Khamis, 2 Februari 2012

Lagi pemesongan Kader PAS


Lagi ajaran yang memesongkan yang dibawa oleh kader-kader PAS yang bakal membawa kepada ketaksuban serta perbuatan-perbuatan yang bakal memecahbelahkan ummah.

Ajaran-ajaran sebegini disebarkan sewenang-wenang oleh mereka tanpa takut atau rasa berdosa. Seolah-olah ajaran Islam itu milik mereka dan boleh melakukan apa saja demi mengekalkan pengaruh mereka.

Terimakasih Flyingkick

HARI TU DIA IKTIRAF NIK AZIZ SEBAGAI NABI, KINI BERDUSTA TENTANG NABI S.A.W PULA!!!

Nampaknya ustaz PAS semakin lama semakin mengarut dalam mengeluarkan nas-nas agama. Dahulu Ustaz Budak ini jugalah yang mengiktiraf Nik Aziz sebaris dengan nabi. Terbaharu Ustaz Budak menyatakan dalam satu ceramahnya bagaimana Nabi Muhammad saw menyesal kerana tidak dapar bertemu dengan Imam Ghazali!

Permasalahannya timbul apabila belum ada mana-mana hadis yang riwayatkan menceritakan bagaimana Nabi Muhammad menyesal kerana tidak bertemu Imam Ghazali. Tidak langsung dapat dipastikan dari mana hadis seperti ini diceduk.

Bukan itu sahaja, malah hadis palsu lain yang disebarkan Ustaz Budak ini juga ialah:

1. seurat rambut Saidina Abu Bakar as gugur di atas kubur lalu menyelamatkan ahli kubur tersebut dari azab seksa kubur selama 40 hari.
2. kubur Imam Shafie dikatakan mampu menyelamatkan azab seksa kubur ahli kubur yang bersemadi disekitarnya.
3. Orang alim yang lalu dikubur dapat menyelamatkan seksa ahli kubur tersebut selama 40 hari.

Ustaz Budak ini perlu disiasat untuk oleh Jabatan Agama Islam dari terus-menerus menyebarkan hadis palsu untuk mengelirukan orang ramai. Makin teruk ustaz tarbiah PAS ini dalam menyebarkan dakyah yang mengarut.

Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates