Selasa, 21 Februari 2012

Nik Aziz selalu ditipu

Sebut atau bunyi saja tentang Anwar Ibrahim, Nik Aziz adalah orang nombor satu yang mempertahankan segala tindakan Anwar ini. 

Semua  terjemahan quran dan hadis berkaitan dibaca demi mempertahankan tindakan Anwar Ibrahim. 

Nik Aziz juga akan tetap membaca terjemahan dan hadis jika UMNO dan pemimpinnya melakukan sesuatu. Tetapi untuk menambah kondemkan lagi suasana.

Ini demi survival politik beliau dan PAS di Malaysia. 

Cerita haram dan halal terlalu senang sangat keluar dari mulut beliau. Duit BR1M dikatakan duit rasuah yang haram diterima tetapi dalam masa yang sama dikalangan penyokong mereka disuruh ambil juga. Begitulah senangnya hukum hakam Allah Taala dikeluarkan untuk tatapan rakyat.

Kedah Times masih tertanya-tanya berapa ramai bukan Islam yang memilih untuk memeluk Islam hasil dari dakwah Nik Aziz. Yang Kedah Times tahu, ramai memeluk Islam hasil dakwah dari mereka-mereka yang kerja ikhlas berdakwah seperti PErkim dan pendakwah bebas. Selepas memeluk Islam tu ada yang condong kepada PAS dan ada yang nuetral tidak menyokong mana-mana pihak.

Kedah Times juga sering tertanya-tanya apakah Nik Aziz tidak pernah tapis maklumat atau kata-kata yang dikeluarkan Anwar Ibrahim sehingga apa saja tindakan dan perkataan Anwar, Nik Aziz segera mengeluarkan sokongan atau fatwa.

Jika benar-benar beliau seorang Ulama seperti yang diwar-warkan, Nik Aziz perlu mencari maklumat secara terperinci sebelum mengeluarkan sesuatu sokongan atau fatwa. Ini tidak, Nik Aziz seperti orang melatah. Tidak perlu tahu lebih, keluar saja fatwa atau statement.

Mungkin beliau suka guna cara 'Buat dulu, fikir kemudian'. Jika terlajak perahu boleh reverse, tapi kalau terlajak cakap, tiada reverse atau tarik balik. Damage done. Sebab itu kita lihat umat Islam di Malaysia asyik berpecah belah dek kerana perkara-perkara kecil. Bukannya tentang perkara-perkara FUNDAMENTAL.


Kedah Times lebih menyalahkan Nik Aziz dalam kebanyakkan kekeliruan yang wujud kerana fatwa atau kata beliau yang walaupun mungkin niatnya lain tetapi memberi maksud tidak betul kepada rakyat jelata. Tidak semua rakyat terutama totok PAS yang faham secara terperinci tentang sesuatu perkara terutama berkaitan agama.


Dalam isu Anwar, nampaknya Nik Aziz senang-senang saja ditipu atau dikelentong oleh Anwar. Jika Nik Aziz seorang pemimpin atau ulama besar, agak pelik jika asyik dikelentong oleh seorang politikus yang desperado untuk dapatkan kuasa. Tidak kita tahu apa hukumnya merebut atau menjatuhkan pemerintah Islam yang lain. 

Bagi penyokong PAS Kedah, apakah anada masih bersama menyokong pemimpin atau ulama yang asyik kena tipu atau kelentong? Layakkah pemimpin yang dhoif dalam pemikiran sebegini disokong?

Tepuk dada tanya iman....

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates