Rabu, 25 Januari 2012

Tahniah

Tadi Kedah Times naik motor melalui jalan Datuk Kumbar kerana hendak ke kedai gunting. Kedah Times tidak pernah tahu apa itu saloon atau kedai gunting ber air con. Hanya kedai gunting tepi jalan saja. Tu pun dia caj RM7. 

Dalam perjalanan pulang sempat berhenti melihat rumah tukang gunting  serta kedai perabot terbakar. Betul-betul tepi jalan Datuk Kumbar. Kedah Times kenal pemilik rumah kerana beliau adalah tukang gunting dan Kedah Times satu masa dulu sering bergunting rambut dengan dia. Cuma agak kurang sekarang ini kerana tukang gunting tersebut asyik bercakap pasal dia adalah kerabat Raja Jembal. Siap tunjuk crown Raja Jembal lagiii.

Kedah Times tidak lagi bergunting dengan beliau kerana di Kedai gunting nya tertampal gambar besar Nik Aziz menangis. Malas nak tengok semasa bergunting rambut.

Tup-tup hari ini rumah dia terbakar. Semasa lalu tadi dapat melihat dia tanpa baju di tepi jalan utama Datuk Kumbar. Rasa kesian pun kerana rumah sudah hangus dan tinggal sehelai sepinggang.

Tidak nampak kelibat wakil-wakil dari PAS terutama pemimpin-pemimpin tempatan mereka. Yang ada hanya Datuk Bashah.

Tahniah Datuk Bashah! Bukan nak jek atau apa, tapi respek kerana begitu cepat dan prihatin berada bersama bomba dan orang ramai sekurang-kurangnya memberi semangat kepada tuanrumah. Kedai perabot tu kira OK juga kerana tokeynya kayaraya. Ada kedai lain berdekatan.

Tahniah! Semoga Gelombang merah diterima rakyat Kedah. BN Menang Kedah Senang!

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya, walau dikata macam-macam oleh puak-puak umno yang mengaku cerdik kononnya( tapi tak pernah pun turun buat kerja bantu orang susah)tetapi pemimpin UMNOlah sebenarnya banyak membantu dalam apa juga aktiviti dan masalah setempat. Saya respek pemimpin UMNO semua peringkat sebenarnya yang siang malam bekerja walau dikutuk dan diherdik suku sakat sendiri sebab saya sendiri sebagai ahli UMNO terasa tak mampu nak cerdas dan cepat macam mereka walaupun orang kata berpendidikan tinggi. Sakat nak cakap dan bagi idea itu ini sapa pun boleh tapi bila mai tang nak buat kerja dan bantu orang sampai tengah malam jangan ingat semua orang boleh Tang nilah paut masyarakat fikir.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates