Rabu, 1 Februari 2012

Bukti PAS Memesong pengikutnya

Seperti yang dibentangkan oleh Realiti Politi PAS bagaiman PAS senantiasa cuba mencari jalan untuk memesongkan ahli-ahlinya supaya taksub kepada PAS, Kedah Times tunjukkan satu lagi video membuktikan yang kerja-kerja pemesongan ini sentiasa dilakukan demi survival politik mereka.

Dalam ceramah Hassan Ali, beliau menyentuh tentang kata-kata Anwar yang selagi Pakatan Rakyat wujud, Islam tidak akan ditegakkan di Malaysia, Hudud jauh sekali.

Tetapi kita hairan kenapa PAS begitu ketagih sekali memesongkan pemikiran ahli-ahlinya supaya begitu membenci ahli-ahli UMNO sehingga perkara-perkara asas pertalian sesama manusia pun mereka sanggup boikot atau fatwakan haram.

Kedah Times berpengalaman semasa di kampung dulu dimana kenduri, kematian, sembelihan dan majlis ahli keagamaan Ahli UMNO tidak dihadiri pengikut PAS. Dan ahli UMNO akan dipandang sinis apabila menghadiri majlis-majlis mereka. Dan masih wujud pandangan spt itu sehingga kini.

Dulu satu masa Kedah Times melihat bagaimana seorang ahli PAS bangun bercakap-cakap ketika khatib memberi khutbah di Masjid Belantik. Apabila tamat saja khatib membaca khutbah, beliau pun duduk diam juga. Selepas saja tamat sembahyang jumaat, sekumpulan manusia bangun bersembahyang semula 4 rakaat.
Inilah ketaksuban mereka sehingga sesama Islam pun mereka masih kafir mengkafir. 

Tetapi DAP kafir harbi dan PKR Islam liberal dijadikan teman se tidur dan se makan. Bukankah ini penyelewengan terbesar PAS? 


2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, ahli PAS telah sedar dengan sendirinya. Tiada paksaan, tiada ugutan, tiada tipu helah oleh UMNO.

Mereka yakin UMNO bukan parti kafir, ... tetapi sebaliknya PAS???

Tanpa Nama berkata...

Pas bukan parti Islam lagi.Modal PAS pun Islam sahaja.PAS guna Pak Lebai ceramah disurau atau masjid kutuk siapa sahaja yg tak ikut PAS bukan ikut Islam.

PAS tipu rakyat di Kampung dan bandar.

Aku harap Pak Lebai UMNO jangan ranggi berlebihan terutama Ketua bahagian UMNO itu sendiri.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates