Selasa, 28 Februari 2012

DAH KENA DAH.. PENYAMUN JUAL PENYANGAK


WATAN BERTINTA

Cubaan puak dalaman PAS sendiri untuk menjatuhkan Azizan sebagai MB tidak patut menjadi justifikasi untuk kita simpati pada Azizan. Pada Tok Watan, apa sahaja yang berkaitan dengan PAS, PKR dan DAP sudah tidak Signifikan lagi untuk rakyat Kedah.

Ada tak bertambah, tiada tak berkurang. Selama 4 tahun rakyat Kedah yang dulunya beremosi dan kesan kelemahan BN Kedah sendiri telah secara melulu memberi undi memenangkan PAS, PKR dan DAP untuk memerintah KEDAH buat pertama kali semenjak 1957.

Dan dengan mandat ini kita ingatkan kebajikan rakyat bertambah baik, rupanya mandat yang kita beri hanyalah alat kepada puak ini untuk mencipta kesenangan peribadi dan dapatlah mereka pencen selaku MB, EXCO dan ADUN apabila tamat tempoh penggal DUN nanti. Namun apa boleh buat, sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada guna. Lebih malang rakyat Kedah di tahun 2008 dulu dek kerana marah yang terlampau sanggup menobatkan tukang urut refleksologi, bekas penjenayah kumpulan geng Mamak, penjual top up, tukang baiki radio, pembawa back hoe sebagai ADUN dan EXCO.
Inilah yang dikatakan, 'marahkan kelambu, nyamuk dibakar'. Dan dengan kemelut demi kemelut melanda PAS, PKR dan DAP.. sudah wajib DUN Kedah Azizan bubarkan. Tiada simpati bagimu wahai Azizan. Jangan lagi membiarkan rakyat Kedah memikirkan perihal nasib untung mu. Jika Azizan terus jadi MB atau digulingkan oleh Pahrolrozi, apa untungnya pada rakyat Kedah. Tak untung apa-apa, kerana memang dah kena dah, PENYAMUN JUAL PENYANGAK'..

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

inilah yang berlaku bila takhta, harta jadi rebutan. rakyat diketepi jadi tak ketahuan.nah hai, puas dan padan muka orang kedah..SEJAHTERA SUNGGUH LA NI.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates