Jumaat, 27 Januari 2012

UMNO Kalah, Pembangunan Tiada ...

Ini satu daripada isu yang cuba diputarkan oleh Mat Sabu dalam PROGRAM CERAMAH PENERANGAN ANJURAN PAS di PADANG BOLA KG WATT SIAM PADANG PELIANG,  17 NOVEMBER 2011 yang juga disertai oleh penceramah-penceramah seperti  LIM GUAN ENG,  MOHAMAD BIN SABU- TIM. PRESIDEN PAS dan MKK Wat Padang Peliang I TIANG A/L DIN WAN.

Beliau tanpa segan dan silu menuduh BN celarukan rakyat tentang pembangunan dengan mengatakan mengatakan sekiranya BN kalah maka tidak akan ada lagi pembangunan di Negara ini. Mat Sabu memberitahu kepada orang ramai bahawa PAS telah mengalahkan BN pada beberapa penggal yang lalu tetapi sehingga sekarang pembangunan tetap ada. Kerajaan BN sekarang sudah tidak boleh membawa isu pembangunan kerana rakyat sudak tidak terima isu tersebut.

Inilah pemimpin nombor dua PAS. Bukti terang dan nyata di depan mata tetapi beliau tidak pernah melihat dengan mata hati.

PAS memerintah Kelantan hampir 22 tahun, tetapi tiada pembangunan pesat dilaksanakan PAS. Yang ada hanya pembangunan yang dibiayai dan diuruskan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Tiada perancangan rapi dilakukan oleh PAS Kelantan untuk memajukan Kelantan kerana mereka tahu jika rakyat Kelantan maju, PAS tidak lagi menjadi pilihan rakyat. Selama 22 tahun, hanya satu masjid dibina kerajaan PAS. Agaknya macamana PAS nak majukan rakyatnya tanpa ada perancangan ekonomi, pendidikan dan infrastruktur yang baik. Sebab itu kita lihat Kelantan dari segi fizikal dan rohaninya seperti 20 tahun dahulu. BENAR kata Mat Sabu, jika UMNO kalah maka tiada pembangunan berlaku. Contoh terbaik ialah Kelantan!


Di Kedah, selepas 4 tahun memerintah. Tiada apa yang boleh dibanggakan. Nak memperbaiki jalan pun Kerajaan negeri terpaksa minta dari Persekutuan. Itupun bila dapat, ianya dimasukkan ke Tabung, bukannya memperbaiki jalan seperti yang dicatatkan dalam senarai permohonan.

Pembangunan yang boleh menggerakkan serta menjana pendapatan tambahan kepada negeri dan rakyat hampir tiada. Berapa ribu peluang kerja baru dapat dihasilkan oleh Kerajaan Negeri hasil dari pelaburan besar-besaran oleh MNCs yang ditarik oleh kerajaan negeri?

Di KHTP yang dulunya rancak dengan kedatangan pelabur dengan nilai bilion ringgit datang tetapi kini tiada yang buat keputusan untuk datang. Yang diwar-warkan oleh kerajaan negeri hanya First SOlar yang dibawa masuk pada zaman BN. Saint Gobem yang hanya ratusan juta pelaburannya adalah hasil dari tindakan First SOlar datang ke KHTP atas asas sebagai vendor/supllier.

Kampus KUIN di Kuala Ketil pun hasil perancangan kerajaan dulu walaupun duit dan tapak dicari dan disediakan oleh Kerajaan sekarang. Cuma yang hebatnya ialah perebutan menjadi kontraktor utama diantara Kedah Sato dan IJM.

Mungkin projek pembangunan semula komplek Tunku Yaakob boleh dijadikan kebanggaan kerajaan negeri kerana berjaya menyelesaikan masalah yg kerajaan BN tidak boleh selesaikan tetapi adakah ini kejayaan sebenar kerana yang menjadi mangsa pulak ialah tanah wakaf dan Madrasah Salihiah?

Kita dapat lihat kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam, Mergong Barrage, Gurun, Kuala Ketil, Sg Petani, Bakar Arang, Tikam Batu, Lunas, Kulim dan Ria tidak semeriah dahlu dengan kehadiran pelabur-pelabur atau operator kilang baru. Sebaliknya hanya bergantung kepada pelabur sediaada.

Aktiviti-aktiviti ekonomi hanya berbentuk pasar malam atau pekan nut yang telah sejak dahulu diamalkan orang Melayu. Adakah ini boleh melonjakkan pendapatan rakyat?

Pelancongan merudum begitu mendadak di Pekan Rabu. Tidak ramai yang datang melawat Alor Setar. Ini kerana tiada aktiviti-aktiviti yang boleh menggalakkan pelacong untuk datang. Lupakan Langkawi kerana banyak program dan Pembangunan langkawi diterajui kerajaan Persekutuan.

Maka Kedah Times amat bersetuju dengan Mat Sabu. Jika UMNO Kalah, maka pembangunan samada dari segi fizikal dan rohani akan tiada. Contoh terbaik ialah KEdah dan Kelantan.

Bravooo Mat Sabu ...

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Betoi! Betoi! kita tgk pilihanraya nanti...rakyat bukan buta...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates