Jumaat, 6 Januari 2012

Sah!!!! Fatwa Tidak Dipersembah Maklum Kepada Tuanku.

Bukan main hebat lagi PAS mencanangkan bahawa Jawatankuasa Surau telah menderhaka kepada Tuanku Sultan apabila bersolat hajat memohon agar Madrasah Salihiah tidak dirobohkan. Kata mereka itu adalah keputusan Sultan, dan bukan keputusan PKNK dan Kerajaan Negeri.
Mudahnya mereka cuci tangan, tapi cuba kita baca petikan dibawah: 
Sinar Harian: Adakah isu ini sudah dipersembah kepada pengetahuan Tuanku Sultan?
Sheikh Muhamad BaderudinKelmarin, Tuanku Sultan ada bertanya mengenai isu ini kepada saya. Saya sedang berusaha aturkan perjumpaan dengan Baginda dalam masa terdekat, untuk memperjelas isu madrasah ini, terutama berkaitan fatwa yang dibuat. 

Ini membuktikan bahawa, sehingga Tuanku Sultan bertanya, Fatwa ini masih tetap belum dipersembahkan kepada Tuanku. Malah Tuanku belum diperjelaskan lagi tentang isu Madrasah Salihiah ini.

Cuba baca sebahagian daripada laporan polis Ketua Pemuda Parti yang nak merobohkan Madrasah Salihiah: 

2) Majlis Fatwa Negeri Kedah adalah dinaungi oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini baginda adalah Yang DiPertuan Agong. Setiap keputusan majlis fatwa telah dipersembahkan kepada baginda untuk makluman atau perkenan. Dengan itu tindakan BBSMS menentang keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah bererti menderhaka kepada KDYMM Tuanku Sultan yang kini merupakan Yang DiPertuan Agong.

Tanpa pengetahuan, beliau membuat laporan palsu bahawa "Fatwa TELAH dipersembahkan...". Kalau perkara sebesar ini boleh diperbohongkan, cuba bayangkan apa lagi yang dibohong beliau.

Malah, pendedahan demi pendedahan membongkarkan bahawa perkara tersembunyi disebalik Tindakan Kerajaan Negeri menjual tanah wakaf ini..

Malah surat dibawah memperjelaskan lagi beberapa isu yang menjadi persoalan hebat iaitu:

1. Bahawa penjualan Madrasah Salihiah adalah dipohon oleh PKNK, dan tidak ada kena mengena dengan cadangan menambahbaik wakaf. Ia dipohon oleh Dato' Abdul Rahman Ibrahim dan sudah tentu dengan perkenan pengerusi PKNK, Ustaz Azizan.

2. Ia juga menjelaskan bahawa kebenaran perobohan surau itu adalah kebenaran bersyarat iaitu, Surau itu mesti lebih besar, lebih luas, seboleh-bolehnya berasingan dari bangunan lain dan ditadbir bersama oleh JK Madrasah Salihiah yang ada.

3. Jadi, adakah terdapat bukti bahawa syarat-syarat tersebut telah dipenuhi? Kerana sibuk memaki hamun, Kerajaan PAS tidak sedar bahawa Fatwa bersyarat tersebut tidak langsung dipenuhi, malah tidak berani dibentangkan kepada rakyat mahupun pihak jawatankuasa Madrasah. Walhal penglibatan JK asal Madrasah adalah sebahagian dari syarat Fatwa tersebut. Bukan setakat tidak bekerjasama dengan JK Madrasah yang ada, JK tersebut diserang kiri kanan. Apa bentuk kerjasama kah ini?

Dan jika syarat tidak dipenuhi oleh kerajaan PAS dan PKNK, mengikut fatwa ini bermakna perobohan tidak boleh dilaksanakan. MAIK dan Majlis Fatwa tidak boleh dipersalahkan perobohan diteruskan.



Malah, bagi memelihara amanah pihak yang mewakafkan, Kerajaan PAS dan MAIK juga wajib membentangkan apa perancangan terperinci untuk digunakan wang RM1.48 juta ringgit itu? Sudah adakah? Setahu kami, tidak ada yang berani merancang apa-apa berkenaan duit tersebut kerana bahang panas tidak memelihara amanah akan memburu sesiapa sahaja yang bersubahat.

Tidak ada satu pun bukti bahawa kerja-kerja dan perancangan penting bagi memelihara amanah wakaf tersebut diwujudkan samada oleh PKNK atau kerajaan negeri. Tapi bukti kegelojohan aktiviti Meroboh dan Menjual tanah tersebut telah berlaku.
 
Kesimpulannya, terbukti bahawa perobohan dan penjualan harta wakaf Madrasah Salihiah ini tidak ada kena mengena dengan menambahbaik amanah wakaf, sebaliknya memberi laluan kepada pembinaan kompleks membeli belah yang bakal dihuni dengan pelbagai aktivi komersial yang mustahil dapat dikawal halal haramnya.

Dan tanah wakaf itu akan menjadi saksi melangkaui hayat sesiapa pun diantara kita disini, aktiviti-aktiviti yang tidak selari dengan apa yang diajar Rasulullah SAW berlaku diatas tanah wakaf.

Yang manakah lebih utama? Kompleks komersial atau Amanah Wakaf?

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan kaldai PAS Kedah akan buat apa sahaja demi temolok dan perut.Tak ada sebiji padi pun nak bangun islam macam pak lebai pas laungkan dalam hkutbah mereka di corong masjid hijau peka

PAS lebih teruk drp kerajaan UMNO.Dulu pas kata umno kapir.Sekaerang PAS nak kata apa pula pada diri pas sendiri.t

Pak Lebai PAS cakap dan jual islam demi kepentingan perut depa sahaja.Surau pun depa gamak roboh.Demi duit ringgit..

Kerajaan PAS karut dan cakap tak serupa bikin.mana nak letak maruah pak lebai pas.

PAS akan jual segalanya.PAS bela kemungkaran.PAS bela maksiat.PAS bela liwat .PAS bela hura hara.

utara berkata...

benar ! dan sahih !

tanah wakaf ini telahpun dijual kepada pemaju kafir kristian...kerana geran tanah wakaf ini telah hilang dipejabat tanah ...tiada hak milik ke atas majlis agama islam..

persoalannya ialah..DIMANAKAH GERAN TANAH WAKAF KHAS INI? DI RUMAH MB AZIZAN KAH? DI RUMAH EXCO KAH? DI DALAM RUMAH SONNY HOH KAH? DI RUMAH PKNK KAH? BDB KAH?


SILA CARI GERAN TANAH WAKAF KHAS MADRASALAH INI ....DI SELURUH MALAYSIA...

OLEH KERANA TANAH WAKAF KHAS INI TELAH DIJUAL............SOALAN LAGI? KENAPAKAH DIJUAL? TANAH WAKAF KHAS INI TELAH MENJADI HAK MILIK SIAPA SEKARANG INI? GERAN TANAH WAKAF INI DIMILIKI OLEH SIAPA SEKARANG NI?

YANG PASTI..TIADA DIPEJABAT TANAH...DISAHKAN RAKAN DIPEJABAT TANAH..

ADAKAH MUFTI TAHU DI MANAKAH GERAN TANAH INI SEKRANG?...

CARILAH JAWAPANNYA...

Tanpa Nama berkata...

TERGADAI SUDAH TANAH WAKAF...

HANYA DENGAN NAMA PASARAYA MEGA...

DUNIA ..DUNIA...DUNIA...

MANUSIA APAKAH INI? INIKAH AJARAN ISLAM ? PEWAKAF TELAH MEWAKAFKANNYA LEBIH 106 TAHUN...

TETAPI HANYA DENGAN SEKELIP MATA TANAH WAKAF ITU TELAH HILANG DARI PANDANGAN DEK PERMAINAN PEMAJU..

MARILAH KITA MERENUNG.........APAKAH YANG AKAN TERJADI..APAKAH NASIB UMAT ISLAM...? ORANG ISLAM MESTILAH MEMELIHARA KESUCIAN DAN KEBESARAN AGAMA ISLAM..DI NEGERI ISLAM........

ADAKAH DENGAN ..HANYA BERNAMAKAN " PEMBANGUNAN HEDONISME DAN MATERIALISTIK" .TANAH WAKAF KHAS UMAT ISLAM INI BOLEH DIGADAIKAN?

DIMANAKAH ..KETEGUHAN DAN KEIMANAN PEMIMPIN ISLAM DI MALAYSIA?

1 Melayu berkata...

Maklumat terkini yang KT terima ialah Perkasa telah mohon injunksi di ahkamah tinggi dan akan didengar pada 6/1/12.Ahli Majlis Agama Islam Kedah (MAIK)dalam kepanasan dan adan yang kena imsomnia,panik atttack dan ada yang nak lari tinggal negeri kedah dan mereka semua tidak boleh tidur malam.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates