Ahad, 15 Januari 2012

UMNO KEDAH DAH MELINGKUP


WATAN BERTINTA

Amaran pertama - kalau isu Madrasah Salihiah yang kini dikemukakan ke mahkamah untuk diadili memihak kepada J.KUASA MADRASAHSALIHIAH, please, jangan UMNO Kedah dok nak tumpang toi pulak kata UMNO yang berjuang. Boleh jalan la, nak berjuang apa, semuanya penakut, semuanya banyak masalah, semuanya blurr dan bengap.. mana dia pemuda, mana puteri, mana wanita.. jengok muka mai tanya khabar pada jawatankuasa madrasah pun tidak.. Bodoh tak boleh ditegur, cerdik tak boleh menumpang, ini isu umat Islam, hak umat Islam, takut apa dengan kata-kata PAS? MALU apa, pi berjoget, berdisko, berdangdut tak malu pulak? Nak bersama berjuang isu hak umat Islam yang berlaku depan mata MALU pulak? Malu tak bertempat!!!!
UMNO KEDAH -- ingat!!!! Satu sen pun duit, TENAGA atau idea UMNO, J.KUASA MADRASAH SALIHIAH tak minta dan tak guna.. So please UMNO Kedah, jangan nak tunjuk pandai.

Amaran kedua - JANGAN sekali-kali harapkan kerja UMNO atau BN Kedah yang dapat menumbangkan PAS, PKR dan DAP. UMNO sama sekali tidak akan berupaya tumpaskan PAS, PKR dan DAP. Yang akan menewaskan PAS, PKR dan DAP adalah rakyat Kedah yang sudah sedar dan matang dalam menilai kedunguan PAS mentadbir negeri.

Amaran ketiga - WAHAI UMNO Kedah, matilah kamu dengan jawatan, pangkat, sikap hipokrit, kaki kipas dan kekayaan kamu, dan kejarlah pangkat, nama dan jagalah balaci-balaci kamu..

Jangan kamu berlakon dan berpura-pura lagi mahu membela rakyat terutama ketika mahu menjelang pilihanraya. Rakyat tidak minta dibela,rakyat bukan bodoh sepertimana bodohnya PAS Kedah. Ingat, pilihanraya kali ini, pengundi dan rakyat Kedah tidak lagi akan mengundi calon PAS, PKR dan DAP.. Dan itu tidak bermakna  pengundi akan memilih calon UMO/BN hanya kerana calon itu bertanding atas tiket BN.

Pengundi akan teliti dahulu siapa calonya, siapa orangnya, apa kelayakkannya, bagaimana moralnya? Jika calon PAS, PKR dan DAP sama saja dua kali lima dengan calon UMNO/BN, maka rakyat Kedah akan menaja calon bebas yang mereka suka dan boleh harapkan.

Ingatlah duhai UMNO dan BN Kedah, anda boleh melingkup dengan parti anda.. BOLEH jalan dengan slogan anda dan boleh say goodbye dengan hipokrasi anda.. Ingatlah Parti anda kuat dan hidup kerana sokongan rakyat, sama juga sepertimana PAS, PKR dan DAP.. Jika kamu wahai UMNO/BN Kedah masih tidur lagi dan syok sendiri.. KAMU BOLEH PERGI MELINGKUP!!!! Dan teruskan BERMIMPI kerana sesungguhnya MIMPI kamu itu adalah MIMPI NGERI..

Sama ada UMNO/BN akan melingkup dan berkubur selamanya atapun PAKATAN HARAM yang akan dikapankan TANDA HABIS NYAWA.. Pilihanraya Umum ke-13 adalah penentunya!!!!!!

18 comments:

Orang Kancut berkata...

Awat PAS dan Pakatan tu baguih sangat ka. Yang dok komen tuju kat UMNO Kedah tu pasai apa.

Kalau kerana tak suka kat pemimpin UMNO Kedah sebutlah nama satu persatu.

Jangan ingat semua ahli2 UMNO Kedah tak bagi sokongan kes Madrasah Salihiah. Ahli2 UMNO yang dok sokong dalam blog, face book, twitter pun banyak. Yang dok huluq sumbangan pun ramai.

Kalau nak hentam, hentam pemimpin sudahlah. Kalau yakin sangat siapa dia pemimpin tu turun nama depa sekali.

Barulah orang kata blog ini tak taboq fitnah macam Harakah.

anaqarbana berkata...

best punya tibai...apa komen ahli UMNO......

Tanpa Nama berkata...

ahli dan pemimpin umno sepatutnya buat lebih banyak...jgn setakat mai madrasah setakat nak tempek muka saja bila dato mukhriz atau dato bashah mai..ni 20 hb ni dato mukhriz mai, jam 10 pg, pasti puak umno kaki kipas ramai yg nak mai madrasah.ketua pemuda umno kedah mana? senyap saja, mai la pertahan madrasah

Tanpa Nama berkata...

UMNO ni masa senang depa memang suka tumpang tui.Tumpang tui dgn egensi kerajaan pusat je.Susah susah depa cabut.
Pemimpin umno di kedah buat musim kali ini memang mandom pun.Pemuda ,Wanita ,Pu3 serupa je.
Banyak benda yang depa tak buat.Dah dekat pilihanraya pun depa lena lagi.Apa depa buat.Yang depa tahu bertokak tak habis lagi dok gila nak jadi calon.

Termasuklah tuan besar ketua bahagian,[pemuda wanita dan pu3.Relek sahaja.

Rakyat pun naik meyampah dengan depa ini.Depa ingat RM 500 tu boleh umpan rakyat.Habak kat Dato Najib rakyat nak tengok calon.Bukan jawatan depa.Calon yg baguih bersih amanah.Bukan kaki judi,kaki korek bini orang,kaki betina dsbnya.

Dato Najib pun tahu kot semua ini

Tanpa Nama berkata...

mohon penulis taroh nama lah orang UMNO yg dimaksudkan,kalau naik angin sekalipun jangan seluruh UMNO dilibatkan kerana ramai ahli bawahan UMNO sanggup mati mempertahankan perobohan madrasah oleh puak PAS.

Tanpa Nama berkata...

hahaha...biasala bro, sbb nila setitik rosak susu sebelanga tapi dalam UMNO ni dah takdak susu dah.nila ja yang banyak.

Payung Biru Kedah. berkata...

Apa nak buat pemimpin umno di kedah mereka orang berniaga.Ada yg kecil.Ada yg berniaga besar.Mana ada masa nak ambil peduli hangpa punya masalah.Lagi pun kalau asyik sebok dengan hangpa punya cerita bukan untung apa pun.Orang berniaga mereka kira untung sahaja.
Lagi pun mereka kena cari duit dulu kerana nak beli ketua cawangan,AJK baahagain dan perwakilan bila nak beli jawatan nanti.
Bila ada jawatan baru senang nak lobi projek dgn menteri atau pegawai mentari.Kalau tak ada jawatan lalat dipejabat menteri pun tak kenal.Itulah politik UMNO hari ini.
Aku ingat masalah hanmgpa itu hangpa selesai sendirilah.Berperang lah dengan Ostat Azizan dan Kerajaan Islam Pakatan Rakyat ala PAS.
Kalau Dato Najib atau TS Mahyudin Yasin terjun melawat masaalah hangpa aku ingat muka depa dulu sampai.Bagi nampak muka pada TV dan surat khabar pula itu.
Ramai rakyat bercakap disana sini termasuk orang muda.Pemimpin UMNO di Kedah hari ini tidak sama dengan pemimpin UMNO Kedah yg lalu.Mesra dan mudah bergaul dengan masayaraka.Ringan tulang dan murah bicara.Pemimpin UMNO Kedah hari ini kata mereka talipon pun tak jawap walau kita berada disebelah mereka dalam kedai kopi yang sama.Nampak sangat pilih kasih pemimpin UMNO di Kedah.Tak semua tapi seekor lembu bawa tahi habis semua satu kandang kena
kalau mereka ini pula jadi calon nanti.Tak tahu lah nak cakap.Sia sia sahaja sumbangan RM 500 kerajaab BN dan lain lain bantuan dato Najib.

Orang Kedah kata mereka sudah muak dah dengan hipokerat pemimpin UMNO di Kedah.Kalau PM atau TPM ada mereka jadi kalut dan sebuk..

Itulah hasilnya pemimpin yang beli jawatan dengan harta kekayaan dan wang ringgit.Namun rakyat menjadi penonton kekayaan pemimpin UMNO.Mungkin UMNO sudah teralu lama ada kuasa.Pemimpin memperkudakan UMNO untuk kepentingan mereka sahaja.

Dato najib kena ambil tahu semua ini tentang kepura-puraan pemimpin UMNo di Kedah ini.Jangan terima laporan bodek dan ok sepanjang masa.

Bn dan UMNO di Kedah belum selamat.Ibarat kura-kura sahaja.

Boleh kah BN terajui Kedah selepas PRU 13 nanti
Kalau masih dibuai mimpin indah dan bermain dengan bidadari..

Tanpa Nama berkata...

UMNO dah banyak berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara. Rakyat jangan lupa itu semua. Hanya kerana sedikit masalah hendak disalahkan orang itu dan orang ini apa cerita. Pakatan Rakyat baru memerintah beberapa negeri dah terjadi bermacam onar, bayangkan jika mereka memerintah Malaysia. Kepada mereka yang menuduh UMNO dengan bermacam-macam tuduhan adalah mereka yang buta sejarah.

Tanpa Nama berkata...

Nabi pernah bersabda akhir2 zaman umat Islam akan jadi mangsa kpd kafir. sahabat bertanya knp boleh berlaku?..adakah sebab umat ketika itu tak ramai?..Nabi bersabda ramai tapi bagaikan buih dilautan..cintakan dunia takutkan mati(wahan)..

perkara ini sekarang dah berlaku depan mata kita..berpecah sampai isu pokok pun masih keliru dan saling menyalah..akhirnya rugi sejarah Islam, institusi Islam, kesucian Islam, tanah Islam, undang2 Islam, akidah Islam, persaudaraan Islam dsb..sedar2lah wahai umat, bersatulah dan pertahankanlah hak2 Islam

Tanpa Nama berkata...

Parti PAS,PKR dan DAP yang sokong homosekshuel (HARAM DI MALYSIA-DALAM UNDANG-UNDANG NEGARA) yang diperjuang Anwar Ibrahim tuuuu...kok mana plaaak?.

Presiden Clinton menang besar di Kalifornia kerana dia mengubah undang-undang negara menghalalkan homoseshuel. Bendera depa warna pelangi. Bila undang-undang menghalalkannya beratus-ratus ribu berdera pelangi berkibar diseluruh kota-kota besar seumpama Sen Frensisco dan Los Angles, menandakan kaum homosekshuel telah berada di sana.

Anwar Ibrahim sudah tahu bahawa kaum homosekshuel telah banyak di Malaysia, itu sebab dia berjuang untuk mereka, termasuk ahli-ahli dikalangan peguam-peguam dalam Majlis Peguam di negara ini.

GEY AKAN SOKONG PAS, PKR dan DAP DALAM PRU13.

.....
Yang dok maki UMNO pasai tak tunjuk muka sokong perjuangan surau Salihiah Kancot tuuu... sokong sapa?. Orang berjuang untuk pertahan surau dari diroboh Kerajaan PR/PAS bukan semua nak bagi tahu kat hang WATAN BERTINTA ooooiiiii...bodooooh.

Tanpa Nama berkata...

saya nampak golongan yang berkomentar tidak membaca maksud tersirat dan tersurat artikel yang ditulis oleh watan bertinta. orang umno dulu,kini dan selamanya memang bodoh dan tidak boleh ditegur. Biarkan mereka watan bertinta, biarkan ahli umno terjun dengan ego dan labu-labunya

MERBOK TIMES berkata...

Salam,
UMNO at large tidak salah tapi Pemimpinnya seperti Bashah tu orang dah tak mau. Pemimpin baju LINEN ni dah lapok, elok masuk muzium bakar bata sahaja.

MERBOK TIMES berkata...

Salam,
UMNO at large tidak salah tapi Pemimpinnya seperti Bashah tu orang dah tak mau. Pemimpin baju LINEN ni dah lapok, elok masuk muzium bakar bata sahaja.

Tanpa Nama berkata...

beza orng umno dengan pas, orng umno bila ada hal bersangkut dengan ugama depa pakat tengok dari jauh saja.
orang pas pula sanggup bertakbir sampai dalam kadang babi jika ertahankan ugama walaupun pada dasarnya mereka menjual ugama islsm pada kafir.
orang pas sanggup kedepan dalam bab baca doa ahlil adahal doa yg dibaca belum tentu betul.,tapi orang umno bila disuruh membaca langsung tak bolih.

Melayu Lunas berkata...

orang umno ini fasal projek nombor wahid.bukan fasal perjuangan.

abuarif berkata...

Saya sokong tulisan watan bertinta ni,,,,,,orang umno jgn cepat lompat,,,,,,majoriti melayu dah sedar akan perjuangan mempertahankan hak melayu dan islam di tanah air tercinta ini,,,,,PAS tak bolih diharap,,,,,,,,,,UMNO MEMPUNYAI REKOD yg sangat baik dan jasa2 pejuang dahulu tak ter NILAI,,,,,,Masaalah DIkEDAH,,adalah ,,PEMIMPIN2 yg ada semuanya PAK TURUT,KAKI AMPU,,KAKI RASUAH,,TAK DAK ILMU,,,dan TAK TAHU ARAH TUJU PERJUANGAN,,,,anggap UMNO TEMPAT CARI MAKAN,,,,,,,GOLONGAN YG ADA SEKARANG INILAH YG "MENGIAYAKAN APA YG PAKLAH kata dan sanggop sabotaj TUN M dahulu",,akhirnya Gerombolan inilah yg menyebabkan..PAS memerintah Kedah,,,,,,"SAYA MENCADANGKAN GEROMBOLAN INI YG MENJADI BALACI PAKLAH dan KJ dahulu disingkirkan dari Kepimpinan UMNO kedah atau jgn dicalonkan dlm pru13 nanti,,,,,ini saja jalan utk "MENGEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT KEDAH utk SOKONG UMNO pada PRU13"nanti,,,,,,,,Carilah Ramai lagi PEJUANG2 UMNO yg dinamik,iklas,bijak ,berani dan TEGAS dlm mempertahankan MELAYU dan ISLAM di negeri KEDAH,,,,,,,,KUMPULAN DET KHALID dah tak RELEVAN lagi,,,,,,,,,,,,,salam

Tanpa Nama berkata...

abuarif; spy KJ di Kedah ni dulu dan kini ialah

sik/baling/pdh serai/kulim b.baru/kbg pasu/sg petani.

bila najib naik depa senyap

Tanpa Nama berkata...

bagi aku...sapa ja yg memerintah kedah nie sama ja..
1.aku xmau mengundi langsung seumuq idup aku..
2.tempat aku nie (BANDAR BAHARU) sapa pun xreti nk mai...
3.yg nk p roboh madrasah tu pasai pa, bnyk lg tempat kt kedah nie. tempat aku (BANDAQ BAHARU) pun ada nk wat shoping komplek ka apa ka.
4. tempat aku ni xmaju2 pun dar BN ke PAS sama ja semua..
5. bukan kata nk bgi duit ka beras ka apa ka, mai huluq tgn nk salam pun xdak aih...
6. pemohong ja semua..president UMNO kedah. mai la bandaq bahru sat..MB kedah mai la juga..
7. kami nie malu ngn parit buntaq dah maju, BANDAQ BAHRU APA PUN XDAK LAGI..

so, FIKIR2KAN LAH WAHAI PEMIMPIN YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN.

SEKIAN..
RAKYAT YANG KECEWA...

ASSALAMUALAIKUM.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates