Isnin, 20 Februari 2012

Nik Aziz Tak Kisah ...

Kedah Times amat terharu dengan Nik Aziz ini. Asalakan dapat kuasa, asalkan dapat burukkan UMNO, asalkan dapat political mileage untuk dia dan PAS, semua boleh.

Jika terang-terang Anwar Ibrahim menyokong Israel dan sanggup memastikan keselamatan negara tersebut, tapi kenapa Nik Aziz dan PAS masih bersama menyokong Anwar dan PKR?

Jika DAP terang-terang tidak mahu kepada negara Islam dan memperjuangkan sekularisma, kenapa Nik Aziz dan PAS masih juga bersekutu dengan DAP? Sanggup mati untuk Karpal Singh lagi!

Apakah Nik Aziz memang tak faham atau buat tak faham tentang kata-kata Anwar ka? Jika dia dah umum kepada seluruh dunia bahawa Israel patut wujud dan diberi keselamatan, maka itulah polisi yang bakal dibawa oleh Anwar dan PKR jika mereka memerintah Negara.

Sehingga ke hari ini Kedah Times rasa amat pelik dengan Nik Aziz ini kerana apa saja atau siapa saja yang menjadi musuh Islam tetapi dalam masa yang sama bermusuh dengan UMNO, beliau akan dakap dan pertahankannya. Ulamak apakah ini?


Itu dia punya pasal – Nik Aziz

KOTA BHARU 17 Feb. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

“Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat mengadakan rundingan serta kerjasama dengan Israel.

2 comments:

masalodeh berkata...

Kalau bab UMNO/Bn dan Kerajaan Nik Aziz sepatutnya kata...itu masalah dalam UMNO/BN...itu kerajaan punya pasal...
Tapi senaliknya....dia ulasan dan kritik dengan berbagai cara dan kaedah agama untuk menghalalkan cara....betulkah pendirian Pok Nik ni...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Sebagai jenerasi kita harus kembali sejenak retetan kehidupan lampau dan kini. Kita renungkan di Padang Terap terutamanya Pedu dahulunya dikenali sebagai kawasan pendalaman dan terlalu ulu (Jauh pendalaman dan ketinggalan dalam arus pembangunan).

Jalan-jalan yang menghubungkan kampung bertanah merah dan boleh dikata penduduknya amat susah sekali. Syukur Alhamdulillah atas berkat pimpinan dan perjuangan UMNO terdahulu dan kini semuanya itu telah berubah wajah. Dari jambatan gantung kini sudah ada yang digantikan jambatan batu. Jalan2 mini tar sudah menjalar kedalam kampung. Jikalau dahulu atap rumah terdiri daripada daun rumbia kini semuanya ataz zink dan genting. Jikalau dahulu berdinding buluh dan papan kini sudah berdinding batu. Motosikal seperti basikal dan hampir 95% rumah terdapat kereta baik jenama malaysia mahupun luar.

Anak2 kesekolah kini bermotosikal dan kereta dihantar oleh ibubapa mereka dan tiada lagi berjalan kaki.

Apakah UMNO zalim seperti kata2 pihak PAS?

Sebenarnya orang PAS yang zalim kerana memutarkan Islam sebagai slogan untuk menarik penduduk kampung yang mana pemikiran mereka terlalu jumud.

Apa yang penyokong UMNO dapat malah penentang UMNO menikmatinya malah mereka adakalan mendapat lebih baik dari segi pendidikan, ekonomi, perubatan dan lain2 lagi.

Kita lihat kelauaran ASN oleh Tun Mahathir dimana orang PAS mengatakan saham tersebut haram. Tetapi yang haram itu menjadi rebutan mereka.

Persoalannya Apakah Nasir Zakaria yang menyokong 100% fahaman PAS masih dalam rebutan yang haram seperti ASN dan ASB. Begitu juga dengan Pinjaman BRIM juga mereka katakan haram (Rasuah). Kenapa saudara2 Nasir Zakaria (PAS) bergelomong merebut yang haram?. Sedangkanperkara yang halal toiyibba itu halalh diharamkan maka ianya haram selamanya.

Begitu juga kaum kerabat Nasir Zakaria yang berebut benda diharam oleh mereka itulah kinimenjadi sumber pendapatan mereka.

Siapa kata pemimpin itu berpaksi kepada Islam?

Kita lihat janji2 mereka semuanya bohong belaka dan tidak ditunaikan.

Paling mudah untuk kurangkan harga barangan, cukai tanah,hapuskan cukai pintu, hapuskan tempat parking kereta, memberi bantuan warga emas dan ibu tunggal dan banyaklagi semuanya retorik dan bohongan belaka.

Apakah itu ciri2 pemimpin Islam seperti PAS laungkan?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates