Selasa, 14 Februari 2012

Kedah Boleh Menang..Tetapi!!!

Kedah merupakan "winnable state" (negeri yang boleh dimenangi) Barisan Nasional (BN) jika pemimpin-pemimpin BN negeri terutama UMNO mampu menyelesaikan masalah dalaman, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

muh100Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini rakyat semakin menyedari kelemahan kerajaan negeri yang ditadbir Pas yang tidak berupaya meneruskan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Bernama melaporkan beliau berkata, ada perubahan pada sentimen dan sikap pengundi terhadap dasar-dasar kerajaan pusat di mana rakyat Kedah sedar BN mampu untuk membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan.

"Kami yakin boleh menang di Kedah tetapi bersyarat. Sebahagian besar pengundi kini beralih kepada BN tetapi kita tetap perlu kerja kuat. Kami tak boleh ambil mudah dan selesa. Kami (BN) mengambil pendirian tegas bahawa kami perlu bekerja
dengan sangat keras," katanya di Pokok Sena,Kedah Selasa.

Muhyiddin berkata, rakyat kini memahami mengenai Pas dan kegagalan Pas yang begitu nyata dan ramai peniaga terutama orang Cina mengatakan kerajaan negeri tidak pro-perniagaan.

Katanya lagi, kerjasama UMNO dan parti komponen BN lain paling utama dan walaupun kesedaran untuk kerjasama itu bertambah baik tetapi masih belum memadai. - 14/2/2012

Sumber: Agendaaily.com

8 comments:

Tanpa Nama berkata...

Merbok antara bahagian yang bermasalah. Penyelesaian segera harus dilakukan sebelum ianya menjadi lebih parah

Tanpa Nama berkata...

BN kedah kena kerja kuat. Jgn lupa ada juga faktor undi simpati kat MB azizan yg diasak teruk oleh PR ke parasit ke. Nampak kesian pun ada kat dia tu....
Kes Madrasah Salihiah dah senyap pulak sejak depa timblkan isu KUIN. Cercite...

Tanpa Nama berkata...

Kami pengundi Padang Serai berjanji untuk sumbangkan satu kerusi iaitu DUN Merbau Pulas dan akan tentang habis2an di Lunas....Apa yang penting calun hendaklah yang bersih...tiada isu moralll,rajin turun padang dan disokong oleh komponen....calun yang bermasalah minta maaf....

BeribesaQ berkata...

Syabash Tanpa nama 10:40....anda mewakili diri anda sebagai pengundi ataupun anda mewakili seluruh pengundi yang akan memenangkan calon BN.....adakah ini hanya retorik .....anda saja kata lagu tu, bagaimana dengan UMNO Bhg Pdg Serai, bagaimana dengan MCA, MIC, PGRM dan PPP ataupun AIMPF, ingat...pengaruh pengundi bukan Melayu di malaysia boleh di ibaratkan seperti kuasa Yahudi@Zionis bagi Amerika Syarikat, tanpa sokongan pengndi tersebut [Yahudi@Zionis] calon presiden tak akan menang...begitu juga di malaysia...peranan pengundi Non-Malay sangat penting....kepada sesebuah parti politik yang bertanding dalam PRU ataupun PRK....tapi pengundi Melayu ada 4 puak yang berbeza selera, yang mudah di permainkan ataupun di perkotak-katikan oleh pengundi Non-Malay...ada pengundi Melayu yang tak sedar dirinya Melayu melalak seperti bukan Melayu, ada pengundi Melayu UMNO yang tak sedar diri bahawa dirinya adalah Melayu UMNO melalak seperti pengundi pembangkang.....

Tanpa Nama berkata...

Untuk menentukan calon yang 'winable' akan diiktiraf pada grass root level. Kalau setakat pepatung basuh berak memang tak boleh gunapakai. Mesti benar-benar 'winable' , kalau tidak hancoq...

Tanpa Nama berkata...

Insaniah rosak bawah depa ni...haram btoi

PANTAI JOHOR berkata...

parlimen kuala kedah ngan dun, mcm payah mau makan saja... mungkin dun kubang rotan bole kot..
tp org umno ni suka boikot tang last minit.. selului jd mcm 2... aku pun heran..

Mahawangsa berkata...

Cakap pemimpin macam itulah senang dan mudah seperti PM,TPM dan lain menteri.

Adakah mereka sedar banyak isu yang belum selesai yg sedang manjadi makanan pembangkang seperti.

a.isu gaji SBPA yg senget sebelah dan menguntung pegawaii atasan.

b.isu NFC yg juga menjadi buah mulut rakyat disegenap peringkat.rakyat bawahan ternganga dgn RM 500.Sedangkan yg kaya menjadi tambah

c.isu Felda pun panas juga di kawasan Felda dan golongan yg sompati dgn nya.

Selain drp itu semua pihak terutama pemimpin BN janganlah anggap pengundi boleh dijual beli macam dahlulu lagi.

Faktor calon penting.Bukan semua calon tajaan UMNO /BN Bahagian menjadi selera rakyat untuk diundi.Terutama di Kedah.Cakap-cakap rakyat nak lihat siapa calonnya dulu.Tokoh-tokoh UMNO di Kedah dan setiap Bahagian ramai yg tak berwibawa di selubungi bermacam skandel moral,tidak amanah,rakus,sombong,ego serta lagak yg membosankan.


Kedah memang ada harapan.Tapi kalau macam kedaan sekarang apa UMNO dan BN Kedah buat kerja.

a.wanita Kedah buat apa.
b.pemuda Kedah buat apa.
c.puteri Kedah buat apa.
d.UMNO Perhubungan buat apa.
e.UMNO Bahagian buat apa.

Mana dia program bersama rakyat jelata.Memadai kah program sesama ahli sepanjang masa.

a.beri bantuan pun sesama shli.
b.beri ceramah pun sesama ahli.
c.berkawan pun sesama ahli.
d.berkempen pun kepada kumpulan ahli sendiri.
e.PM/TPM/Menteri dll pun jumpa ahli sahaja.

Cuba kira di Kedah berapa jumnlah pemgundi ahli BN.Kemudian cuba kira berapa jumlah pengundi pembangkang.kemudian kira berapa junlah berapa pengundi yg tak berparti.

Secara kesimpulannya UMNO/BN Kedah masih ketinggalan amat jauh dengan pengundi sama ada ahli sendiri,pengundi tak berparti.Lagi jauh kalau dengan pengundi parti PAS.PKR dsbnya.

UMNO/BN Kedah masih syok sendiri.Pemimpinnya lemah idea tidak ada ilmu politik moden dan ilmu gerak kerja sosial. dan lainnya.

Cakap sahaja tranfomarsi tapi tak faham apa itu tranformasi.Nampak gah dan hebat tapi kosong macam tin kosong.Orang Kedah kata tak ada aura politik.

UMNO .BN Kedah masih belum ada tokoh hebat dan berwibawa.

Sekian terima kasih.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates