Khamis, 23 Februari 2012

Apa Hukumnya menyokong Penubuhan Israel

Isu sokongan yang dilemparkan oleh Anwar ke atas kewujudan Israel jika mereka memenuhi syarat-syarat yang ditentukan menjadi semakin menarik.

PAS memohon penjelasan dari Anwar. Anwar menjelaskannya kepada Nik Aziz tetapi Nik Aziz masih mengatakan PAS tidak menyokong penubuhan Israel. Tetapi peliknya PAS masih bersama atas satu pentas dengan Anwar menikam UMNO yang memperjuangkan Agama Bangsa dan Negara.

Anwar telah memberitahu kita semua bahawa beliau menyokong penubuhan Negara Israel jika mereka memenuhi syarat-syarat tertentu. ANWAR MENYOKONG PENUBUHAN NEGARA ISRAEL BERDAULAT!

Dan PAS bersekongkol dengan Anwar yang menyokong penubuhan Israel untuk menentang UMNO yang menentang penubuhan Israel.

Apa kata Ulama Azhar?

Maka tidak boleh bagi kaum muslimin untuk berdamai dengan Yahudi yang merampas tanah Palestin, menzalimi rakyatnya dan mengambil secara paksa harta benda mereka kerana ianya boleh mengokohkan Yahudi untuk tetap tinggal di tanah Palestin dan mendirikan sebuah negara di atas tanah suci negeri Islam ini. Bahkan wajib bagi orang-orang Islam semuanya untuk saling membantu tanpa memandang suku, bangsa, perbedaan bahasa dan warna kulit untuk mengembalikan rakyat Palestin ke negeri mereka, menjaga kesucian masjid Al-Aqsha yang merupakan tempat turunnya wahyu, tempat nabi-nabi bersolat yang diberkati oleh Allah Swt, dan menjaga peninggalan-peninggalan sejarah Islam dari tangan Yahudi.

Wajib bagi setiap orang Islam untuk menolong para mujahidin dengan senjata dan kekuatan untuk berjihad, dan hendaknya mereka mengeluarkan segala kemampuan yang dimiliki untuk mensucikan negeri Islam dari tangan penjajah yang zalim. Allah Swt berfirman:
وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوَّ اللّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ ﴿٦٠﴾
"Dan persiapkanlah bagi mereka (musuh-musuh Allah) kekuatan, apa saja yang engkau bisa, dan dari kuda-kuda perang yang ditambat, yang dengannya engkau membuat gentar musuh Allah dan musuh kalian..." (At-Anfal: 60)

Barang siapa yang tidak mendukung hal ini atau tidak mengendahi atau mencela kaum muslimin karenanya, atau mengajak kepada hal-hal yang dapat memecah belah persatuan kaum muslimin, dan mendukong usaha-usaha negara-negara Barat dan Zionis untuk merealisasikan rencana mereka terhadap negara-negara Arab dan Islam, terutama negara Palestin ini, maka dia dalam hukum Islam telah keluar dari Jama'atul Muslimin dan telah melakukan dosa yang besar.

Hukum Anwar menyokong Israel disebutkan disini adalah terkeluar dari Jemaah Islam dan melakukan DOSA Besar.

Apakah hukumnya pulak ke atas pihak yang bersekongkong dengan Anwar yang menyokong Israel?

Jangan lupa wahai penyokong PAS yang sahabat anda DAP adalah membawa fahaman Zionis dan Komunis ...

Tepuk DADA tanya Iman ....

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates