Rabu, 15 Februari 2012

APA LA NAK JADI DENGAN TUAN HAJI ANWAR IBRAHIM NIH!!!


Sebagai seorang pejuang LIBERALISME dan PLURALISME, Anwar Ibrahim memang berjaya. Sangat-sangat berjaya sebenarnya. Belum ada sesiapa yang berani menyatakan atau mempamerkan sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim yang khabarnya baru balik dari Makkah tetapi tiada sebarang bukti menunjukkan dia ke Makkah melainkan di sebuah kedai minum di Jeddah.


Pada ketika puak-puak Pakatan terutama sekali PAS sibuk bercerita tentang hukum-hakam yang boleh menyebabkan seseorang itu melakukan syirik atau tergelincir dari akidah, tidak ada satu pun mekanisme propaganda mereka yang berani memperkatakan tentang KEBERANIAN Anwar Ibrahim. Malah berita tentangnya disorok senyap.


Mengapa tindakan Anwar Ibrahim ini tidak dilihat salah? Adakah kerana Anwar Ibrahim seorang Ketua Umum PKR, maka dia tidak boleh disentuh atau ditegur? Anehnya, mengapa pula PAS begitu berani dan lancang menegur serta mengutuk Najib Abdul Razak yang sekadar hadir tetapi tidak melakukan sebarang upacara seperti mana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.


Adakah sebenarnya Anwar Ibrahim merupakan seorang pengikut AYAH PIN memandangkan dalam ajaran AYAH PIN, semuanya boleh dibuat dan semua agama adalah betul belaka?

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Wahai umat islam sekelian yang bermastautin di bumi bertuah Malaysia ini, ketahuilah.... apa yg berlaku kepada anwar ibrahim adalah ketentuan Allah s.w.t. Allah yg maha mengetahui...sedarlah, baliklah ke pangkal jln....kuasa tuhan mengatasi segalanya....aminnn

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates