Jumaat, 24 Februari 2012

DAH 4 TAHUN TERKEJUT!!!!!!!(Bahagian 1)

WATAN BERTINTA

Azizan tidak perlu tunggu 28 hb Febuari ni untuk buat kejutan. Hakikatnya, langkah paling elok bubarkan sahaja DUN Kedah agar kejutan sebenar boleh ditunjukkan.

Daripada berpolemik, bertelingkah sesama EXCO hanya kerana berebutkan jawatan MB, lebih elok Azizan pulangkan kuasa dan mandat pada rakyat Kedah. Ini lebih 'gentleman' lebih afdal.

Benarlah, sepanjang 4 tahun ini dibawah PAS, PKR dan DAP rakyat Kedah dikejutkan dengan macam-macam perkara. Yang tiada, diadakan, yang ada mahu ditiadakan.

Tak semena-mena ahli PAS tuli kini dihimpit dengan perangan 'sewel' dan 'gila babi' kerajaan PAS. Contoh, 30 penjaja gerai makan di Taman PKNK, 90% adalah penyokong PAS tuli, termasuk Samad Bihun Sup. Kini dibawah tangan pimpinan PAS, pemimpin ulama mereka sendiri, gerai mereka bakal dirobohkan, walhal selama puluhan tahun di bawah BN, penyokong PAS tuli ini tidak pernah diganggu.

Lebih terkejut rakyat Kedah kerana diharapkan, dibawah tadbir DAULAH ISLAMIYAH PAS, harapkan undang-undang Islam, hudud, kedai arak, kedai judi, pusat hiburan, pusat urut, pub, disko akan berkurang atau dicegah umat Islam Kedah dari mengunjunginya. Rupa-Ruuuuuupanya, cempedak jadi nangka. Bukan berkurang, makin bertambah dan makin galak tumbuhnya, hari Khamis malam jumaat pun premis berkenaan dibolehkan buka. Sebab apa, ini negeri ada Melayu, Cina, India, 'bak kata Azizan, 'Kedah tak sama dengan negeri lain, kita ada cara sendiri'. Cara apa USTAZ? Cara melingkup dan menjahanam.

Kemudian rakyat terus terkejut, ingatkan dibawah PAS, banyaklah madrasah, surau, pusat pengajian Islam, maahad tahfiz akan dibuka. Rupa-rupanya satu pun tiada, yang ada seperti Madrasah Salihiah, telah dijual, tanahnya, bangunan mahu dirobohkan, MAAHAD TAHFIZ milik Insaniah pula ditukar menjadi Smart School atas nama komersial dan urusniaga.

Lebih terkejut rakyat Kedah, apabila mendapat EXCO dan MB yang punyai peel bermacam ragam. Bukan kerja kuat dan hebat mentadbir tetapi hebat buat perangai. Ada EXCO kaki kebas isteri orang. Ada EXCO cakap Melayu pun tak pandai, ada EXCO bekas penjenayah macam Manikumar, ada EXCO sapu keliling, dan ada EXCO yang hanya tahu makan gaji buta dan tak tahu buat langsung apa kerja. Eloklah MB borek EXCO rintik. MB kaki tidur, EXCO bantai honeymoon.

Tidak cukup dengan kejutan itu, tanah, balak, tanah kubur, tanah waqaf khas atau am, tanah simpanan Melayu, Gunung, Bukit, kuaribatu, pasir semua puak PAS jual. Bukan pajak, apa yang ada mereka jual-jual, kerana sedar inilah detik penghabisan kali sebelum kuasa lepas ditangan. Duit selenggara jalanraya yang diberi kerajaan persekutuan, dibalun disapu dan disimpan untuk tabung pilihanraya PAS. Jalan berlopak ibarat negara Somalia dibiarkan hingga tayar kereta rakyat terus menderita.

Rakyat Kedah lebih terkejut ingatkan dibawah kealiman pentadbiran PAS, masalah jenayah dan sosial akan berkurang rupanya bertambah teruk. Contoh mudah, bilangan penagih dadah wanita, Kedah berada ditangga kedua teramai selepas Selangor. Syabas, Kedah sejahtera, lalok merata-rata.

Sebenarnya rakyat Kedah seringkali menerima kejutan, terkejut beruk kerana diperintah oleh beruk-beruk gila berwarna hijau.. TAKBIR!!!!!!!

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

hang pangkah lah lg nooooo

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Dalam Harakah hari ini terpampang mengatakan 6 PM telah gagal. Malangnya PAS perintah Kedah tak sampai satu penggal bukan saja gagal tapi dan cacamerba dibuatnya.Ini bukan apa kerana mereka tak fahamapa itu islam dan datang mana perkataan kebajikan.

Itulah bercakaran sana sini bahkan kafirpun dianggap bertaraf wali dan yahudi dijadikan sebagai penjaga dan penasihat utama. Merupakah memang tak faham tentang islam kerana islam itu merangkaumi semuanya termasuklah kebajikan,

Mengapa PAS Kedah cacamerba:_

Kerajaan PAS Kedah merayu kepada Kerajaan Pusat agar menyalurkan bantuan bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini bulan depan.Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Kerajaan Pusat untuk memohon bantuan itu.
"Kita minta sekurang-kurangnya Pusat (Kerajaan Pusat) bagi peruntukan untuk persiapan menghadapi banjir. Tak buat tebatan pun takpe tapi sekurang-kurangnya kita dapat peruntukan untuk rakyat kita hadapi banjir.
"Kita mohon peruntukan antara RM6 juta hingga RM10 juta. Kalau kita kena (banjir) macam di Thailand, kita nak buat macam mana? Di mana Kerajaan Negeri nak cari duit?," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat Daerah Kubang Pasu di Pekan Kodiang dekat sini hari ini.

Katanya beliau kecewa dengan keputusan Kerajaan Pusat yang tidak menyenaraikan langsung negeri Kedah dalam Belanjawan 2012 berkaitan dengan peruntukan banjir.

"Perak yang tidak kena banjir pun depa (Kerajaan Pusat) bagi, kenapa Kedah salah sebuah negeri yang teruk dilanda banjir tidak dapat," katanya.

Awal November tahun lalu, tiga daerah negeri ini iaitu Padang Terap, Kubang Pasu dan Kota Setar teruk terjejas dilanda banjir yang membabitkan lebih 40,000 penduduk.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa PAS Kedah cacamerba?


Cuba kita renung hadis ni :

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

Tanpa Nama berkata...

apa lg rakyat kedah, nak simpan lg ka golongan mcm ni ? JOM KITA TUKAR BALIK !

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates