Ahad, 8 Januari 2012

Roundabout

Tak mampu lagi mempertahankan perbuatan menjual tanah wakaf Madrasah Salihiah, maka penulis "hebat" Harakah membuat recycle hujah yang telah disanggah awal, namun sunyi sepi tentang persoalan yang ditimbulkan oleh orang ramai yang tidak mahu Madrasah tersebut diruntuhkan.

Pusing dan pusing, tapi....persoalan-persoalan yang sudah terang dan tidak langsung disentuh mereka ialah:

1. Apakah keperluan Madrasah dan tanah dijual kalau pun hendak membina Kompleks membeli belah. Tak boleh kah bina kompleks tanpa runtuh dan jual tanah Madrasah? Itu soalan kita.

2. Dimanakah pelan lengkap dan perjanjian hak milik Surau ganti baru (Sebagaimana didakwa). Sampai sekarang, pihak yang menyebarkan kononnya nak buat surau ganti, tapi tak tunjukkan perjanjian hak milik. Orang PAS pun takkan percaya kalau beli tanah takdak perjanjian atau geran, mana gerannya?

3. Mereka mendakwa hendak runtuh surau sebab tidak cukup ahli jemaah, tetapi mereka kata hendak bina pula musollah dalam Komplek bersaiz 400 jemaah. Percanggahan kenyataan sendiri.

4. Mereka taichi kepada MAIK dan Majlis Fatwa, sedangkan permohonan jelas adalah dari PKNK. Iaitu Ustaz Azizan yang memohon menjual tanah Wakaf.

5. Mereka dakwa bahawa Tuanku Sultan sudah dimaklumkan, namun terbukti mereka berbohong.

6. Mereka dakwa Madrasah itu diruntuhkan oleh BN dan yang ada bukan berusia 100 tahun. Mereka malu-malu nak jawab soal Tanah Wakaf, tetapi hanya bercakap soal bangunan yang dinaiktaraf, bukan diruntuhkan untuk buat shopping kompleks seperti mereka.

Tapi ya lah, mereka tahu bahawa penyokong taksub PAS bukan ada daya intelektual, 
...mana la depa tau kata bila janji sesuatu bangunan perla ada perjanjian...perlu ada hak milik. Tak payah tengok dokumen, pakai percaya saja...

...Mana la depa tau kata bila Majlis Fatwa jawab surat PKNK maksudnya PKNK yang minta nak roboh.

Tapi sikit saja orang PAS macam tu, kebanyakan orang PAS ni depa tau kata Roboh Madrasah ini bukan untuk kepentingan PAS atau kerajaan, tapi untuk ego individu sahaja..

Soalan kita, buat la apa pun, kalau tak runtuh Madrasah tak boleh ka?

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ostad Zizan lulusan Al Azhar. Tak perlu orang lain nasihat dia.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates