Ahad, 19 Februari 2012

BN BOLEH BUAT KA??????


DARI RENUNGANKU.

PRU KE-13 memang akan menjadi satu 'battle' yang cukup hebat di Kedah dan di seluruh negara.

Kita fokuskan di Kedah, BN cuba menawan kembali dan PAS BERMATIAN akan pertahankan kuasa, meskipun gear USTAZ AZIZAN dah nampak semacam di perlahankan. Ikut katanya, dia bersedia 'hilang kuasa' sebab adatlah dalam pilihanraya ada menang ada kalah.

Kalau di'reverse' saikologi, kenyataan tersebut hanya bermaksud mahu melekakan UMNO/BN. Walhal ground work yang dibuat oleh Pakatan di Kedah sejak 4 tahun lalu dalam mendekati pengundi dan kerja-kerja politiking mereka cukup konsisten.

Banyak masa mereka boleh tumpukan untuk berpolitik sepanjang masa sebab walaupun menjadi kerajaan, mereka tetap dengan stlye mereka. Tambahan lagi golongan ini seolah-olah blur bila menjadi kerajaan. Tidak tahu apa yang mahu dilakukan, mana satu keutamaan dan mana satu kebiasaan.

UMNO dan BN pula meskipun mutakhir ini ada sedikit sebanyak perubahan dari sudut program dan gerakerja, itupun setelah paluan gendang pilihanraya dimainkan oleh PM dan TPM, namun jika disuluh secara overall, prestasi dan peranan UMNO/BN Kedah sepanjang 4 tahun lalu sebagai pembangkang amat mengecewakan. Jauh dari sasaran KPI. Persoalannya apa KPI UMNO dan BN Kedah? Ada atau tidak?

Kelemahan UMNO/BN Kedah berpunca dari banyak sudut:
1. Kurang pemimpin, pejuang, yang banyak pentadbir dan pekerja parti semata-mata. Fahami perkara ini dari sudut tersurat dan tersirat.

2. Sikap complacent dan denial syndrome yang masih menebal, sebab meskipun BN kalah di Kedah, banyak imbuhan dalam bentuk jawatan, peluang terus diterima khususnya oleh pimpinannya, walhal ahli di bawah seperti biasa, menghirup kuah dan sisa semata-mata.

3. Moral dan semangat ahli dan pimpinan yang kurang bersemangat, mengambil masa yang terlalu lama untuk sedar dari kekalahan PRU 2008 lalu. Sehingga kini ada yang masih belum sedar agaknya.

4. Kedangkalan dan kelemahan untuk mempergunakan isu-isu melibatkan kepentingan rakyat Kedah secara konsisten, sistematik dan terurus, menyebabkan isu yang dilontarkan oleh pimpinan UMNO/BN Kedah dimatikan dengan mudah oleh kerajaan PR. Dalam hal ini teknik propaganda, strategi, dan mekanisme berkesan dalam mempersembahkan isu perlu dikaji dan dinilai semula. Cara lama tidak mungkin lagi sesuai dengan situasi baru.

5. Unit-unit dalam UMNO/BN Kedah bergerak secara terpisah. UMNO/BN gagal untuk mengungkapkan gerakerja mereka secara full force. Dalam UMNO sendiri sebagai contoh, PUTERI, PEMUDA, WANITA disetiap Bahagian, impak dan kesan gerakerja mereka dari sudut uumphnya kurang menyerlah dan memberikan ancaman besar untuk menggoyah kerajaan PR setakat ini.

6. Kegagalan UMNO/BN untuk ikut serta dalam isu-isu rakyat. Ada perasaan takut-takut dikalangan pimpinan UMNO/BN sendiri untuk menjuarai isu dihadapi rakyat, dan akhirnya rakyat dibiarkan secara sendirian untuk perjuangkan isu berkenaan.

7. Maka dalam waktu yang tinggal injury time ini tidak banyak yang boleh dilakukan oleh BN Kedah. Tenaga luar dan personaliti utama negara masih terlalu diharapkan untuk menongkat semangat ahli dan pimpinan UMNO/BN Kedah. Maka letihlah PM dan TPM jika begini.

8. Cutting point dan last hope BN Kedah hanya terletak kepada faktor berikut jika masih mahu menang dalam PRU ke-13 nanti, bagi membentuk kerajaan negeri.

a. Pastikan calon yang dikemukakan benar-benar calon yang menjadi pujaan hati pengundi, disenangi pengundi, dikenali pengundi. Calon yang Bersih, berilmu, berpengalaman, beragama, berakhlak, wibawa dan mampu kerja kuat.

b.Minimakan sengketa dalaman bagi membolehkan sabotaj, krisis dalaman semasa pilihanraya nanti dikurangkan.

c. Manifesto BN Kedah wajib digubal khusus untuk rakyat Kedah. Guna bahasa mudah, perincikan perkara yang praktikal, rencanakan program yang boleh menguntungkan majoriti rakyat dan gunakanlah apa jua cara bagi meyakinkan pengundi dan berbaiahlah dengan rakyat bahawa kesemua janji ini bakal ditunaikan dalam tempoh 100 hari selepas BN Kedah mengambilalih kerajaan negeri.

d. Apapun jua analisis, huraian, kita berharap pengundi dan rakyat Kedah dapat meneliti dan membuat rumusan menyeluruh.. Haruslah diyakini bahawa ahli PAS, PKR dan DAP totok dan juga UMNO totok tetap akan mengundi calon parti masing-masing. Inipun ada kekecualiannya, bergantung kepada keadaan.

e. Namun yang bakal menjadi penentu, adalah pengundi atas pagar, siapa mereka itu? UMNO/BN kena kerja kuat untuk mengenalpasti dan mendekati mereka ini. Bukan dimusim pilihanraya semata-mata tetapi sepanjang masa..

Kita yakin pengundi percaya akan kebolehan UMNO/BN dalam soal pentadbiran kerajaan dan jauh disudut hati mereka mengakui bahawa pimpinan PR lebih sesuai berperanan sebagai pembangkang.

Namun isu asasnya, pengundi masih belum diyakinkan bahawa pimpinan, cara kerja UMNO/BN benar-benar telah berubah.. Ikhlas untuk berubah.. Perubahan yang bukan dibuat-buat.. Berubah menjadi pemimpin yang lebih berintegriti, tidak rasuah, tidak utamakan kroni, tidak sombong, lebih kerap dihati rakyat, prihatin dengan masalah rakyat, tidak skandal dan tidak menipu rakyat.

Perkara pokoknya juga yang bakal menjadi penentu, jika benar pimpinan dan cara kerja UMNO/BN benar-benar telah berubah, apakah rakyat KEDAH sudah nampak akan perubahan itu? Dan bagaimanakah mahu meyakinkan pengundi di Kedah, bahawa jika kali ini BN dipilih, BN tidak akan mengulangi lagi kesilapan masa nan lalu..

Dan untuk lebih meyakinkan pengundi di KEDAH akan kesungguhan BN untuk menjadi kerajaan berwibawa, telus, amanah, tidak rasuah dan merapu serta kerajaan yang tahu kehendak rakyat tidak sepertimana KERAJAAN SERBA TAK TAU dan penuh celaru sepertimana yang ditunjukkan oleh PR sekarang ini, maka BN Kedah perlu dengan telus dan berani menunjukkan siapakah bakal MB jika BN dapat menawan kembali negeri ini... Menteri Besar yang boleh mengemudi Kedah dengan penuh kejayaan, kemakmuran, kestabilan dan kebanggaan demi masa depan rakyat.

UMNO/BN Kedah harus berani dalam perkara ini, jangan lagi malu-malu kucing, dan kalau boleh biarlah bakal MB Kedah kali ini orangnya energetic, bertenaga, fresh, bukan kaki tidur.

Biarlah MB Kedah kali ini ada aura, boleh sesuaikan diri dengan semua lapisan masyarakat, mudah mesra, kurang protokol untuk rakyat berjumpa. MB yang tidak cepat melatah atau melenting, atau jenis yang suka marah-marah tak ketahuan punca. Bukan juga jenis MAT ROMEO. Lembut gigi dari LIDAH tapi HIPOKRIT NO 1. Yang suka sambar isteri orang seperti IR AMIRUDDIN HAMZAH atau suka faraidkan harta benda rakyat kepada anak dan adik sepertimana PAHROLROZI ZAWAWI. Kita juga tidak mahu MB yang jenis menyalak tidak bersebab, mengalahkan kebengapan MR BEAN dan berperangai ala badut seperti MAHFUZ OMAR. MB kategori sebegini di PASAR MALAM berlambak (selonggok RM10).

Jenis MB sebegini kita BERDOA DENGAN SESUNGGUH HATI minta dijauhkan dari diangkat oleh ALLAH S.W.T untuk menjadi pemimpin no.1 Kedah.. Buat malu company saja!!!!

Kita mahukan MB yang jenis mengambil tahu dan faham kerjanya bukan lagi MB uzur yang berpenyakit serba tak tahu dan penyakit dalaman serta luaran yang lain. MB yang bersih rekodnya baik dari sudut akhlak, bebas skandal dan kontroversi. Ada asas agama yang baik, latarbelakang pendidikan yang baik, janganlah apabila dinobatkan MB lulusan SRP atau SPM..

Jangan pula kalau calon MB itu ada ijazah tinggi jenis yang menyombong pula, itu pun hampas tiada gunanya, 'HANGPA TAU APA, AKU LULUSAN AL-AZHAR, AKU TAU LA HUKUM, AKU MB, HANGPA
SAPA'.

Jenis sebegini kalau boleh kita tolak dari awal sebab nyata kategori MB bodoh sombong dan ikut suka hati dia sahaja.. Sombong, BONGKAK dan angkuh itu sifat siapa murid-murid? Iblis cikgu>>!!!!

Dan juga kalau boleh MB yang menepati ciri-ciri pemimpin dan pejuang sebenar, yang boleh menjaga bangsanya, rakyatnya, agamanya dan negerinya dengan baik.

Hanya Gambar Hiasan
Persoalannya adakah wujud ciri MB sebegitu dari kalangan pemimpin BN???? Kita yakin setidak-tidaknya kalau tidak memenuhi semua ciri, serba sedikit mesti ada. Tokohnya ada, perlu dicari, diketengahkan dan digilap. Lumpur dalam permata sekalipun tetap akan nampak kerlipan cahayanya.. Itu kata orang lama-lama.. Jadi faham-faham sendirilah siapa orangnya.. Memang ada calon MB yang baik dari kalangan BN.. Cuba teka siapa????

Dan untuk meleraikan semua kekusutan ini bagi membolehkan BN kembali menang di Kedah, persoalan wajib lain yang perlu ditanya.... BN boleh buat ka??????

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Artikel yg bagus. Harap dpt buka mata dan mengingatkan rakyat kedah. Kami nak hidup sejahtera. Kalau boleh nak MB yg muda, popular dan energetic. BN Kedah perlu buat 180 degree turn dari BN sblm 2008.

Hadi Mahdi berkata...

UMNO Kedah tak ada think thank yg baik.
Buat kerja ikut sedap .
Bukan ikut perncangan dan strategi.

UMNO Kedah kena tonjolkan calon MB kalau menang.
Rakyat nak tahu siapa MB Kedah nanti.
Orangnya hendak bersih,akhlak baik.
Kelayakan biar sesuai dengan era tranfomasi kini
Sijil LCE ,SPM bukan sesuai lagi.

Dato Najib kena dengar suara rakyat Kedah
TS Mahyudin kena dengar suara rakyat Kedah.
Kalau nak BN menang dan perintah Kedah..

UMNO Kedah bukan hebat macam dulu lagi.
UMNO Kedah lemah dan lesu.
UMNO Kedah juara kampung sahaja
UMNO Kedah tak berubah walau pun kalah..
Empat tahun jadi pembangkang.
UMNO Kedah berlagak macam jadi kerajaan.

Faktor calon memang amat penting.
Kalau calon haprak.
Atau calon ulaq ayak,
Alamat hanyut BN kali ini.

UMNO Kedah belum lagi masuk kubu lawan
UMNO Kedah berpesta di kubu sendiri
Apa jadi pengundi atas pagar.
Katanya belum disentuh lagi.

Ceramah pun pada ahli sendiri
Beri bantuan pun pada ahli sendiri..
Buat majlis pun sesama sendiri.
Nak bagi ramai.
Kena angkut berbas bas.
Semangat parti sudah tiada.

Pemimpin pun besar pun turun kawasan bandar sahaja.
Kampung dan pinggir bandar,
Di masuki musuh.

PAS PKR DAP pun bukan bagus sangat.
Meraka cuma main isu sahaja.
Meraka pun ada penyokong tegar juga.

Pengundi sokong mereka kerana kecewa.
Banyak isu belum selesai.
Sekim gaji baru kumpulan bawahan kecewa
Nama gaji baru
Tapi macam gaji lama

Mereka ini cukup ramai
Satu juta lebih jumnlahnya.
Kalau tak selesai alamat lah..



Jangan pandang mudah PRU 13 nanti.
Presiden sedang kerja kuat,
TPM kerja kuat,
MT pun kena kerja kua
Pemuda kena jadi hero,
Wanita kena jadi serkandi
Puteri kena jadi wirawati..

Ketua bahagian kena mesra rakyat.
Akhlak kena mulia,
banyak kawan dari musuh.
Tak perlu lagak mewah
Kalau ada BMW simpan dulu.
Sederhana pun rakyat hormat juga.

Kedah masih 50-50 antara BN dan PAS.
Siapa calon bagus disitu sati kelebihin.

BN menang Kedah Senang.
Cuba ulas siapa yg senang.

Jangan rakyat makan tulang dan kuah jika menang.

Rakyat bukan bahlul lagi.....

Tanpa Nama berkata...

nampak sekarang macam umno kedah syok sendiri..../sokong 100% APA YANG DIperkatakan oleh penulis,,

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates