Sabtu, 25 Februari 2012

Kerajaan PR Kedah Goyah

Apa? Ada lagi kejutan?

Kemungkinan ada sesuatu yang sedang disorokkan dari rakyat dan penyokong. Walaubagaimanapun nampaknya ada yang sudah mengaku bahawa ada krisis dalam kerajaan negeri Kedah.

Saranan Kedah Times senang jer? Bubar DUN, serahkan kembali kuasa kepada rakyat. Biar rakyat buat keputusan.

Banyak sangat isu-isu yang tidak dapat diselesaikan dengan baik. Jentera propaganda pun sudah tersasar tujuan. Nak pertahankan MB dari PAS asalnya tapi kini tersasar mempertahankan Anwar. Isu tak dijawab sebaliknya serangan peribadi menjadi pilihan.

Tak sabar Kedah Times nak tunggu 28 feb 2012!


Lagi enggan dilantik

ALOR SETAR: Seorang lagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah dikatakan menghantar surat kepada Menteri Besar supaya tidak dilantik semula ke jawatan itu selepas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi. dikatakan turut menghantar surat sama minggu lalu.

Terbaru, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan merangkap Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, turut dikatakan menghantar surat itu berikutan kecewa dengan sikap dan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung pelbagai isu kebelakangan ini.


Dr Ismail ketika dihubungi berkata, beliau belum bersedia memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu dan ditanya dakwaan beliau menghantar surat tidak mahu dilantik semula sebagai Exco kepada Menteri Besar, beliau berkata: “Tanyalah Menteri Besar, mungkin beliau lebih tahulah. Saya tidak mahu komen apa-apa,” katanya.


Phahrolrazi ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu, berkata akan mengadakan sidang media jika ada keperluan berbuat demikian.


“Jadi dalam tempoh ini lebih elok jika isu itu diperjelas sendiri Menteri Besar, bukan melalui spekulasi atau sumber tidak rasmi,” katanya.



Sementara itu, Azizan ketika ditanya mengenai surat yang dikatakan dihantar kedua-dua Exco, berkata ia adalah khabar angin.

“Biasalah banyak orang bercakap mengenai perkara tidak betul mengenai kerajaan negeri,” katanya.



Bagaimanapun, Azizan berkata, beliau akan membuat kejutan dalam senarai pelantikan semula Exco kerajaan negeri dijadualkan berlangsung di Istana Anak Bukit di sini, 28 Februari ini.


Beliau enggan mengulas mengenai kejutan itu dan mahu semua pihak termasuk media bersabar sehingga hari perlantikan berkenaan. “Tunggulah 28 Februari ini, ‘surprise’. Saya pun hendak buat surprise (kejutan). Surat tawaran lantikan semula pun belum dihantar kepada Exco, macam mana spekulasi seperti ini boleh timbul.


“Saya tidak boleh umum awal (senarai Exco dilantik). Insya-Allah surat tawaran lantikan akan dihantar ke Pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam tempoh terdekat,” katanya.



Desas-desus juga mengatakan seorang lagi Exco akan mengikut jejak kedua-dua pemimpin terbabit iaitu Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib.



Bagaimanapun, beliau gagal dihubungi untuk penjelasan.

2 comments:

AnaQarbana berkata...

perancangan UMNO kot.......DSAI takkanlah nak tengok Kerajaan Islam tumbang....malulah kalau kerajaan Islam bergolak...kalau kerajaan sekular bergolak.... itu perkara biasa...tapi kalau kerajaan Islam bergolak itu perkara luar biasa.....mestilah tak ikut sunnah dan ketepikan al-Quran serta membuang ulama...Kerajaan PAS goyah....UMNO pula timbul tenggelam dek tangan-tangan sendiri yang gilakan kuasa..

Tanpa Nama berkata...

Apa punya baghallah Mahadi Ismail ni....perangai macam ustaz wahi baca khutbah di masjid Taman peruda.....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates