Selasa, 7 Februari 2012

Kedah Times vs TranungKite - Siapa yang mengelirukan SIAPA!


Menarik, isu pendedahan oleh Bekas Anak Didik KUIN telah dijawab dan cuba diulas oleh Saiburi Sudin. Yang menariknya ianya dipetik terus oleh TranungKite untuk dimuatkan dalam portalnya.

Kedah Times ucap tahniah kepada Anak Didik KUIN kerana berjaya menarik perhatian Saiburi Sudin dan Tranungkite untuk siarkan pendedahan yang dilakukan oleh Anak Didik KUIN. 

Untuk pengetahuan Saiburi Sudin, Saiburi membawa maksud negeri melayu Kedah yang dikembalikan kepada Thailand pada pemerintahan Jepun. Rakyat yang dilahirkan dinegeri-negeri ini layak membeli tanah atau menetap di Thai. Jangan sewenang-wenangnya guna Saiburi (syburi) tanpa tahu maksudnya.

Untuk pengetahuan Tranungkite dan Saiburi Sudin, Anak Didik KUIN bukan Sobri Sudin atau Kedah Times sendiri. Tak elok sangatlah kalau dok samakan Sobri Sudin dengan penulis-penulis lain. Nayaa Sobri Sudin kerana apa saja yang didedahkan dikaitkan dengan beliau walhal beliau tidak terlibatpun dalam artikel tersebut. Kalau kita tengok gaya penulisan pun agak berbeza. 

Seperti yang disiarkan Tranungkite
Kedah Times bukan milik Sobri Sudin. Itu fakta. Kedah Times milik ramai penulis sukarela yang Pro Kepada konsep perjuangan UMNO iaitu Aliff Baa Taa. Kedah Times yang tidak Pro kepada mana-mana pemimpin dihidupkan oleh ramai penulis yang sayangkan Bangsa Melayu, Agama Islam dan Tanah Melayu/Raja. 

Jadi jika Saiburi Sudin asyik mengatakan semua penulisan dalam Kedah Times adalah nukilan saudara Sobri Sudin, agak terpesong lah sedikit maklumat tersebut. Kalau saudara Saiburi Sudin tanya Sobri Sudin siapa Admin Kedah Times, beliau tidak akan tahu pun. Itu hebatnya Kedah Times.

Kedah Times harap agar Anak Didik KUIN baca tulisan Saiburi Sudin yang bakal disiarkan dibawah. Tetapi Kedah Times akan jawab terlebih dahulu apa yang dibahaskan oleh pihak Saiburi Sudin. Harap Tranungkite boleh petik dan siarkan dalam portalnya. Itupun kalau Tranungkite berani dan sudi.

Kita lihat siapa tidur
Disenaraikan perkataan yang agak kasar yang digunakan oleh Anak Didik KUIN untuk perhatian pembaca kerana dari ulasan Saiburi Sudin, semua jenis makian disimpulkan telah dikeluarkan oleh Anak Didik KUIN. Pembohong Besar, Buta, Bahalol, Buta dek katak bawah tempurung, perbodohkan, pekak, barua, hipokrit dan penyangak. Itu saja perkataan-perkataan yang agak kasar digunakan. Bukan maki seperti yang cuba di 'potray' kan oleh Saiburi Sudin. Kedah Times boleh katakan yang Saiburi Sudin agak terlebih dalam menuduh Anak Didik Kuin. Kalau boleh Kedah Times sarankan agar baca dan faham maksud yang cuba dipaparkan.

Kedah Times akan komen dalam warna merah kepada semua tuduhan serta jawapan Saiburi Sudin.

Misteri Terbongkar : Akhirnya! Tanya 10 jawab 10!
Posted on Sunday, February 05 @ 13:00:00 PST 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: khaizmi

"Selepas tertunggu-tunggu komen terhadap hujah mantop Exco Penerangan Kerajaan Negeri kedah, YB Abdul Ghani Ahmad terhadap 10 perkara yang beliau timbulkan, akhirnya muncul jugak jawapan dari sebuah blog pro Datuk Mukhriz iaitu Kedah Times berhubung isu Bangunan Salihiah, Kanchut.

Ghani yang cuba jadi hero
Baru PAS KEdah
Awal-awal lagi Saiburi Sudin menuduh. Tuduh Kedah Times pro Datuk Mukhriz. Baca statement di atas untuk pengesahan.

SS siarkan hujah mereka di sini tanpa tapisan biar rakyat nilai ungkapan yang penuh dengan maki hamun dan sumpah seranah itu. Ungkapan2 ‘mulia’ yang dikeluarkan oleh pihak yang kononnya mahu perjuangkan Islam, pertahankan ‘Rumah Allah’. Bodoh, kurang ajar, takdak otak, hipokrit, buta, bahlol, barua, pekak, penyangak dan lain2 lagi bahasa kesat telah digunakan oleh orang yang mengaku lebih alim dari 10 ulamak majlis Fatwa Negeri Kedah. Arwah mak SS selalu pesan dulu, jangan lancang mulut kita dok maki orang, dok kata orang bodoh, kerana ia adalah doa untuk anak cucu kita. Agaknya blogger UMNO pro Mukhriz tu sedang 'berdoa' untuk anak dia kot dengan ungkapan2 tu.

Kan dulu PAS yang membawa ajaran memaki hamun musuh demi mempertahankan perjuangan? Dah lupa ka Saiburi Sudin atau buat-buat lupa? Dalam pemilihan perkataan Kedah Times hanya lihat perkataan penyangak, bahalo, barua dan hipokrit saja yang agak kasar. Itupun belum sampai tahap makian. Cuma yang lebih-lebih untuk kata makian ialah Saiburi Sudin saja. Kita faham kerana inilah sikap puak-puak PAS yang bergurukan Anwar Ibrahim. Yang tiada cuba diadakan supaya orang lain nampak tidak elok. 

Mungkin itu kaedah berhujah yang diajar oleh Yahudi APCO iaitu kalau rasa isi hujah tak berapa meyakinkan, maki peribadi pihak lawan tu banyak2... 

Baiklah mai kita masuk gelanggang debat antara Saiburi Sudin dengan Kedah Times.... (teng, teng)

Apa yang cuba diterangkan oleh Anak Didik KUIN ialah tentang kejahilan Exco yang cuba bercakap tentang isu Madrasah Salihiah yang tidak tahu asal usul tentangnya. Sebaliknya memberi kata-kata atau perumpamaan yang tidak relevan langsung. 

Kepada Saiburi Sudin, Allah tidak melarang untuk kita timba ilmu dari sesiapapun asalkan untuk kemajuan dan kemenangan bangsa. Bukan menuntut ilmu untuk musnahkan bangsa dan agama seperti yang sedang PAS pelajari dari Anwar sahabat Israel. 


Kedah Times: Beliau berani mengatakan Surau Al Salihin bukan rumah Allah dengan alasan tandas tidak terpisah dari bangunan utama. Apa bezanya pulak jika surau baru yang akan dibina dalam kompleks yang boleh di akses dari luar pada bila-bila masa? Didalam kompleks pula ada bermacam-macam tempat najis dan berbagai-bagai perlakuan maksiat.

Saiburi Sudin: Ambik akhbar Sinar Harian baca betoi-betoi. YB Ghani kata bangunan Madrasah Salihiah (ulang sekali lagi BANGUNAN, maksudnya bangunan keseluruhan tu..) tidak boleh dinamakan ‘Rumah Allah’ kerana di situ ada tandas, pejabat dan surau yang tidak terpisah. Tujuannya, jangan sewenang-wenangnya nak kata, bila runtuh bangunan tu bermakna runtuh Rumah Allah. Kalau setakat ada surau kat situ kita nak isytiharkan sebagai ‘Rumah Allah’ bermakna Wisma Darul Aman, Kompleks Shahab Perdana, Pekan Rabu juga adalah ‘Rumah Allah’ kerana dalamnya ada surau. Macam tu ka? 
KT tanya apa bezanya pulak jika surau baru yang akan dibina dalam kompleks yang boleh di akses dari luar pada bila-bila masa? Jawabnya, samalah! mana boleh kata Aman Central itu ‘Rumah Allah’ hanya kerana sebuah surau besar akan dibina di situ. Masjid adalah sahih layak menerima gelaran Rumah Allah, tapi harus diingat ia hanya merujuk kepada bangunan rungan solat itu sahaja, tidak termasuk tandas masjid. Sebab itu ikut Mazhab Shafie bangunan musolla mesti terpisah dengan tandas. Tak taula pulak kalau ada mazhab baru UMNO yang isytihar tandas sebagai ‘Rumah Allah’. Waliyazubillah.

Bangunan Madrasah Salihiah ialah Madrasah atau surau itu sendiri. Jadi apa orang buat di Madrasah atau surau? Tentulah beribadah? Jangan Saiburi Sudin hadkan ibadah itu sebagai sembahyang saja tau .. Jika tempat beribadah apakah kita tidak boleh mengatakan ianya rumah Allah. Yang pentingnya tanah wakaf itu diwakafkan untuk tujuan ibadah.

Saiburi Sudin sekali cuba mengelirukan pembaca dengan menyamakan Wisma Darul Aman, Kompleks Sahab Perdana sebagai Rumah Allah kerana ada surau didalamnya. Perlu diingatkan Bangunan Utama Salihiah ini ialah Madrasah atau Surau. Bangunan ini tujuannya dibina adalah untuk orangramai beribadah bukannya membeli-belah atau tempat mentadbir negeri. Itu sebab ianya dinamakan Madrasah atau Surau. Yang berada disampingnya hanyalah aktiviti  sampingan lain seperti pejabat perniagaan serta tandas. Asas pembinaan bangunan adalah 'IBADAH' bukan pusat membeli belah atau stesen bas atau pejabat pentadbiran. 

Bukan macam bangunan Wisma Darul Aman atau Kompleks Shahab Perdana atau Pekan Rabu. Semua bangunan ini tidak dibina sebagai surau atau Madrasah, sebaliknya pusat komersial atau pentadbiran dan kemudahan yang disertakan ialah surau. Jauh bezanya antara bangunan surau dengan bangunan Shahab Perdana atau Wisma Darul Aman atau Pekan Rabu.

Jika Madrasah Salihiah adalah bangunan yang dibina untuk solat dan ibadah yang lain, maka adakah ianya tidak layak dipanggil rumah Allah? Tak tahulah jika ajaran PAS memang boleh disamakan MAdrasah Salihiah dengan Aman Central atau Shahab Perdana. Satu dibina untuk tempat ibadah, aman central untuk komersial dan Shahab Perdana untuk setesen BAS. Ada sama ka?

Kedah Times: Kenapa Majlis Fatwa/Mufti membuat keputusan kedua menyanggah keputusan pertama? 

Saiburi Sudin: Ada sorang rakan marahkan kerajaan negeri depan SS kerana ‘runtuhkan surau untuk bina shopping complex’. Rupanya dia dapat maklumat tu dari TV3 dan Utusan Melayu. Bila diterang perkara sebenar dari A sampai Z. Orang tu pun faham, lantas berkata, “Kalau macam tu aku pun setuju 100%”. Begitu juga dengan Majlis Fatwa, kali pertama dia membuat keputusan hanya berdasarkan isu ‘roboh surau, untuk buat shopping complex’, memang jelas haram. Tapi selepas diberi penjelasan dan Majlis Fatwa pun tahu hujung pangkal isu sebenar... maka keputusan kedua yang dibuat adalah berdasarkan maklumat yang sebenar dan tepat, tentulah keputusan kedua itu yang lebih berwibawa dan haq. 

Masih ingatkah Saiburi Sudin bahawa fatwa pertama tidak membenarkan ianya diroboh? Hanya selepas Amirudin mengadap mufti barulah keluar fatwa kedua.
 
Selepas kes ini dihebahkan kepada seluruh rakyat barulah mufti mengaku yang keputusan kedua belum dipersembahkan kepada Sultan tetapi tanah sudah dijual. Ini apa cerita? Lagi satu Saiburi Sudin masih cuba mengelirukan semua. Isu utama ialah Tanah Wakaf yang di atasnya ada madrasah boleh dijual untuk dijadikan sebahagian dari kompleks membelibelah.  

Ada orang setuju dengan pembinaan Aman Central terutama pemulihan Bangunan Tunku Yaacob tetapi apabila Kedah Times terangkan pasal isu tanah wakaf, beliau terus berubah.

Jadi pembaca perlu faham yang isu utama ialah tanah wakaf yang bakal dijadikan tapak central Aman yang mana mungkin Tandas atau pusat karaoeke berada di atasnya. Apa akan terjadi kepada niat asal pewakaf tersebut? Itu Saiburi Sudin kena terangkan.

Kedah Times: Bukankah Dato' Amiruddin Hamzah membawa kehendak Kerajaan Negeri dengan memaksa Mufti tukar keputusan Fatwa pertama? 

Saiburi Sudin: Fatwa tidak dibuat oleh Dato’ Mufti seorang tetapi setelah bermuzakarah dengan 9 lagi ahli Majlis Fatwa yang arif lagi berwibawa. Jangan hina Mufti seolah-olah beliau boleh dipaksa buat keputusan menurut kehendak Exco. Ingat Mufti Kedah tu macam ulamak UMNO ke? 

Fatwa pertama juga hasil perbincangan Mufti dengan 9 lagi ahli majlis fatwa. Tidak boleh ambil alih selepas dipersembahkan kepada Sultan. Tetapi selepas perjumpaan Amirudin dengan mufti, fatwa kedua keluar tanpa dipersembahkan kepada Sultan. Kita tidak tahu apa yang dibawa atau diterangkan oleh Amirudin. Hanya Allah dan mereka saja yang tahu.  Peliknya kenapa belum dipersembahkan kepada Ketua Agama, tanah sudah dijual. Tak pelik ka Saiburi Sudin?

Mungkin Ulama PAS boleh terangkan kot? Jangan Ulamak Politik PAS terang sudahla?

Kedah Times: Adakah penukaran dari fatwa pertama kapada fatwa kedua oleh mufti telah dirujuk/sembah maklum kepada KDYMM Sultan Kedah sebagai Ketua Ugama Islam Negeri Kedah? Inilah cara kerja pemerintahan yang diketuai oleh Ustaz Azizan yang berpelajaran tinggi agama. 

Saiburi Sudin: Prosedurnya mesti macam tu, kalau masih tak percaya pergi jumpa Dato’ Mufti minta penjelasan. 

Hahah yang ini memang Saiburi Sudin tak jawab pun. Selepas ditanya bertalu-talu Mufti cakap belum dipersembahkan kepada Sultan lagi tetap sahnya tanah sudah dijual. Bila mufti mengadap sultan, sultan hanya menyuruh 'ianya diselesaikan di mahkamah'. Apa maknanya ini? Sultan tak perkenan fatwa kedua ka? 

Kedah Times: Penjelasan yang diberikan dalam perkara ini amat bercanggah. Ghani sewenang-wenang mempergunakan KDYMM Tuanku Sultan sebagai sandaran. Jika benar tidak dipersembah maklum kepada KDYMM Tuanku Sultan bermakna Ghani Ahmad adalah pembohong besar dan Kerajaan Kedah lebih besar pembohongannya, MB terutamanya. Sekarang terbukti bahawa bukan setakat Mufti yang bertanggungjawab dengan hal ehwal ugama Islam dipermainkan PAS, tapi KDYMM Sultan Kedah pun dipermainkan oleh Kerajaan PAS/PR Negeri Kedah. 

Saiburi Sudin: Apa punya hujah.. “Jika benar tidak dipersembah...” lepas tu “Ghani Ahmad/kerajaan negeri Kedah adalah pembohong besar”. Lepas tu lagi.. “Sekarang terbukti bahawa..” Orang berakal tak berhujah bersandarkan ‘kalau’, ‘andai’, ‘jika’, ‘sekiranya’..lalu terus jatuh hukum. Macam nilah contoh.. “Sekiranya hang curi duit aku, hang memang jahat, tak guna punya orang, maka terbuktilah hang tipu kata hang tak curi, hang patut dihukum” @!#$%^&*#$... wayar putuih punya ayat. 

Kenapa tanah sudah dijual sebelumpun Fatwa kedua tidak dipersembah kepada Sultan? Maka benarlah telahan Anak Didik KUIN. Fatwa kedua tidak diwartakan oleh sultan pun tapi tanah sudah dijual kepada kafirin. Islamik ka Saiburi Sudin? 

Hahah tak pelik ka. Fatwa kedua belumpun di 'endorse' oleh ketua agama tapi tanah sudah bertukar tangan dan keputusan untuk merobohkan Madrasah telah dibuat. Pelik bin Ajaib cara kerajaan negeri berfungsi. Memang betul seperti yang dikatakan oleh Saiburi Sudin di atas. Kita jual tanah dulu, fatwa kita minta kemudian! 

Mungkin duit komisien talah diambil sebab tu cepat-cepat tanah diserahkan kepada kafir. Wallahuaa'lam.

Kedah Times: BBSMS bukan cakap fasal sejarah. Yang dicakapkan, dipersoalkan dan dipertahankan ialah TANAH WAQAF KHAS untuk kegiatan Islam di surau tersebut. Bangunan yang ada sekarang memang baru dibina semula sejak dua tahun yang lalu. 

Saiburi Sudin: Habag terus terang macam tu bukan ka senang. Ini tidak, siang malam TV3, Utusan Meloya lapor ‘Surau yang berusia 100 tahun’ (ulang beratus kali).. sampai la la ni pun tiap2 hari dok sebut benda tu, Naina Marikan sebut surau 100 tahun ada nilai sejarah wajar dikekalkan. Takpala Naina tu orang Penang dia tak tau apa satu... ini Mat Bashah, Datuk Tengku Non Persatuan Kerabat yang dok kelewark dalam Aloq Setaq tiap-tiap hari pun sebut ‘surau 100 tahun’ apa kejadahnya. Nampak sangat tak ikuti perkembangan langsung tapi gatai nak bagi ulasan. 

Tiada kaitan dengan TV3 atau Utusan. Ini kes mempertahankan Tanah wakaf yang dijual kepada kafir. Tiada kaitan dengan naina ka, Datuk Bashah ka, Datuk Tengku Non ka. Tapi kaitannya ialah Tanah yang diwakafkan untuk aktiviti Islam (Ibadah) dijual kepada kafir tanpa ada pengesahan fatwa oleh ketua agama dan juga tanpa ada konsultansi dengan waris pengwakaf. 

Untuk pengetahuan Saiburi Sudin, kalau menguntungkan PAS, surau dibuat dengan plywood pun puak-puak PAS sanggup mati mempertahankan. Kenapa tak pertahan madrasah puluhan tahun ni? Pelik tak? Kata mempertahankan Islam! 

Kedah Times: Ghani kata Madradah ini dibuat sebagai tempat perniagaan. Itu ada pengimarahan surau. Awat, salah?. 

Saiburi Sudin: YB Ghani ada kata salah ka? Yang salahnya dok pi habag satu satu dunia kononnya kerajaan negeri nak runtuh ‘Rumah Allah’ seolah-olah seluruh bangunan tu adalah tempat musolla. Habagla elok-elok kata yang nak diruntuh tu bangunan Salihiah yang di dalamnya ada surau, pejabat, tandas dll. 

Ya, benar kerajaan negeri memang nak runtuh rumah Allah kerana bangunan utama itu dibina untuk tempat ibadah dan semestinya dipanggil Rumah Allah. Bukan tempat berniaga. Perniagaan yang dijalankan adalah urusan sampingan untuk menambah pendapatan madrasah seperti yang dibuat oleh Masjid Sultanah Bahiyah. 

Pengwakaf dulu tak sebutpun untuk bina pusat keomersial tetapi pusat Ibadah orang Islam. Binalah bangunan untuk ibadah orang Islam. 

Kalau runtuh bangunan Tunku Yaccob yang didalamnya ada surau tu kita tak kisah sangat sebab bangunan utama ialah pusat komersial, bukan surau atau tempat ibadah.

Kedah Times: Tiada anak qariah bersolat jamaah di surau itu? Itulah butanya Ghani niiih... Pernahkah Ghani Ahmad bersolat disurau tersebut setiap waktu solat, terutamanya waktu solat subuh? Hee.. Ghani, berdua orang bersolat disitu pada masuk waktu sudah dikira jemaah tauuuu... bahlol. 

Saiburi Sudin: Seorang pemimpin tak perlu pi tengok sendiri. Dia ada kakitangan untuk siasat. PM dok ceramah macam-macam isu tu, awat setiap kejadian dia turun pi tengok sendiri ka? Untuk jawab soalan ni senang saja, pi sendiri waktu Maghrib, Isya dan Subuh kat surau tu maka dapatlah jawapannya. Sejak isu ni disensasikan, baru ada lampu kat surau Maghrib dan Isya, tuu pun ada orang ke takdak tak tau. Tapi nak habag lagi sebelum ni.. lepas waktu Asar siap boh rantai dengan pedai ayam (pad lock). 

Tujuan isu tak dak orang berjemaah ni dibangkitkan, nak habag bagi.. kesian dekat pewakaf tu. Bukankah jika wakaf tu dipindahkan (istibdal) ke tempat yang lebih dimakmurkan... dengan modal RM1.48 juta tu mampu bina 7 buah surau di tempat lain, insya Allah pahala mengalir dekat pewakaf tak putus-putus dengan banyaknya. Tang mana pulak wakaf yang baharu tu nak buat? Itu serah dekat MAIK, depa akan umumkan nanti nak buat tang mana nak buat apa, lagu mana tapi buat tetap buat depa tak boleh guna duit tu selain wakaf yang lebih baik, depa pun reti hukum hakam, toksah dok kalutlah. 

Kedah Times cuma nak beritahu yang Madrasah tersebut berada di atas tanah wakaf. Apa salahnya dikekalkan, kenapa nak dirobohkan? Lagipun tak perlu la bina surau baru dalam kompleks Aman Central. Orang ramai boleh datang solat dan imarahkan Madrasah ini. Betul tak Saiburi Sudin? Kedah Times nak minta supaya Saiburi Sudin pi melawat mana-mana surau di Kedah. Ada yang diletak pad lock pagarnya kerana kepala paip dan sejadah pun sudah dicuri sekarang ni. Bukan ka PAS memerintah, kedah sepatutnya lebih sejahtera!

Soal sembahyang magrib, asar ka itu adalah tugas JK dan penduduk sekitar tersebut. Yang penting kenapa dijual tanah wakaf. Rm1.48 Juta tu memang dah konform ka nak bina surau? 4 Tahun PAS memerintah kedah, sudah berapa masjid atau surau dibina? Markaz Pas ada la!

Kita pun hairan kenapa perlu tanah diserahkan kepada kafir untuk dijadikan sebahagian tapak Kompleks Komersial. Apa salahnya istibdal dengan memperbesarkan lagi surau Salihiah tersebut atau perelokkan lagi supaya pengunjung kompleks boleh tumpang berjemaah. Kenapa nak korbankan tanah wakaf tersebut?

Kedah Times: Orang berdemontrasi memang datang dari luar kawasan itu, kerana, itulah namanya perihatin terhadap tindakan keji Kerajaan PAS Kedah berusaha nak runtuhkan surau itu, maka dari segenap ceruk rantau mereka akan datang menyokong. Merekalah juga yang akan datang lagi untuk pertahankan surau tersebut dan mereka akan bermandi darah disitu. 

Saiburi Sudin: Habih 200 ahli kariah kononnya yang ada kat situ awat tak prihatin sama? Betoi ka dari segenap ceruk rantau? Yang SS tau Bet Ketua Pemuda Taman Wira angkut puak muda UMNO Taman Wira dengan beberapa orang geng Perkasa. Nak burukkan peribadi tak maula, tapi SS kenai sekog-sekog kalau hak mai dari Taman Wira tu. SS nasihat beberapa orang dari depa tu elok lengkapkan solat fardhu 5 waktu dulu sebelum kalut dok solat hajat politik tu. Toksah cadang nak mandi darahlah, buat mati katak saja. 

UMNO berjuang berprinsipkan Aliff Baa Taa - agama, bangsa dan tanahair. Perkasa berprinsipkan Melayu dan Islam. Hassan Ali dengan IMRnya. Cuma kita tak tahu PAS berjuang berdasarkan apa? Nak tau jugak. Dulu katanya Islam matlamat kami, tapi kenapa kini timbul pula negara berkebajikan. Islam dah hilang kemana? Herrmmm baru Kedah Times faham kenapa Saiburi Sudin dan PAS sanggup jual tanah wakaf yang ada madrasah di atasnya. Perjuangan PAS adalah berdasarkan arahan DAP dan PKR!

Kedah Times: Pernahkah Ghani ke Pulau Pinang. Disana, ditengah-tengah 100% masyarakat Cina, di Cullia Street, di Jalan Burmah, di Jalan Meclister, malah di jalan tempat asal kedai kitab Allahyanham Yussuf Rawa bapak kapada MP Parit Buntar masih tersergam mesjid/surau tanpa seinci pun diusik dan sudah beratus tahun ianya berada disitu. Dimana duduknya umat Islam yang bersolat disurau/mesjid disitu tiada sapa yang tahu. Apabila tiba saja waktu solat azan akan berkumandang, tiada siapa pun yang melarang. 

Saiburi Sudin: Maka terjawablah fitnah yang mengatakan azan dilarang dikumandangkan di masjid dan surau di Pulau Pinang yang diperintah PR yang ketua menterinya DAP. 

Saiburi Sudin tak jawab pun apa yang dibangkit. Cuma pelik bila pulak kita kata azan dilarang bergumandang di Masjid atau Surau di Pulau Pinang? Lucu dan sadis konklusi yang dibawa Saiburi Sudin. Yang menjadi isu ialah azan bergumandang melalui loud speaker yang dilarang di Penang. 

Jangan pakai hentam kromo saja Saiburi Sudin! Terlebih DAP pulak Saiburi Sudin ni!

Kedah Times: Jadi, sama lah juga dengan surau Salihin. Jangan jauh, lihat Mesjid Nagor Alor Star, tiada seorang pun umat Islam disekitar itu, tapi ianya masih disitu dan adaaa... je umat Islam yang bersolat jamaah. Ghani, awak jangan perbodohkan orang. 

Saiburi Sudin: Tak sama aih, kat surau Salihiah tu.. waktu Maghrib, Isya dan Subuh pada kebanyakan waktu tak ada orang pun pi dok memakmurkan surau tu.

Saiburi Sudin selalu ka pi Sembahyang di Surau Salihiah? Nak kena heboh kah kat orang ramai jika kita nak pi sembahyang kat surau Salihiah tu? Nak kena declare kat puak-puak PAS ka yang bila masuk waktu depa nak buat jemaah?

Kedah Times: Memadailah awak perbodohkan rakyat di DUN Air Hitam, awak lari tak bagi bantuan masa banjir. 

Saiburi Sudin: Taktik alih isu setelah takleh pii dah isu bangunan Salihiah. YB Ghani lari pi mana? Yang SS tau siang malam dia berendam air banjir bersama penduduk. Pi tanya orang Jerlun, jangan tanya ahli UMNO Johor Bharu. Yang tak nampak batang hidung ialah Datuk Mukhriz Mahathir. Cuba tanya dia, berapa kali dia turun masa banjir besaq hari tu? 

Heheh Saiburi Sudin kata taktik alih isu, tapi kenapa Saiburi pun guna taktik yang sama. Pelik mengata orang saiburi yang lebeyyyy. Apa kaitan Datuk Mukhriz dengan isu ini. Dia tak buatpun statement macam ADUN Ayer Hitam tu. Tup tup timbul nama dia. Taktik alih isu ka ni?

Kedah Times: Tanah Gereja tidak termasuk lokasi strategik? Heeey.. Ghani, awak ni jadi Exco pekak kaaa...? 

Dalam lokasi kawasan konon nak dibangun Aman Central niiiii.... Gereja dihujung/sempadan tanah projek sebelah pekan dan surau dihujung sebelah jalan kancot. Bersambung tanah tuuuu... Pi lah roboh dan ambil juga tanah gereja tuuuu... Awat, Kerajaan PAS takut kat kristian tak takut kat Islam?

Saiburi Sudin: YB Ghani dah bagi alasan tapi masih tak faham. Shopping Complex dikunjungi oleh semua orang, yang nak ramai pun orang Melayulah sebab orang Melayulah pengguna terbesar di negara ini. Buat shopping complex yang ada sebuah surau besar, gah boleh nampaknya syiar Islam di situ sudah tentu membanggakan kita. Tapi kalau runtuh gereja, depa nak bina balik dalam shopping complex tu.. hangpa syok sangatka shopping complex pertama di Kedah ada gereja? Ok, katakanlah depa setuju pi buat gereja tu tang lain sebagai ganti, nak cari tang mana di Kedah ni buat gereja baru? Belakang rumah Chot? Tepi rumah Sobri Sudin? Biaq pi lah gereja tu dok tangtu, sesuai sangat bukan dalam perkampungan orang Islam pun daripada depa buat lain gereja di tempat baru, akan timbul lagi kontroversi baru.

Aduss, Saiburi Sudin begitu senang sekali hang cakap. Daripada kita ambilalih dan runtuh gereja, adalah lebih senang kita ambilalih surau dan runtuh demi sebuah kompleks komersial. Tak pelik ka jika orang yang claim mereka parti Islam buat kerja macam ni.

Tanah dibawah urusan kerajaan negeri. Takkan nak cari tapak baru untuk gerejapun tak boleh. Ambil tanah wakaf dan jual boleh pulak. Apa ni?

Kedah Times: Ghani jangan memandai-mandai nak samakan Al Bukhari runtuhkan Mesjid Alor Malai dengan Sanny Ho nak runtuhkan surau Salihin. AlBukhari runtuh Mesjid tak buat kompleks perniagaan, dibiar dan diindahkan lagi dengan suasana sekitar perkuburan. Yang Sanny Ho/Kerajaan PAS nak runtuhkan surau Salihin ini, nak dirikan komplek perniagaan yang didalamnya nanti akan ada segala punca dan bentuk maksiat yang akan merusakkan anak-anak muda Islam di Alor Star. 

Saiburi Sudin: Tok sah dok loyaq buruk memang tak sama.. sana runtuh masjid, sini roboh surau. Sana Giant, sini Aman Central. Yang samanya ialah konsep istibdal, yakni pindah wakaf kepada yang lebih besar manfaat. Wakaf masjid lama tu pindah ke masjid Bukhari yang baru, bukan pindah fizikal masjid tapi pindah kepentingan, maknanya masjid baru tu adalah kesinambungan dari masjid lama sebab tak boleh buat dua masjid dalam satu khariah. Wakaf Madrasah Salihiah pindah ke tempat lain yang akan diputuskan oleh MAIK. Runtuh bangunan Salihin bukan kerana keperluan buat kompleks. Tak cukup tanah wakaf besaq kelemboi tu nak buat keseluruhan Aman Central tapi runtuh untuk naik taraf surau kat situ, daripada dok tersorok celah pembangunan yang nanti akan nampak lebih lekeh dan tersisih. Betoi ka segala bentuk maksiat akan muncul di situ, tolong senarai sat kedai-kedai maksiat tu? 

Yang ini Kedah Times nak beritahu semua yang Saiburi Sudin yang loyar buruk. Cuba lawat blog Bapak3 berkaitan pembinaan Souq Albukhary dan juga kompleks Islam Bukhary. Dia ada maklumat terperinci. Itupun kalau Saiburi Sudin boleh faham BI. Kedah Times telah berada di Alor Setar semasa market PKNK dan Masjid Alor Malai masih ada. Lokasi tepat masih diingati.

Tapi Kedah Times kena perbetulkan apa yang dikatakan Saiburi Sudin adalah TIDAK BENAR sama sekali tentang Souq dan Kompleks Islam Bukhary.

Untuk pengetahuan Saiburi Sudin, Masjid Alor Malai adalah masjid lama yang dirobohkan oleh Bukhari untuk digantikan dengan masjid Yang lebih besar bersebelahan dengan perkuburan. Tapak Masjid lama Alor Malai tersebut masih ada sehingga kini dan kosong tetapi dijaga kebersihan dan keindahannya dengan baik. Tiada kompleks komersial dibina di atas tapak Masjid tersebut. Harap kalau Tranungkite baca komen ini, tolong perbetulkan kerana Saiburi Sudin telah memberi fakta SALAH.

Giant terletak dalan Souq AlBukhary. Dalam Souq Albukhary ada Giant, kedai pakaian, kedai emas, restoren, bank muamalat, modenas, pejabat operasi Bernas dan sebagainya. Tiada pusat karaoke atau kedai barangan haram dijual. Giant pun tidak dibenarkan menjual barangan HARAM. Itu janji Giant dipapan tanda mereka. Dan yang penting nak bagitau semua, Souq Albukhary dibina atas runtuhan Market Basah PKNK dan Kampung Datuk murad. TAK SENTUHPUN TAPAK MASJID ALOR MALAI. Ini Saiburi Sudin dan Tranungkite perbetulkan. Kalau tidak bertambah fitnah yang dibawa saiburi Sudin dan tranungkite terhadap Bukhary.

Lagi satu nak bagitau Saiburi Sudin tanah wakaf masjid Alor Malai tu masih disitu, sebaliknya sebuah kompleks Islam dibina disekitarnya termasuk masjid Besar yang ada sekarang; tiada apa-apa bangunan pun atas tapak masjid tersebut.  TIADA KAITAN DENGAN PEMBINAAN PUSAT KOMERSIAL kerana pusat komersial dibina ditapak market!

Tanah wakaf kalau sebesar manapun tetap tanah wakaf. Kalau teringin sangat nak istibdal, perbesarkan Surau atau Madrasah tersebut, bukannya bina komplek Central Aman!

Boleh ka Kerajaan negeri jamin tiada maksiat berlaku dalam komplek Central Aman? Boleh jamin ka Saiburi Sudin yang tapak wakaf tersebut tidak akan ada tandas atau pusat karaoke atau kedai jual makan tidak halal di atasnya?

Nak tanya Saiburi Sudin lagi, apa kata kalau kita biarkan Madrasah Salihiah disitu dan bina saja kompleks Central Aman tu dan sebuah surau didalamnya. Boleh tak?

Kedah Times: Perbezaannya diantaranya kerja AlBukhari dengan Sanny Ho yang diizinkan oleh Kerajaan PAS/Kerajaan Islam konon amat jauh. Barua punya Exco Penerangan.... Heeyy Ghani, awak buang lah kupiah putih dan title USTAZ dihujung nama awak tuuuuu... HIPOKRIT. 

Persoalannyaaa... Ghani niii... bukan penyangak kaaa?. Memang Ghani ni penyangak yang bertopengkan Islam.

Saiburi Sudin: Itulah bahasa orang yang nak mengangkat martabat Islam konon, pakat-pakat nilai tengoklah nuu. Nak kalih isu pulak dah, dari isu masjid dan surau kepada isu Bukhary dan Sanny Ho. Kalau nak bahas bab penguasaan ekonomi Melayu/Cina.. tunggu lepas ni, sebab apa Melayu jadi ‘kucing kurap’ dalam ekonomi Malaysia? Siapa pengkhianatnya? Laa kita fokus isu Salihiah dulu. 

Yang ini Kedah Times kena highlight. Cuba pembaca baca kembali ulasan Saiburi di atas tentang Giant dan roboh masjid Alor Malai. Bukan ka Saiburi yang sebut isu tersebut. Bukan ka YB Ghani yang bawa isu tersebut? Menyamakan tindakan mereka menjual Salihiah dengan merobohkan MArket PKNK dan Masjid Alor Malai. Market PKNK untuk Souq Bukhary, Masjid Alor Malai untuk Kompleks Islam Bukhary (termasuk masjid besar tu).

Ini semua EXCO pas yang mulakan dan seterusnya dipertahankan oleh Saiburi Sudin. Tak pelik ka Saiburi Sudin dengan mengatakan Anak Didik KUIN cuba alih isu kerana yang mula alih isu ialah Exco Ghani dan Saiburi Sudin sendiri.

Nak tahu kenapa Melayu jadi kucing kurap dalam bidang ekonomi? PAS, PKR dan DAP lah yang kerja mereka setiap hari mensabotaj apa saja program untuk memajukan ekonomi orang Melayu. Dulu kita ingat bina pengarian MADA pun PAS bantah kerana melawan pemberian Allah.

Kita ingat lagi Proton dihina PAS kerana orang Melayu tidak layak menguasai teknologi, tapi akhirnya proton itulah yang orang PAS pandu untuk pergi mendengar ceramah Mat Sabu dll.

Orang Melayu mengikut PAS tidak layak menjadi kaya atau ahli korporat atau usahawan kerana mereka bakal membawa budaya rasuah dan sebagainya. Tapi PAS kutip derma tanpa ada deklarasi berapa banyak diterima dalam setiap ceramah tidak mengapa. PAS lebih suka orang Melayu menjadi miskin kerana orang miskin senang ditipu.

PAS sanggup bersama DAP untuk menghancurkan ekonomi orang Melayu yang cuba dibantu UMNO dengan cuba menghapuskan 'pre-emptive action' atau 'tongkat' kepada usahawan Melayu.

Itulah kerja PAS, kerjanya mensabotaj program memajukan umat Islam. Kerana mereka tahu orang miskin senang ditipu.

Kedah Times: Masaalahynyaaa.... PKNK dijadikan alat menangguk kekayaan kapada kroni-KRONI PAS dan MB Kedah, juga sesiapa penyangak-penyangak PAS yang hidup kaya raya sekarang ini. 

Saiburi Sudin: Tak perlu serahkan pada SPRM, tapi kita serahkan kepada Allah SWT untuk ‘menjawab’ segala fitnah jahat yang dilemparkan terhadap pemimpin PAS itu. 

Marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar member taufik dan hidayah kepada golongan yang ghurur atau tertipu dengan perjuangan yang kononnya mengangkat martabat Islam tapi hakikatnya mereka sedang memusnahkan imej Islam. Amiiiiin. 

Sama-sama kita doakan dan lihat. SPRM adalah alat untuk kita guna dalam proses memberi keadilan di dunia ini. Di akhirat Allah lebih Mengetahui. Tapi dengan mengelirukan orangramai tidak akan memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan.

Kita lihat siapa yang sedang menghancurkan Islam. Jangan kerana sedikit nikmat di dunia, kita sanggup korbankan tanah wakaf dan surau. Jangan kerana takut disergah DAP atau PKR, gereja tidak berani kita sentuh.

Martabat Islam sedang dibina dan dinaikkan oleh pejuang Islam yang tidak berada bersama PAS pun. Mereka tak melalak melolong pun yang mereka tu pejuang Islam. Keihlasan mereka hanya Allah yang tahu. Bukan seperti puak-puak PAS yang terlalak terlolong yang seolah-olah mereka lebih islamik dari lain walhal mereka sedang meruntuhkan Islam itu sendiri.

Yang sedihnya seperti Saiburi Suidn dan Exco Ghani katakan, lebih senang roboh Surau/Madrasah dari roboh sebuah gereja. Nampak sangat Islam bukan lagi asa perjuangan PAS!


Dibawah Kedah Times sertakan tulisan asal ANAK DIDIK KUIN. Mungkin Tranungkite boleh siarkan semual untuk dinilai pembaca. Wallahuaa'lam.

Oleh: Anak Didik KUIN 

Nampak sangat Exco Penerangan Kerajaan Kedah terpaksa mengambil tanggungjawab politik menjawab sebagai orang politik isu berkaitan  PAS menggadai Islam, menggadai kesucian Islam dan menjual tempat ibadat orang Islam kepada kafir kristian; lantas beliau berani mengatakan Surau Al Salihin bukan rumah Allah dengan alasan tandas tidak terpisah dari bangunan utama. Apa bezanya pulak jika surau baru yang akan dibina dalam kompleks yang boleh di akses dari luar pada bila-bila masa? Didalam kompleks pula ada bermacam-macam tempat najis dan berbagai-bagai perlakuan maksiat.


Ingat 10 perkara yang disebut Abd Ghani adalah bukan DAKWAAN. Tapi Abd Ghani yang sebut DAKWAAN. Seorang Peguam, biasa dengan menyebut hal-hal seperti itu DAKWAAN. Sabenarnya 10 perkara itu adalah TUNTUTAN.

Keputusan Majlis Fatwa/Mufti. Ya, memang semua orang tahu mufti adalah bukan lantikan MB.

Kenapa Majlis Fatwa/Mufti membuat keputusan kedua menyanggah keputusan pertama?

Setelah Dato' Amiruddin Hamzah berjumpa dengan Mufti (ini Amiruddin sendiri bagi tahu-rujuk Warta Kedah), keluar lagi satu fatwa iaitu fatwa kedua bersandar kapada istibdal sebagai alasan. Bukankah Dato' Amiruddin Hamzah membawa kehendak Kerajaan Negeri dengan memaksa Mufti tukar keputusan Fatwa pertama? Adakah penukaran dari fatwa pertama kapada fatwa kedua oleh mufti telah dirujuk/sembah maklum kepada KDYMM Sultan Kedah sebagai Ketua Ugama Islam Negeri Kedah? Inilah cara kerja pemerintahan yang diketuai oleh Ustaz Azizan yang berpelajaran tinggi agama.

Penjelasan yang diberikan dalam perkara ini amat bercanggah. Ghani sewenang-wenang mempergunakan KDYMM Tuanku Sultan sebagai sandaran. Jika benar tidak dipersembah maklum kepada KDYMM Tuanku Sultan bermakna Ghani Ahmad adalah pembohong besar dan Kerajaan Kedah lebih besar pembohongannya, MB terutamanya. Sekarang terbukti bahawa bukan setakat Mufti yang bertanggungjawab dengan hal ehwal ugama Islam dipermainkan PAS, tapi KDYMM Sultan Kedah pun dipermainkan oleh Kerajaan PAS/PR Negeri Kedah.

BBSMS bukan cakap fasal sejarah. Yang dicakapkan, dipersoalkan dan dipertahankan ialah TANAH WAQAF KHAS untuk kegiatan Islam di surau tersebut. Bangunan yang ada sekarang memang baru dibina semula sejak dua tahun yang lalu hasil daripada pengambilan tanah untuk kepentingan umum, dibuat pembesaran jalan Kancut.dimana Jawatankuasa Tadbir Surau dibayar oleh Kerajaan BN pada masa itu sebanyak RM260,000. Sejak 100 tahun yang lalu Surau tersebut dibangunkan dengan berganti-ganti. Abd Ghani perlu tahu semua ini. Tanpa maklumat yang cukup, sebagai Exco Penerangan Kerajaan Negeri jangan bodoh buat kenyataan ikut suka hati.

Ghani kata Madradah ini dibuat sebagai tempat perniagaan. Itu ada pengimarahan surau. Awat, salah?.

Tiada anak qariah bersolat jamaah di surau itu? Itulah butanya Ghani niiih... Pernahkah Ghani Ahmad bersolat disurau tersebut setiap waktu solat, terutamanya waktu solat subuh? Hee.. Ghani, berdua orang bersolat disitu pada masuk waktu sudah dikira jemaah tauuuu... bahlol.

Orang berdemontrasi memang datang dari luar kawasan itu, kerana, itulah namanya perihatin terhadap tindakan keji Kerajaan PAS Kedah berusaha nak runtuhkan surau itu, maka dari segenap ceruk rantau mereka akan datang menyokong. Merekalah juga yang akan datang lagi untuk pertahankan surau tersebut dan mereka akan bermandi darah disitu.

Ghani Ahmad jangan cakap itu bukan lagi perkampungan orang Islam. Jika Demikianlah pandangan Ghani bererti Ghani adalah buta dak katak bawah tempurung. Tak kiralah awak saorang Peguam. Pernahkah Ghani ke Pulau Pinang. Disana, ditengah-tengah 100% masyarakat Cina, di Cullia Street, di Jalan Burmah, di Jalan Meclister, malah di jalan tempat asal kedai kitab Allahyanham Yussuf Rawa bapak kapada MP Parit Buntar masih tersergam mesjid/surau tanpa seinci pun diusik dan sudah beratus tahun ianya berada disitu. Dimana duduknya umat Islam yang bersolat disurau/mesjid disitu tiada sapa yang tahu. Apabila tiba saja waktu solat azan akan berkumandang, tiada siapa pun yang melarang. Jadi, sama lah juga dengan surau Salihin. Jangan jauh, lihat Mesjid Nagor Alor Star, tiada seorang pun umat Islam disekitar itu, tapi ianya masih disitu dan adaaa... je umat Islam yang bersolat jamaah. Ghani, awak jangan perbodohkan orang.

Memadailah awak perbodohkan rakyat di DUN Air Hitam, awak lari tak bagi bantuan masa banjir.

Tanah Gereja tidak termasuk lokasi strategik? Heeey.. Ghani, awak ni jadi Exco pekak kaaa...?

Dalam lokasi kawasan konon nak dibangun Aman Central niiiii.... Gereja dihujung/sempadan tanah projek sebelah pekan dan surau dihujung sebelah jalan kancot. Bersambung tanah tuuuu... Pi lah roboh dan ambil juga tanah gereja tuuuu... Awat, Kerajaan PAS takut kat kristian tak takut kat Islam?

Memang, jika Kerajaan PAS berkeras juga ambil tanah Gereja itu, Sanny Ho akan angkat kaki, tak akan buat projek Aman Central, sebab Sanny Ho adalah penggiat kristian di Pulau Pinang. Pi tengok di Pulau Tikus, Sanny Ho buat projek atas tanak gereja, tapi se inci pun bangunan gereja tidak disentuh. Itu Sanny Ho yang kami kenal hingga ke hati perutnya sekali.

Soal melantik pemaju bukan Islam Bumiputera tak ada sesiapa pun yang pertikai. Itu lantak Kerajaan PAS lah nak lantik. Nak lantik Cina Hong Kong kah, Singapure kah atau Taiwan kah, itu Kerajaan PAS punya pasal. Apa yang kita tahu, semua duit Sanny Ho adalah dari Hong Kong dan Macau. Dan kita pun tahu, jika lantik Tan Sri Syed Mokhtar yang ada duit pun dia tak hingin. Jika Syed Mokhtar dia tak akan robohkan surau Salihin.

JV dengan PKNK? Tunggu laahh.. Sanny Ho tak akan bagi kuasa kapada PKNK untuk nak tentukan siapa peniaga dalam kompleks itu. Melayu? TELAN AYAQ LIOQ LAH NANTI.

Ghani jangan memandai-mandai nak samakan Al Bukhari runtuhkan Mesjid Alor Malai dengan Sanny Ho nak runtuhkan surau Salihin. AlBukhari runtuh Mesjid tak buat kompleks perniagaan, dibiar dan diindahkan lagi dengan suasana sekitar perkuburan. Yang Sanny Ho/Kerajaan PAS nak runtuhkan surau Salihin ini, nak dirikan komplek perniagaan yang didalamnya nanti akan ada segala punca dan bentuk maksiat yang akan merusakkan anak-anak muda Islam di Alor Star.

Perbezaannya diantaranya kerja AlBukhari dengan Sanny Ho yang diizinkan oleh Kerajaan PAS/Kerajaan Islam konon amat jauh. Barua punya Exco Penerangan.... Heeyy Ghani, awak buang lah kupiah putih dan title USTAZ dihujung nama awak tuuuuu... HIPOKRIT.

Persoalannyaaa... Ghani niii... bukan penyangak kaaa?. Memang Ghani ni penyangak yang bertopengkan Islam.

Persoalannya... Kerajaan PAS/PR niii... bukan pemerintah gaya-gaya Israil kaaa?. Paksa Mufti, paksa umat Islam dan nak runtuhkan surau, kemudian bagi tapak surau kapada kafir lakanat untuk dirikan pusat perniagaan dan pusat maksiat.

Masaalahynyaaa.... PKNK dijadikan alat menangguk kekayaan kapada kroni-KRONI PAS dan MB Kedah, juga sesiapa penyangak-penyangak PAS yang hidup kaya raya sekarang ini.

3 comments:

zulkifli mohamad berkata...

Dengan ungkapan yang kasar sebegitu, kita dapat meneka hati budi seseorang....

Tanpa Nama berkata...

SORRYLAH YA...PUAK-PUAK PERUT HIJAU NI KALAU TAK PUTAR ALAM DAN PEMUHONG ALAMATNYA NAK GOALLAH MEREKA...AKU TAK MAU TAHU YANG LAIN...NAK MINTA PUAK PERUT HIJAU NI JAWAB BAB PASAI APA TANG GEREJA DEPA TAK KACAU TAPI TANG SURAU DEPA NAK RUNTUH...TOK SAH CERITA PANJANG BAB LAIN...JAWAB YANG TU SAJA...

Tanpa Nama berkata...

Yang menariknya, pasai apa pakai nama SAIBURI SUDIN?. Oooo... pasai SOBRI SUDIN ni selalu lantang dalam artikalnya di Kedah Time, maka guna perkata (nama) hampir sama. Jadi, ramailah orang kata SOBRI SUDIN tu jenis penyangak macam SAIBURI SUDIN. Otak kotoq.....

Sorri SOBRI SUDIN.

Ulasan panjang Kedah Time kapada semua komen SAIBURI SUDIN kapada ulasan Anak Didik KUIN mengenai beberapa perkara kenyataan Exco PR/PAS Ghani Ahmad dalam isu Madrasah Salihiah, Kancut teramat-amat tepat. Kita tunggu pulak jawapan SAIBURI SUDI nak kata kok mana?.

Komen atau ulasan asal Anak Didik KUIN pada kenyataan Ghani Ahmad, pun sudah dianggap menepati dengan isu dan tidak sepatutnya dibuat komen lagi oleh SAIBURI SUDI. Sengaja nak cari pablisiti, maka SAIBURI SUDIN keluar sebagai hiro kapada Ghani Ahmad dan MB. Jangan tak lawaaaaan. Bila lawan, ulasannya jadi cangkelewang keteguhannya membela Islam. Contohnya pasal gereja, nampak sangat SAIBURI SUDIN nampak membela Kristian daripada membela Islam. Apa?, dia ni saorang PKR atau PAS?. Jika PKR dia layak berpendian saperti Anwar Ibrahim yang berpandangan librelism. Jika dia PAS tok tok dia tidak akan bercakap demikian. Kenapa?.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates