Rabu, 29 Februari 2012

Kacang Lupakan Kulit

Beginilah jika pada satu ketika dulu sentiasa berada dalam 'lime light'.

Kata-kata sentiasa didengari oleh rakyat. Perempuan berkulit putih dan berhidung mancung pun tergila-gilakannya. 

UMNO lah yang menjadi laman untuk beliau memperolehi semua kebanggaan itu. UMNO adalah intan, UMNO adalah payung.

Tapi kini selepas semua itu tiada lagi, UMNO sudah tiada lagi jasa. Cerita-cerita buruk yang beliau sendiri lakukan pada satu masa dulu, diceritakan. Apakah kerana terlalu kesunyian? Apakah kerana diri sudah tidak laku lagi?

Inilah pe'el veteran UMNO yang tidak pernah puas dengan ketamakan kuasa, kekayaan dan jawatan. Kubur kata mari, rumah kata pergi. Tetapi nafsu serakah masih tinggi menggunung.

Beliau patut sedar siapa dirinya sekarang. Sediakan diri ke arah untuk meninggalkan dunia ini.

Tapi beliau memilih untuk memecahkan tembelang sendiri!


Beli undi: Kadir wajar mohon maaf

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir wajar memohon maaf kepada para pengundi di kawasan Parlimen Kulim Bandar-Baharu ekoran kenyataannya yang menggambarkan pengundi di kawasan itu mudah untuk 'dibeli'.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Abdul Kadir wajar berbuat demikian jika perbuatan membeli undi itu benar-benar berlaku.

"Dia seolah-olah telah menghina pengundi di kawasan itu. Maka dia kena minta maaf jika ia berlaku," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Kadir semasa berucap dalam satu forum pada Januari lalu yang mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai 'bom'.

Dakwa Abdul Kadir, beliau mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

Menurut bekas Menteri Penerangan itu, dia telah menjadi ketua dalam banyak kempen pilihan raya dan diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan kepada pengundi.

Zahrain berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasat perkara itu memandangkan ia adalah pengakuan yang dibuat oleh Abdul Kadir.

"Bagi saya, siasatan menyeluruh perlu dilakukan memandangkan Abdul Kadir adalah bekas wakil rakyat kawasan itu untuk beberapa penggal, bagi memastikan sama ada beliau terbabit dengan politik wang ataupun tidak,'' katanya.

"Beliau (Abdul Kadir) perlu berterima kasih kepada UMNO kerana sudah menikmati kemewahan dan kekayaan hasil penyertaannya dalam parti itu.

''Kekalahan pemimpin UMNO pada pilihan raya umum lalu termasuk di Kulim bukan kerana duit, tetapi kerana sikap pemimpinnya seperti Abdul Kadir ini,'' katanya.

Dalam pada itu, Zahrain turut mendesak Abdul Kadir supaya menyatakan pendiriannya sama ada masih lagi menyokong UMNO atau berhasrat menyertai pembangkang ekoran kenyataannya sejak kebelakangan ini yang mengkritik parti itu dan kerajaan.

Katanya, Abdul Kadir yang sudah pencen itu wajar mendiamkan diri dan tidak perlu mengkritik tanpa asas sehingga boleh menjejaskan parti yang disertainya sebelum ini.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates