Ahad, 26 Februari 2012

28 Februari 2012

Seperti yang disiarkan dalam artikel yang lepas, MB Azizan Abd Razak akan memberi kejutan semasa majlis angkat sumpah exco Kerajaan PR Kedah yang baru.

Apa kejutan tersebut? Mungkin ramai tertanya-tanya. Hanya Azizan dan Allah SWT yang tahu apa yang akan dikejutkan.

Walaubagaimanapun beberapa exco kanan seperti Pahrolrazi dan Dr Ismail telah membayangkan yang kemungkian mereka memboikot majlis angkat sumpah tersebut.

Kini difahamkan mereka sedang berdiam diri tanpa memberi sebarang komen tentang kemelut yang berlaku sekarang. 

Angin-angin mengatakan yang penyokong-penyokong kedua-dua exco kanan ini akan berhimpun di Wisma Darul Aman pada hari angkat sumpah exco baru kelak. Benar atau tidak Wallahuaalam.

Tapi ada kemungkinan ini berlaku kerana kedua-dua exco kanan tersebut mungkin meminta penyokong-penyokong mereka memberi tekanan atau memprotes MB Azizan ke atas kejutan yang bakal diberi.

Kalau benar ada demo, maka ini bukanlah kali pertama ini berlaku di zaman pemerintahan PR dimana penyokong mereka berdemo memprotes kerajaan pilihan mereka sendiri.

Nampak sangat penyokong PR ini tidak tahu berdiplomasi. Penyelesaian boleh dilakukan di atas jalanan.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates