Selasa, 21 Februari 2012

2-1 atau 3-0 untuk Negara Islam?

Komponen utama dalam PR ialah PAS, DAP dan PKR.

PAS kata ia memperjuangkan negera Berkebajikan. Sudah tiada lagi negara Islam dalam agendanya. Tetapi dikalangan penyokong mereka, mereka masih berbohong yang PAS masih memperjuangkan Negara Islam.

Soalannya, jika PR dapat memerintah Malaysia, siapakah yang membuat keputusan samada nak menegakkan negara Berkebajikan atau Negara Islam? Penyokong PAS atau pemimpin PAS?

DAP sudah terang-terang meletakkan negera Sekular sebagai asas Malaysia. Pengerusi DAP sudah kata ' over my dead body' jika nak tubuhkan negara Islam.

PKR melalui ketua umumnya sudah awal lagi mengatakan yang PKR tidak menyokong penubuhan negara Islam. Ini sudah dapat dilihat dari cara dan tindakan pemimpin-pemimpin PKR sendiri. Mereka menyokong LGBT, Homoseksual, Gay dan semua jenis kehidupan songsang yang dilarang Islam.

Jadi sudah 2 'no' dalam PR untuk negara Islam. Jika diundi pun, PAS tidak akan menang dalam menegakkan negara Islam.

Tetapi itu tentang negara Islam, kini PAS sudah tukar kepada negara Berkebajikan. Bermakna 3 'no' untuk negara Islam.

Soalan kepada penyokong PAS, jika sudah ada 3 'no' atau 3 'tidak' kepada negara Islam, kenapa masih lagi menyokong mereka. Walhal anda semua berkehendakan sebuah negara Islam?

Jangan kita asyik ditipu. kelak merana seumur hidup ....

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates