Ahad, 26 Februari 2012

Kedah bakal dapat MB baru?


Pergolakan Politik PAS Kedah tidak dapat ditutup lagi. Semua orang sudah tahu.

Baru-baru ini Kedah Times sebut 3 exco kanan PAS bakal boikot majlis angkat sumpah jawatan exco baru pada 28 Februari 2012 nanti. Rupa-rupanya dah bertambah jadi lima. Yang lain masih agaknya bersama MB Azizan. Ke lima-lima tidak hadir dalam mensyuarat bersama MB baru-baru ini.

Berdebar-debar kita menanti 28 Februari 2012. Difahamkan 2 Exco kanan telah menolak untuk jawatan exco. Tindakan Awal untuk menyelamatkan karier politik jika tidak terpilih kelak.

Jika sudah jadi 5, apakah mungkin akan wujud desakan supaya MB letak jawatan? Jika YB Taulan Rasul 'join the boat', maka jadi enam Exco yang dikabarkan bakal memboikot majlis tersebut.

Apakah akan ada undi tidak percaya kepada MB Azizan? Mungkin tindakan sebegini bakal dilakukan oleh exco-exco ini. Jika mereka berjaya, maka Azizan terpaksa letak jawatan dan serahkan kepada orang lain.

Jika ini benar berlaku maka ADUN-ADUN UMNO menjadi sangat penting dalam perebutan Azizan dan exco-exco ini untuk mendapatkan jawatan nombor satu di Kedah ini.

Kedah Times nak lihat apa akan jadi jika UNDI Tidak percaya berlaku. Dan apakah peranan ADUN-ADUN UMNO dalam pergelutan ini.

Apakah Azizan akan kompromi dengan ADUN-ADUN UMNO untuk menyelamatkan jawatannya? Atau exco-exco tersebut juga sedang berbincang dengan ADUN-ADUN UMNO untuk menjatuhkan Azizan?

Ingat dalam politik macam-macam boleh jadi. Musuh boleh menjadi kawan dan kawan boleh bertukar menjadi musuh dalam sekelip mata.

Jika ini berlaku maka telahan Kedah Times bakal menjadi BENAR ... UMNO Bersatu dengan PAS  di Kedah ... 

Seperti kata penulis Watan Bertinta .... bila lagi? Bubarkan DUN ...

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates