Khamis, 2 Februari 2012

PAS bagaikan POKKA

Seperti yang pernah Kedah Times katakan sebelum ini. PAS mempergunakan apa saja demi memesongkan pemikiran ahli-ahlinya. Hatta mengkafirkan ahli-ahli UMNO dengan melabelkan ahli-ahli UMNO sebagai manusia yang boleh ditentang dan memperolehi 'syahid' jika mati semasa menentang mereka.


Ini Kedah Times petik dari ulasan YB Zul. Menarik. Hari ini tidak Islamik tapi esoknya bila dapat sedikit kuasa ianya bertukar menjadi Islamik. Hari ini berwajah coklat, esok bertukar hijau. Hari ini beserban besar, esok berkopiah hitam. Hari ini ludah kahak kuning, esoknya jilat kembali kahak tersebut.

Itulah PAS yang sentiasa menjadi alat, memperalat dan diperalatkan ..

DUA AMANAT YANG BERBEZA

Tetapi disebalik peribadi pendiam itu, Ayah Chik pernah pada suatu ketika menggemparkan negara dengan “Amanat Hadi 1981” yang disampaikan di Kg. Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981.


“Saudara-saudara sekelian percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah Kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah! Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapai mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka!

Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad! Ucapan kita adalah jihad! Derma kita adalah jihad! Bergantunglah kita kepada ALLAH dengan menghadapi puak-puak ini. Kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam! Kita tidak perlu masuk Budha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku!”.


JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 1981’
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU KAFIR


Cuba bandingkan “Amanat Hadi 1981” ini dengan “Amanat Hadi 2003”, iaitu ucapan Ayah Chik (pada masa itu adalah YAB Menteri Besar Terengganu setelah PAS menang dalam PRU 10) pada 18 Januari 2003 dalam “Amanat Perdana Pemangku Presiden YAB Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Hadi Awang” bertajuk “Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan”.

“Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syari’at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat Persekutuan. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan diperingkat Persekutuan!

Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, Barisan pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat Persekutuan, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!”.



JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 2003’!
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU CUKUP ISLAMIK!

2 comments:

mrb berkata...

Mana teks asal dan penuhya, supaya boleh dijadikan bukti?

insidewinme berkata...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates