Rabu, 25 Januari 2012

SOAL - JAWAB???? (BAHAGIAN 1)


Watan Bertinta

Hakikatnya peluang BN untuk merampas kembali Kedah tetap ada. Kalau mahu diukur dari segi peratusannya 60-40. 60 UNTUK BN, 40 untuk Pakatan. Memang luka PRU 2008 sudah sembuh tapi parut merahnya tetap ada dan jangan biar parut tadi mengalirkan darah kembali..

Isu? Memang banyak isu yang boleh dipersembahkan, ribuan isu yang melibatkan kemandulan Pakatan Rakyat mentadbir Kedah dapat dicungkil dan diketengahkan. Persoalannya medium apa yang BN gunakan, ibarat kata Ahmad Maslan, MB, MC, MD, dan ME (Media bersemuka, media cetak, digital dan elektroknik). Dan cukup berkesankah jentera BN mempersembahkan isu-isu berkenaan untuk pengaruhi rakyat Kedah? 
Itu persoalan kedua.

Calon? Tok Watan percaya, UMNO dan BN tidak ketandusan calon winnable dan berwibawa, cuma jangan lah pucuk pimpinan tertinggi takut untuk ketengahkannya. Jangan pula pucuk pimpinan takut kerana masih kasihankan kawan rakan mereka yang jadi Ketua Bahaian atau termakan lobi para pelobi yang hanya buat kerja menjaga orang atas dari menjaga rakyat dibawah.Tok Watan percaya, Dato Najib tidak senaif Pak Lah walaupun Dato Najib tidaklah sestrategis Tun Mahathir.

Masalah dalaman? Isu yang tidak akan selesai sampai kiamat. Apa yang boleh dilakukan, redakan seketika isu dalaman, beri tumpuan pada pilihanraya umum dan setelah selesai election, maka nak bergaduh pun bergaduhlah.. SABAR DAN BERI FOKUS untuk menang pilihanraya.

Undi bukan Melayu?? Undi kaum Cina agak sukar, kerana pemikiran mereka lebih strategis dan mereka lebih chauvinis berbanding pengundi Melayu dan India. Cina totok lebih suka mengundi DAP, PAS dan PKR kerana ahkirnya mereka fahami bahawa jikapun calon PAS atau PKR yang menang tapi yang menguasai pentadbiran hakkatnya DAP. Kaum Cina perlu diajar dan jangan diberi muka yang berlebihan. Undi kaum India masih boleh diharapkan tapi kena ada lebih banyak political engagement dengan golongan ini.

Siapa bakal terajui KEDAH jika BN kembali memerintah? Kalau disebut MUKRIZ, JAMIL KHIR, AZMI DIN, nanti blog ini dituduh pro-Mukhriz dan kecik pula hati DATO BASHAH. Namun hakikatnya Calon MB ramai yang berkebolehan dan berkelayakan. Dan terpulang pada pertimbangan PM. Namun MB Kedah selepas PRU ke-13 perlu kerja tiga kali ganda lebih kuat dari era Syed Razak, lebih mesra rakyat, kurangkan protokol dan pastikan punyai pegawai dan penasihat disekeliling yang boleh dan tahu bekerja dengan ikhlas.. Sekurang-kurangnya kalau tempo kerja boleh menyamai DR ZAMBRY KADIR di Perak, maka harapan untuk pulihkan keyakinan rakyat Kedah terhadap BN adalah cerah.

Peranan media baru dalam kempen pru ke-13? Kesannya tidak lagi sehebat pru 2008.

Kekuatan pakatan rakyat di Kedah? Sejak dulu kini dan selamanya, kekuatan Pakatan pembangkang diperolehi hasil pergolakan dalaman UMNO dan BN. Pembangkang bijak mengambil kesempatan, itu sahaja kelebihan dan kekuatan pakatan pembangkang.

Masa depan PAS dan pakatan di Kedah? Jika PAS dan Pakatan Rakyat dapat terus memerintah Kedah selepas pru KE-13, bermakna legasi pemerintahan mereka akan kekal untuk sekurang-kurangnya 20 tahun lagi. Jika PAS DAN PAKATAN tewas, maka mereka akan berkubur buat selama-lamanya dan hanya memainkan peranan minima dengan memenangi satu atau dua kerusi sahaja dalam pru di masa akan datang, sama seperti era 80 dan 90-an.

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan pendapat tersebut

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Senario kini agak memberi sedetik nafas kepada UMNO. Itupun setelah banyak oksigen2 yg PM lakukan antara BRIM, Pemansuhan Yuran2 sekolah, Wang pemberian RM 100.00 kpd pelajar dan Saham I Malaysia RM 5000.00 dan banyak lagi. Tapi ingatlah selagi bernama manusia nafsu mereka besar dan mereka seolah sedar sementara sahaja.

Ingatlah Melayu Sudah Mulai Lupa Kemelayuannya sendiri dan lupa peradaban dan lupa peranannya sebagai muslimin dan muslimat yang sebenar. Bagi Daerah Padang Terap baik bahagian dan Pemuda masih ada kekalutannya. Bak kata perpatah BUMI MANA TAK DITIMPA HUJAN. Musuh sentiasa intai peluang untuk merasuk dan mengkucar-kacirkannya cuma disedari atau cuma buat2 disedari.

Ingatlah UMNO jua yang membuka luas2 ruang mata anak2 Daerah Padang Terap. Mereka kini sudah berilmu dan boleh tahu membaca dan menulis. Bermula di peringkat Pemuda UMNO sudah terdapat cubaan oleh PAS dgn membawa perasitnya kedalam Pemuda. Terus terang beliau ialah JEFRI BIN MUSTAFA pemuda PAS yang berjaya menyusup masuk dalam Pemuda UMNO. Siapa JEFRI MUSTAPA ini adalah satu sekolah menengah dgn Ketua Pemuda UMNO dan Timb Ketua Pemuda UMNO Padang Terap.

Disebab itu beliau mudah menyusup masuk dan kerana beliau jugalah berjaya menghasut pemikiran Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua sehingga banyak berlakunya kacau bilau dan porak peranda dalam Pemuda bahagian Padang Terap. Ingatlah Pemuda Padang Terap hanya mampu bersaing jika ketuanya berilmu dan berpendidikan.

JEFRI MUSTAFA mendapat sokongan ISMAIL IBRAHIM dari Bukit Tembaga yang hanya berkelulusan SRP tetapi cita-citanya sangat besar dan sombong serta terlalu angkuh hingga pandangan dan pendapat orang lain semuanya palsu dan dialah semuaya hebat dan benar.

Dimanakan peranan HAJI Mohd Zain yang berpegelaman sepatutnya beliau menjadi sebagai penasihat dan pembimbing Ketua dan Timbalan supaya tidak hanyut dengan godaan dan pembohongan palsu mereka2 ini. Apakah ISMAIl IBRAHIM calon sesuai untuk dunia yang serba moden dan bertamadum kini?. Jika ini berlaku maka hancurlah bahtera Pemuda UMNO dilambung ombak dan badai lautan samudera yang kian membongkak dan angkuh dengan arus pemikiran profesional kini.

Malang dan terlalu sayang, racunan JEFRI dan ISMAIL IBRAHIM berjaya meracuni pemikiran Ketua Pemuda dan Timbalannya menyikirkan Saudara Kamarul Azman seorang yang berpendidikan tinggi sebagai Pensyarah bahkan sokongan padu yang dimainkan oleh beliau semasa memengang peranan sebagai JASA di DUN Pedu begitu jelas dan banyak jasanya hinggakan DUN Pedu memang bergaya.

Ekoran itu perasit JEFRI MUSTAFA dimasukkan oleh PAS supaya dapat memecahbelahkan kekuatan Pemuda UMNO sebagai tulang belakangnya. JEFRI MUSTAFA sangat licik macam belut. Bila berhadapan dgn Ketua Bahagian Padang Terap dia mulakan memebri vitamin dan melambung2nya dan mencaci pihak satu lagi. Begitu juga bila berhadapan dgn Naib Ketua UMNO beliau berikan vitamin dan melambung2 serta mencaci Ketua UMNO Bahagian.

Begitu juga perananya banyak meracun penduduk2 membenci UMNO dan membelah porak perandan cawangan2. Paling sedih dan mendukacitakan hingga DSDR sendiri pun dipalit keburukan olehnya kepada penduduk kampung bahawa beliau berhutang dengannya dan memberi projek sebagai balasan yang membawa keuntungan berlipat kali ganda.

Berbalik kepada fakta Ketua Pemuda Bahagian harus sedar dan untuk mengecapi kejayaan beliau harus kembali membawa Saudara Kamarul Azman bagi menguatkan kembali jentera kekuatannya supaya tidak berlaku kepincangan dan biarkan JEFRI dan ISMAIL IBRAHIM dgn angan2 mat Jenin dan biarkan mereka terjun dgn labu-labunya.

Pengundi BN berkata...

Dengar kata calon MB Kedah kalau BN menang pun kalut juga.Isu dalaman tapi terbonjol keluar.Ada yg iri hati dgn Mukriz pun banyak.Ada yg jadi pegawai Najib pun tak berapa suka pada Mukriz ini.Cuma manis depan sahaja.Belakang dia lain.Bashah memang ramai tak berapa minat dan taruh harapan pada dia.

2.UMNO /BN Kedah sepatutnya sudah ada satu blueptint untuk di lamparkan pada rakyat Kedah mernjelang PRU 13 nanti.Ini lah janji dan hala tuju UMNO/BN Kedah.Apa janji kalau UMNO/BN menang.Janji pada rakyat dari segi

1.kumpulan orang miskin
2.golongan nelayan
3.golongan petani
4.pegawai kerajaan
5.golongan peniaga
6.golongan remaja
7.golongan warga emas
8.d.l.l

Perancangan ini perlu sebagai wadah hala tuju UMNO/BN Kedah.

3.Tunggak UMNO Kedah nampak macam ada masaalah saja.Pengerusi ke utara.Timbalan Pennegrusi ke selatan.Setiausaha ke barat.Ketua penerangan ke timor.Inilah bacaan pemerhati politik Kedah.

4.Harapan ada /Tapi kalau setakat hari ini pun masih tak ada homework dan gerakerja yg mantap dan berkesan maaf cakaplah.

5.Masing-masing buat kerja bukan untuk kekuatan parti.tetapi untuk kekuatan diri sendiri.Terutamanya Tuan Besar Ketua bahagian.Dalam UMNO lemah pun masih tidak insaf dan sedar diri.

6.Publisiti dalam media bukan lagi daya menarik untuk menang.Kesan nya sedikit sahaja.Banyak Ketua bahagian di Kedah sudah tidak relevan lagi untuk menjadi calon bagi membantu kemenagna UMNO/BN.malah mereka adalah penyumbang bagi BN kalah kalau silap perhitungan.

Ibi tak termasuk sayap-sayap umno lagi yang masih lena dan mimpi.

Cuma sebagai insan yg berdarah UMNOn
.Kuat dalam Parti sendiri bertbeza dengan kekuatan bila nak hadapi pengundi nanti.Itu lah pesan hamba yg kerdil ini.

orangeman berkata...

Kedah times bunyi lain macam saja...nampak sihat segar dan sedar dari dirasuk jin jahat.. entah-entah UMNO dah bagi tangki oxygen kot. tu yg lapang bernafas.

Bt Paloh berkata...

Bagi Parlimen Baling pun harapan amat cerah jika Calon BN adalah anak watan dari Baling sendiri.Rakyat Baling sebilangan besarnya mahu melihat anak Baling kembali mewakili mereka.

Suara rakyat Baling perlu dikembalikan seperti dulu iaitu zaman Almarhum Dato Raja Ariffin.Dia lah yg banyak membawa pembangunan di Baling.

Rakyat akan tolak sekali lagi kalau perkara ini dipangdang ringan oleh pimpinan.

Lagi pun anak watan Baling tidak kurang kebolehan dan kemampuan untuk menjaga rakyat Baling.Calon luar yang mencari makan dan pengaruh di Baling amat tidak wajar sekali.

Semoga suara akar umbi ini menjadi kenyataan pada pilihanraya akan datang ini.

Baling untuk anak Baling.

abuarif berkata...

UMNO KEDAH ,,kena tengok "Gambaran yg luas dan Perancangan jangka panjang",,,Apa yg berlaku di KEDAH ini adalah "BUDAYA POLITIK" yg telah berlaku dari dulu kini dan selamanya,,,,,selagi golongan yg sama masih ada di Bahagian2 dikedah ini "games"yg dimainkan adalah sama dgn apa yg berlaku sekarang ini,,,,,,,Kalau nak ubah budaya ini,,Pucuk Pimpinan mestlah berani BERUBAH,,,,Rehatkan semua ketua2 bahagian dan peminpin2 umno yg bermasaalah,,,BERMULA dgn kes 1.
1.rasuah
2.salah guna kuasa
3.skandal sek
4.pentingkan diri sendiri
5.tak ada ilmu
6.Kepimpinan yg lemah
7.tak ada pendedahan reliti hidup hari ini
8.Penakut nak pertahankan hak melayu
9.kaki bodek dan pengampu


Ketua2 bhg Yang ada sekarang tu bukan kuat mana,,,,orang kedah kata "GEMPAQ LEBIH',,,,,,,

Tanpa Nama berkata...

Setiausaha UMNO negeri Kedah gedik je lebih.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates