Isnin, 6 Februari 2012

PAS : HABIS MADU SEPAH DIBUANG....

Jika dulu Hassan Ali ibaratkan mutiara dikalangan pemimpin PAS. Beliau dipilih menerajui PAS selangor sehingga pada PRU12 PAS dalam PR berjaya menawan Selangor.

Ucapan berapi dan menaikkan semangat beliau membawa ahli-ahli PAS bekerja kuat tak kira siang dan malam. Sanggup habiskan duit demi parti. Anak bini dibiarkan ..

Dulu Hassan Ali adalah segala-galanya bagi PAS. Hassan Ali Pemimpin hebat ..

Tapi kini Hassan Ali hanya seorang yang GAGAL, kata Ketua Penerangan PAS.

Selepas dibuang dari PAS, beliau didesak supaya melepaskan jawatan DUN pula walaupun umum tahu jawatan DUN dilantik oleh rakyat .. bukan PAS.

HABIS MADU SEPAH DIBUANG .... Nasib Hassan Ali ..

PAS .... Islamik ka parti PAS?


SHAH ALAM – Datuk Dr Hasan Mohamed Ali perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sekiranya enggan membuat rayuan kerana kerusi dimenanginya itu atas tiket Pas.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan terus mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk ‘angkat kaki’ daripada menjadi ahli parti itu.

Menurutnya, adalah lebih baik bagi bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.
“Sekiranya beliau tidak suka pada seseorang, itu haknya. Ini semua tiada kaitan dengan Pas lagi, tetapi saya ingatkan supaya tidak meletakkan semua kesalahan kepada orang lain sedangkan ia adalah kesalahan yang dilakukan dirinya sendiri.

“Hasan tidak boleh cakap orang lain parasit kerana orang berkenaan ada hati dan perasaan. Sebab itu menasihatinya supaya tidak buka mulut,” katanya, semalam.

Semalam akhbar ini melaporkan keengganan Hasan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya daripada Pas yang disifatkan dilakukan se­ca­ra autokratik dan tidak de­mokratik.
Malah Hasan turut menggariskan sembilan sebab mendorongnya membuat keputusan penting itu.

Mengulas tindakan Hasan yang melemparkan kesalahan ke atas Pas dan mengemukakan sebab-sebab menolak parti itu, Tuan Ibrahim berkata, tindakan itu langsung tidak munasabah, malah beliau masih gagal mendedahkan individu dimaksudkan.

Menurutnya, tindakan itu menunjukkan Hasan seorang pemimpin yang gagal dan tidak mempunyai autoriti serta hak melakukan perubahan setelah diberikan peranan memegang dalam jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

“Kenapa beliau mahu menyalahkan orang lain? Mengaku saja yang diri sendiri buat salah. Tidak ada urusan campur tangan orang lain ketika beliau pegang jawatan berkenaan," katanya.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

mmg bodo la mamt sekor ni, smpai tak tau langsung mana satu yg dilantik rakyat, mana satu yang dilantik parti. Toksah dok layan dia la Datuk, memang dia ni bangang tahap gaban, patut la semua pokka Pas dok ikut DAPigs and Al Juburi sebab dapat penerangan tak betoi dari mamat bangang ni.

Tanpa Nama berkata...

Ini satu lagi jenis mangkok ayun. Cakap main sedap mulut saja. Yang dia nie ikut sokong si Anu_war tak apa walaupun jelas yang si Anu tu ikut pahaman pruralisma dan liberisma. Patut dia nie tentang habis2 pada penyokong israel.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates