid, syahid dan kami waqafkan diri kami semua untuk pertahankan MADRASAH SALIHIAH..

Peringatan: USTAZ AZIZAN tolong bagitau pada pemaju, kalau anak jantan datang la waktu siang robohkan madrasah ini, kenapa nak curi-curi roboh bangunan madrasah ini pada waktu malam???  Jangan ingat kami tak tau... nak roboh waktu malam ka, waktu subuh ka, yang penting kita bermandi darah dulu, dan jangan ingat kami yang bingai-bingai ni akan berdiam diri. USIK sikit saja madrasah kami, taulah apa nak jadi.. Kalau betul anak jantan, saya nak persilakan!!!!!!

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

KENAPA IANYA AKAN DIROBOHKAN PADA WAKTU MALAM? PELIK BUNYINYA...

Tanpa Nama berkata...

yang aku tahu lah.PAS dgn UMNO serupa sahajaZaman umno pun depa lah yg bagi cina kaya raya.Kini zaman PAS pun bagi cina juga kaya raya.

PAS macam boya.UMNO macam harimau.

akan aku cerita lagi....hangpa semua mohong sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Sedey betol...sumpah sedey...
Individu yg blm tentu betol dan baik akhlaknya dipuja...dipuji...dibela...sanggup berhimpun beribu2 org...tang org yg duk perjuangkan islam dipecatnya...tanah wakaf yg dijaga...diamanah...sanggup digadainya...mana silapnya?mcm mana la aku nak pilih org mcm nih :-(

Tanpa Nama berkata...

TERGAMAK KAUM FASIK PAS INI ..JUAL TANAH WAKAF KHAS ORANG ISLAM PUNYA...KEPADA KAUM CINA KAFIR KRISTIAN DAP LAKNATULLAH..........

MEMANG CELAKA PUAK FASIK PAS NI........KAUM KAMU TELAH MENGGADAIKAN ISLAM , TELAH MENGKHIANATI UMAT ISLAM...

SELURUH RAKYAT KEDAH SANGAT KECEWA...MARAH ..MURKA...SESIAPA YANG TELAH MENJUALNYA DAN BERSUBAHAT...ADALAH SANGAT MENJIJIKKAN....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates