Rabu, 8 Februari 2012

ISU MADRASAH SALIHIAH BARU BERMULA...


WATAN BERTINTA

Jika goblog PAS menyatakan isu Madrasah Salihiah orang Kedah dah tak makan maka mereka sebenarnya silap besar.

Lalu sigoblog PAS 'menfitnah' kononya 3 ke 4 ribu rakyat yang datang menghadiri sambutan maulidur rasul anjuran PERKASA dengan kerjasama Jawatankuasa Madrasah Salihiah adalah ahli UMNO yang dibawa dengan bas dari Perlis maka sekali lagi telahan mereka tersasar.
 
Yang datang bukan sekadar ahli UMNO, tetapi juga ahli PAS, PERKASA, PEKIDA, BELIA 4B, anak muda, penduduk setempat. Golongan tak berparti malah rakan-rakan Islam dari PKR turut hadir.

Malah ahli MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH dan ahli MAJIS ZAKAT NEGERI KEDAH dan kakitangan dari Pejabat MUFTI KEDAH turut datang berziarah dan mereka ini menambahkan lagi perisa dan hebahan kebenaran betapa MAIK dan JABATAN MUFTI KEDAH telah diperalat oleh kerajaan PAS demi se bidang tanah waqaf khas berkeluasan 0.008 hektar di tengah BANDARAYA ALOR SETAR. Nampaknya kebenaran dan keberanian mereka ini mula menjelma. ALHAMDULILAH.

Semua mereka ini datangnya dari seluruh negeri Kedah dan dapat melihat sendiri bahawa hanya 1/8 dari ruang di bangunan Madrasah ini disewakan kepada kedai insuran milik ASWAN ABDULLAH anak melayu penyokong dan pengundi PAS di Langgar berkelulusan MBA dari UIA. Ijazah pertamanya dalam bidang sains dari UNIVERSITY OF KENT at Canterburry United Kingdom.

Dengan rahmat Allah jualan kedai insurannya kini meningkat pada kadar 30% sejak isu ini heboh menjadi isu nasional. ALHAMDULILAH dan berkat duit sewa yang dibayarnya dapatlah jawatankuasa madrasah menampung keperluan bayaran bil air, api dan belanja penyelenggaraan. Harapkan kerajaan islam dan MAIK bukan nak membantu, mereka jualkan dan mereka hina lagi rumah milik Allah ini.

Umat Islam di Kedah yang datang pada malam iu juga dapat melihat sendiri sejarah Madrasah Salihiah yang dibina semenjak 1327H bersamaan 1906 lebih awal dari Masjid Zahir.

Mereka dapat melihat sendiri ruang solat ditingkat 2 bangunan boleh memuatkan 200 jemaah. Mereka boleh teliti di bangunan madrasah juga wujudnya PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN MADRASAH SALIHIAH yang diasaskan oleh USTAZ IBRAHIM (Bapa DR MASHITAH).

Pertubuhan khairat ini yang dulunya mempuyai 300 ahli kini sudah bertambah menjadi 780 ahli. Umat islam yang datang dapat melihat sendiri kelengkapan serta perlatan dalam madrasah yang cantik tersusun kemas antara yang terbaik di bandaraya Alor Setar.

Dan yang lebih penting kefahaman mereka tentang isu ini kian terserlah, dan mereka inilah bakal menjadi jurubicara agar hak dan maruah umat islam yang cuba diinjak oleh Azizan dan konconya untuk diserahkan kepada SONY HO penggiat DAP Kristian Penang dapat dihalang dengan apa cara sekalipun.

Dan yang lebih mengentarkan pada goblog PAS ialah sambutan dan kesedaran umat ISLAM di Kedah bahawa inilah bahananya bila diserahkan amanah kepada pihak yang kurang amanah.

Inilah akibatnya bila mendapat pemimpin yang tidak bersifat SIDIQ, kerja berbohong sepanjang masa.

Iniah resahnya bila mengundi pemimpin parti jenama islam tetapi buat kerja tidak megikut Islam.

Harapkan pagar, pagar makan Padi.
HARAPKAN MAIK, Tanah wakaf khas dijual beli.
Harapkan PAS semua menjadi hampas.

Alhamdulilah dengan kutukan GOBLOG PAS, pihak jawatankuasa MADRASAH SALIHIAH kini menerima permintaan dari pelbagai pihak untuk mengadakan siri lawatan, DARI DALAM DAN LUAR KEDAH, untuk mendapatkan penjelasan dan penerangan terperinci berhubung isu ini.

Diharapkan pihak JASA,  PENERANGAN, BTN, MKN dan penceramah UMNO serta PAS sendiri rajin-rajinlah turun ke Madrasah INI agar mendapat input yang betul, dokumen yang jelas boleh dilihat demi memberi penerangan kepada umat Islam di seluruh Kedah.

Isu madrasah salihiah baru bermula. Meskipun kempen menyedarkan umat Islam tentang isu ini dicetuskan oleh 5 atau 6 orang bingai, namun alhamudlilah isu ini sudah menjadi isu nasional, isu nusantara.

Rakan-rakan dari Pattani, Singapura, Brunei dan Indonesia turut menyokong usaha JAWATANKUASA MADRASASAH SALIHIAH.

Terbukti sudah isu ini baru bermula sebenarnya dan demi menyelamatkan tembolok pemimpin PAS Kedah yang kian terhumban dipintu neraka maka si GOBLOG PAS dengan langkah sumbang dan penuh hina mula mereka cerita.

Dijemput sekali rakan-rakan GOBLOG PAS agar dapat mengunjungi MADASAH SALIHIAH, madrasah ini mempunya sebuah dewan berhawa dingin yang boleh memuatkan 150 orang pada satu-satu masa, berada ditingkat bawah. Dan anda semua para GOBLOG PAS boleh bersoal jawab dan mendapat maklumat terperinci tentang sejarah, dan apa sebenarnya yang berlaku berhubung isu MADRASAH SALIHIAH.

Tak kenal maka tak cinta, bersama lah mengimarahkan MADRASAH SALIHIAH yang diwaqafkan oleh keturunan al-Saadi dan Haji Jafar (bekas MUFTI KEDAH, 1830-1910) dan Saad (GURU AGAMA SULTAN KEDAH).

Bersama kita pertahankan maruah dan hak umat Islam dan MADRASAH INI yang turut pernah diimarahkan oleh ulama Islam Kedah terbilang seperti Sheikh Ibrahim, Dato Paduka Sheikh Majid dan ramai lagi..

Tiada guna kita mencaci maki rumah Allah s.w.t.dari jauh, hanya menambahkan dosa-dosa kita, jika nasib tanah waqaf khas madrasah salihiah boleh tergadai dibawah sebuah kerajaan berlabel islam, maka apa jaminan nasib masjid, surau dan madrasah yang dibangunkan di atas tanah pertanian, tanah waqaf am, tanah rizab melayu dan tanah rizab kerajaan?

Tentulah ibarat telur dihujung tanduk, dan justeru itu bagi si goblog PAS yang ada telur datanglah bersemuka bersama jawatankuasa MADRASAH SALIHIAH. Jangan menjadi seperti golongan bodoh, bebal dan bangang dan tertutup hati untuk menerima kebenaran..

Dan sedarilah isu ini didokong dan disokong oleh umat islam yang prihatin, malah bukan Islam pun turut sama menyokongnya. Ini bukan isu UMNO, PAS, PKR atau isu DATO MUKHRIZ ATAU DATO BASHAH. Ini isu hak umat islam, isu maruah seluruh umat Islam.

Jawatankuasa Madrasah salihiah yang dianggap bingai menjadi kuat kerana didokong oleh umat ISLAM bukan kerana disokong oleh BASHAH, MUKHRIZ atau orang lain.

Hanya yang berani dalam menegakkan syiar dan maruah Islam yang akan bersama.

Bagi siGOBLOG PAS yang bacul biarkan mereka terus bermain dengan kata-kata, saat kejatuhan mereka sebenarnya hampir tiba.. Allah yang Maha Adil dan Bijaksana adalah sebaik-baik Hakim..

2 comments:

hisham berkata...

terbaik...tapi maaf nak buat sedikit pembetulan keatas perbahasa "Harapkan pagar,pagar makan padi".....mana ada pagar makan padi...
ayat yang sebenar ialah "Harapkan PEGAR,PEGAR makan padi...
pegar ialah sejenis ayam yg memakan serangga kecil dan dipelihara olih petani untuk menjaga pagi dari serangan tikus dan makhluk perosak.
rupanya ayam pegar ini juga jenis makan padi...timbulah peribahasa pegar makan padi yg bermaksud orang yg diharap melakukan sesuatu kerja tapi tidak amanah.
ak kepastian tentang ayam pegar...cuba tanya pakcik google...

Tanpa Nama berkata...

YA ALLAH SELAMATKANLAH MADRASAH SALIHIAH RUNTUHKANLAH MANUSIA-MANUSIA YANG MAHU MEROBOHNYA.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates