Isnin, 27 Februari 2012

Kejutan MB Kedah Esok

Ramai masih ternanti-nanti apa kejutan yang bakal berlaku esok 28 Februari 2012 di Kedah.

Kedah Times hanya mendengar beberapa berita atau angin tentang esok tapi tiada kesahihannya. Mungkin kita boleh sebutkan apa yang mungkin bakal berlaku esok. 

1. DS Azizan akan umum exco baru tanpa beberapa exco senior dilantik semula - Pahrolrazi, Dr Ismail, Hamdan dan mungkin seorang dua lagi.

2. DS Azizan lantik semual semua exco kanan yang nama mereka disebut di atas tapi exco-exco ini tidak muncul di majlis tersebut. Boikot lah tu.

3. Didepan Wisma penyokong-penyokong exco ini bakal berdemo membantah tindakan Azizan tidak letak jawatan atau bantah kerana tidak lantik semua exco-exco ini.

4. DS Azizan umum lantik beberapa exco baru dari UMNO. Terkejut! Mungkin juga ini boleh berlaku kerana Azizan sudah keseorangan dalam mempertahankan jawatan MM nya. Pihak ulama pusat sudah tidak dapat membantu lagi kerana tekanan hebat dari puak Erdogan dan Anwarinas.

5. DS Azizan bubar DUN untuk beri laluan pilihanraya. 

Kedah Times hanya menukilkan apa yang heboh diperkatakan. Kita tunggu esok. 

Walaubagaimanapun, jika Azizan diberi pilihan antara bubarkan DUN dan bersatu dengan UMNO, yang mana satu bakal beliau pilih? 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates