Jumaat, 24 Februari 2012

Kedahla adalah produk terdesak PUAK Pas Kedah


Kedahla merupakan blog terkini dari puak Pas Kedah. Tujuannya sama iaitu menyaingi blog-blog Pro UMNO/BN yang rancak menyerang kebobrokan pemerintahan Pas Kedah. Mungkin kerana terdesak dan tertekan, Admin Kedahla main tangkap muat penulis yang sudi menyumbangkan artikel di blog tersebut.

Hasilnya hari ini Kedahla menjadi blog yang paling bobrok, busuk malah ikhlasnya penuh dengan pembohongan. Banyak artikelnya dikutip dari blog lain yang terbukti fitnah bohong terhadap UMNO/BN. Adalah amat malang sebuah blog dibangunkan bertujuan menjawab pertanyaan dan persoalan dari pembangkang Kedah (BN) menjadi kilang penabur fitnah. Bukan tidak ada idea dan artikel yang baik namun teramat sedikit dan selebihnya hanya penipuan dan fitnah kosong yang begitu jelas.

Antara langkah jelas diambil Kedahla ialah menyerang penulis Pro UMNO terutama dari blog Kedah Times. Ini adalah satu strategi yang baik namun jika tersilap perhitungan, jalan yang dipilih akan menjadi backfire kepada Pas sendiri. Kedahla memilih menyerang Sobri Sudin yang mungkin difikirkan adalah pemilik Kedah Times malah penulis di Kedahla turut menggunakan nama Syburi Sudin. Apakah sudah buntu mencari jalan menjawab persoalan yang dilontarkan oleh Kedah Times?

Beberapa penulis blog Pro UMNO Kedah turut diserang walaupun data dan faktanya amat tidak tepat termasuk Pakteh, Det Guaq dan beberapa penulis lain. Amat jelas Pas Kedah mengambil jalan singkat untuk memberi kepercayaan kepada pengundi di Kedah. Sebaiknya Kedahla menjadi kilang menjawab isu dengan tepat dan bukannya kilang mengeluarkan fitnah.

Jika blog Kedah Times dianggap Pro Mukhriz, percaya atau tidak blog Kedahla juga Pro kepada Anwar?. Mereka lebih membela Anwar berbanding Ostat Azizan yang teruk dibelasah oleh PKR dan DAP. Disaat Ostat Azizan memerlukan dokongan semua pihak disekelilingnya, Kedahla lebih sibuk mempertahankan Anwar yang terang-terangan mengakui beliau memperjuangkan Israel. Itu tidak menjadi soal tetapi mengapa UMNO yang dipersalahkan bukannya WSJ? (baca artikel fitnah kedahla pada Tuesday, February 21, 2012).

Jika Kedahla berniat menyaingi Kedah Times, banyak perubahan yang perlu dibuat malah tulisan kebudak-budakan perlu dihentikan atau ajarlah penulis yang berkaitan supaya lebih matang menulis. Ini bukan bermakna penulis dari Kedah Times adalah lebih baik tetapi buat masa ini, Kedahla masih terlalu jauh untuk menyamai Kedah Times. Sebaiknya Kedahla menjawab segala isu yang dilontarkan bukan sekadar menuduh dan menfitnah apabila gagal menjawab isu.

Utamakan MB anda dari tertumpu menegakkan benang basah Anwar sokong Israel

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates