Khamis, 9 Februari 2012

Jadi ka tak Jadi?

Heboh diperkatakan yang MB Azizan akan letak jawatan sebagi pemimpin nombor satu Kedah.

Bermula dari KLPos.com dan seterusnya kebanyakan bblog menyiarkan berita yang beliau bakal meletak jawatan. Begitu juga dengan berita arus perdana. TV3 dalam berita utama 8 malam juga memetik berita dari Klpos tentang hasrat meletak jawatan tersebut.

Tup-tup, keluar statement dari MB yang beliau tidak akan letak jawatan. Katanya yang ini mungkin gara-gara orang yang cuba menjatuhnya dulu ATAU mereka yang tidak suka dengan ketegasan beliau memimpin.

Amat logik sekali kata-kata MB tersebut kerana banyak puak dalam PAS yang bercita-cita untuk mengambil alih tempat nombor satu tersebut.  Dikalangan exco sendiri pun ramai yang sedang berangan-angan untuk duduk di kerusi empuk MB Kedah tersebut. Ini tidak dapat diselindung lagi.

Tidak lupa juga kumpulan Mahfuz yang sehingga kini masih tidak sebulu dengan MB. Bermula dengan kisah pembinaan kampus KUIN dulu lagi. Sehinggalah kepada kisah penggunaan AUKU terhadap 5 pelajar KUIN yang dikatakan bertentangan dengan kandungan BUKU JANGGAY, kitab terbaru PR.

Maka adalah tidak logik sekali yang semua ini datang dari UMNO kerana jika beliau letak jawatan pun, UMNO tidak untung apa-apa. Sebaliknya puak-puak yang berkepentingan dalam PAS yang bakal memperolehi keuntungan.

Ada berita mengatakan yang MB akan sama pihak yang mengeluarkan berita ini. Kita alu-alukan kerana nak lihat siapa sebenarnya yang sangat-sangat berminat untuk jawatan nombor satu ini.

PAS, katanya parti Islam yang utamakan Islam. Rupa-rupanya utamakan kuasa dan jawatan.... Memalukan.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

gua sanggup POTONG L****U sekali lagi kalau AZIZAN SANGGUP LETAK JAWATAN.. orang tengah syok dengan jawatan tak dak sebab nak letak jawatan

GAJI DAN ELAUN MB- RM72,000 sebulan
KERETA MERCEDES S320 dan drebar
Layanan bagai raja
Karpet merah
Pi mana pun semua free kerajaan negeri tanggung
Title YAB lagi
Kuasa bagi balak, tanah, kuari batu, pasir, laut, dan banyak lagi kuasa datangnya dari arahan dan mulut MB
Awek dan marka pun banyak..
Boleh melancong dan melencong keluar negeri selalu
Takan la TOK NEK JAN NAK LETAK JAWATAN!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates