Rabu, 15 Februari 2012

ADUN Tanjung Dawai Difitnah Isu Video Seks?


Kebanyakan penyokong Hamdan Mohd Khalib atau mereka yang enggan menerima hakikat bahwa Hamdan juga adalah manusia biasa apatah lagi dia merupakan seorang ahli politik, beranggapan bahawa berita tentang VCD Siam Doll membabitkan ADUN itu hanyalah berita lapuk atau helah UMNO semata-mata.

Mereka yang enggan menerima kenyataan, terpaksa menjadikan paras rupa dan penampilan Hamdan sebagai alasan untuk menolak berita berkenaan, bukannya melakukan siasatan untuk mengelakkan musuh Hamdan menyebarkan VCD itu.

VCD itu sebenarnya sudah pun ada di tangan beberapa pihak, termasuklah di tangan seorang Ketua UMNO salah satu bahagian di Kuala Lumpur yang sangat terkenal kerana hubungan baiknya dengan beberapa pihak yang mengendalikan media sosial baru seperti blog, portal, twitter dan Facebook. Bagaimana VCD tersebut berada di tangan seorang Ketua UMNO Bahagian, itu merupakan permainan yang boleh memerangkap UMNO.

Rakaman tersebut telah dibuat oleh mereka yang berlagak sebagai penyokong Hamdan sendiri. Hamdan yang tidak pernah menyangka bahawa doktrin wala’ yang sering ditanamkannya boleh memakan diri, kini berada pada penghujung kerjaya selaku ahli politik. Siapa sangka, di kalangan ahli-ahli PAS yang seringkali dianggap bodoh oleh para pemimpin PAS, ada yang terlebih pandai, dan sangat sedar dengan tanggungjawab mereka untuk memastikan tiadanya musang berbulu ayam seperti Hamdan dalam PAS.

Bagi mereka yang sukar menerima kenyataan, penampilkan Hamdan Mohd Khalib dijadikan sebagai alasan. Kononnya Hamdan yang sangat jarang  tampil dengan serban dan jubah, menjadi sasaran fitnah UMNO. Itu adalah alasan standard yang diberikan oleh para penyokong Hamdan atau mana-mana pemimpin Pakatan yang lain. Sukar sungguh untuk menerima kenyataan bahawa Hamdan juga manusia biasa yang mempunyai syahwat dan nafsu.

Penafian awal seperti itu, samalah apabila Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang tidak dapat memberikan jawapan terbaik tentang video seks Anwar Ibrahim apabila menyatakan video tersebut tidak boleh dijadikan bukti kerana ia adalah BESI. Dan sebagai BESI, MAKA IA ADALAH TULI DAN BISU.

Alasan seperti itu kelihatan seperti sangat bijak, tetapi sebenarnya menunjukkan kejumudan dan kurangnya ilmu yang menjadi teras kepada kelangsungan hidup PAS selaku parti politik di negara ini. Apatah lagi PAS sendiri adalah parti yang menggunakan Islam sebagai modal.

Seharusnya, siasatan segera dijalankan untuk membersihkan nama Hamdan Mohd Khalib dan PAS sendiri, bukannya penolakan dan penafian semata-mata. Kalau orang ramai sudah memperkatakannya, malah sudah banyak pihak yang menonton video berkenaan, membuat penafian kosong seperti itu sahaja, hanya akan menjadikan keadaan lebih teruk dan buruk!

Rujuk disini untuk artikel asal

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates