Sabtu, 4 Februari 2012

Ketua Negeri sampai ke Kubur

KEdah Times waktu tu masih muda lagi.  Masa tu Anwar baru dipecat sebagai TPM dan dari UMNO.

Maka pelbagai tohmahan dan label diberikan kepada Tun Dr Mahathir. Mahazalim, Mahafiraun dan pelbagai nama yang amat berlawanan sekali dengan ajaran Islam.

Tak lupa juga pada masa tu, suara-suara pemimpin pembangkang pun menggesa supaya Tun Letak jawatan sebagai PM. Yang peliknya mereka menggesa beliau letak jawatan bukan disebabkan gagal mentadbir negara tetapi kerana memecat Anwar. Lucu ...

Dalam masa yang sama Nik Aziz pun menggesa Tun Dr M letak jawatan. Katanya jangan pegang kuasa sampai mati.

Nampaknya apa yang Nik Aziz kata memang benar. Benar untuk dirinya. Tun M sebagai rakyat biasa sihat dan sibuk memberi idea dan nasihat di merata tempat. Tapi Nik Aziz ulang alik masuk hospital tetapi masih memegang jawatan sebagai MB. Jawatan tidak langsung mahu dilepaskannya.

Nik Aziz.... nampaknya Tok Guru sedang menjilat kahak sendiri .. Semasa dok jilat kahak tu, pelbagai alasan diberikan demi nak terus pegang jawatan MB tu ....


Nik Aziz Mahu Berundur Tetapi Dihalang PAS Kelantan

KOTA BAHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh Pas Kelantan.

"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh Pas Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini, Jumaat.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz ditanya pandangannya berhubung hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan tidak mahu bertanding kerusi negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Aziz berkata keputusan Abdul Hadi berbuat demikian "adalah masalah dia", dan sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak mampu berbuat sesuatu terhadap pemimpin tertinggi Pas itu.

Katanya Pas kini mempunyai banyak tokoh berkelayakan untuk menjadi calon, termasuk mereka yang berpendidikan tinggi dan profesional, berbanding guru-guru pondok dan orang kampung sebelum ini.

Nik Aziz berkata beliau akan melancarkan pungutan tabung bagi membantu masyarakat Islam Thailand yang menjadi mangsa pembunuhan pihak berkuasa negara itu. Katanya beliau akan mengumpul kutipan itu melalui sumbangan wang rakyat dan tidak akan menggunakan wang kerajaan. - BERNAMA

1 comments:

Manit Sripradit berkata...

Saya adalah penyokong setia Tun Dr Mahathir..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates