Rabu, 22 Februari 2012

DAP = PAP + Komunis + Zionis

Kedah Times paparkan tulisan oleh Khazanah Minda Politik Melayu tentang DAP dan agendanya di Tanah Melayu ini.

Yang menariknya perjuangan DAP ini disambut baik oleh PAS yang kononnya hendakkan negara Islam tetapi terang-terang bersekongkol dengan satu kumpulan manusia yang memperjuangkan apa yang dibawa oleh komunis dan zionis.

Kedah Times tidak merasa hairan jika PKR bersekongkol dengan DAP kerana PKR membawa agenda zionis dan pluralisma agama.

Tetapi peliknya PAS yang katanya berjuang berpandukan Quran dan Hadis sekarang ini menerima baik kumpulan yang tidak mengiktiraf kewujudan Tuhan serta musuh Islam dari dulu kini dan selamanya, zionis.

Pelik bin ajaib. Kedah Times nak tanya penyokong PAS, kenapa pilih DAP yang komunis dan zionis adalah agenda utama mereka sedangkan UMNO memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair. 
Tidakkah penyokong PAS berasa malu kerana asyik bercakap tentang Islam tetapi dalam masa yang sama bersama Komunis dan zionis?

Apakah anda semua sudah keliru?



Serius Bahaya!! PAP-DAP sama


Menyingkap sejarah PAP(People’s Action Party) atau dalam Bahasa Melayu – Parti Tindakan Rakyat singapura di tubuhkan seawal tahun 1954 lagi yang di pelopori setiausaha utamanya pada masa itu , Lee Kuan Yew. Siapa yang tidak kenal dengan Lee Kuan Yew, pemimpin yang terkenal dengan sikap suka bermuka-muka dan selalu menimbulkan sikap ketidakpuasan hati kepada bangsa Malaysia (Melayu) dan (Islam) sama ada Singapura masih bersama Malaysia pada ketika itu atau sudah terkeluar dari kesatuan Malaysia.

Biar penulis menceritakan detik sejarah yang benar dimana saat – “Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP.Ini kebenaranya ,modus operandi PAP hanya mahu berkuasa-setelah menawan hati Melayu dan Islam, akhirnya keturunan melayu dibersihkan di Singapura. Jahatnya Lee Kuan Yew pada masa itu.

Penulis mencari persamaan pula dengan Parti DAP di Malaysia , yang seratus peratus sama strateginya dalam berkuasa iaitu jelas sekali apa yang berlaku di Pulau Pinang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sanggup turun naik masjid serta surau semata-mata mahu memikat hati orang Melayu. Akhirnya disambut oleh PAS ketika ini,yang percaya pendekatan DAP nampak Islamik dan pada hakikatnya menghancurkan umat  Melayu dan Islam di Malaysia.

Serius BAHAYA!!! “Siap isytihar diri sebagai Khalifah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan pun dijual tidak apa sebab Kit Siang dan anak lelakinya itu saudara kita sekarang, kata pak janggut,”

Persoalan!! yang harus kita semua fikirkan baik Melayu,Cina dan India juga kaum–kaum di Malaysia apakah kesamaan antara DAP-PAP satu kebetulan??? Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. Devan Nair ( MP Bangsar pada waktu itu ) cuba menghidupkan semua PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP). Dan ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia. Nah !!! adakah ini kebetulan???

Serius BAHAYA!!DAP sering memanggang 5 ekor babi dalam program makan malamnya. Kenapa 5 ekor? Ianya adalah simbolik kepada bintang satu yang mempunyai 5 bucu. Setiap bucu melambangkan kententeraan, inteligensia, petani, buruh dan generasi muda. Bintang berbucu 5 adalah logo universal komunis di seluruh dunia. Bucu 5 juga bermaksud 5 benua dan tangan. Lihatlah warna yang digunakan DAP-PAP iaitu merah. Warna merah ini adalah warna rasmi parti-parti komunis di seluruh dunia. South Sea Communist Party atau Nanyang Communist Party dibuka di Singapura pada 1922 sebelum dibubarkan menjadi Parti Komunis Malaya pada tahun 1930. Satu lagi ruang minda anda terbuka!!!

Serius BAHAYA !!! satu perkara utama yang perlu kita tahu tentang LOGOparti DAP-PAP teryata ada kesamaan- buat perbandingan mengikut resipi sendiri ,lihat perbezaan dan kesamaan logo parti DAP-PAP ini :

-Keduanya ada hubungkait dengan zionis ? -


-Warna merah membawa ideologi komunisma yang sama-



-Diawal kemunculan PAP-MELAYU|ISLAM fokus utama-

DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, kita harus tanam didalam hati akan perkara ini-  Serius BAHAYA !!! jika DAP dibiarkan akan meracuni pemikiran orang Melayu dan Islam-tolak mereka sebelum kita ditolak dan diusir bagai sampah.


KSJ said : DAP-PAP ada agenda tersendiri-PAS/PKR hanya kuda yang sedang ditunggang!!!

3 comments:

kkamdias berkata...

Salam kedah time..mohon link kkamdias.blogspot ke blgroll tuan. Kedah time dah link ke blog saya....lama dah...tk

Syburi Times berkata...

Thank You Tuan. Dah dilink kan. maaf kerana ambil masa.

AntaraPos berkata...

Perbuatan Rosakkan Agama, Akidah Umat Islam Semakin Dahsyat - Harussani | http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlcpZo | http://antarapos.com/v1

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates