Isnin, 20 Februari 2012

Rampasan Kuasa


Kedah Times merasakan yang kata-kata Tun Dr Mahathir ada kebenarannya.

Banyak polisi luar negara kita bertentangan dengan AS dan Israel. Jadi cara terbaik ialah menjatuhkan pemerintah sedia ada dan ganti dengan yang selari dengan polisi AS dan Israel.

Siapa yang layak menjadi proksi tersebut? Tak lain dan tak bukan ialah Anwar Ibrahim. Dan PAS tidak juga ketinggalan dalam hal ini. Walaupun dimulut saja menyebut tentang Islam, tapi cara dan dihati mereka memang selari dengan hasrat AS dan ISrael.

Malaysia perlu diubah dari negara yang tegas dalam isu Israel dan dunia Islam kepada sebuah pemerintahan yang pro AS.

Dan Tun Dr Mahathir telah lama membaca tindaktanduk beberapa NGO yang memang PRO Anwar yang sudah berani melakukan apa yang sering dilakukan dinegara luar.

Semua itu sudah kita nampak. Kenapa masih lagi bersama Anwar dan PAS? 

''Saya tidak hairan dan percaya ada NGO dan parti politik di negara ini sedang mengadakan gerakan untuk menukar kerajaan yang sedia ada”


''Kalau di Malaysia ia berlaku namun ini bukan perkara biasa buat AS. Memang kerja mereka adalah hendak menjatuhkan kerajaan yang tidak sokong mereka”


''Sebagai contoh, AS minta kita sekat perdagangan dengan Iran dan jika kita tidak berhenti, mereka akan ambil tindakan terhadap perdagangan Malaysia," katanya.

Tahniah John Soh

Bisik-Bisik Mingguan

BEBERAPA pendedahan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin kebelakangan ini menarik perhatian ramai. Terbaru, aktivis pembangkang itu mendakwa kegagalan Anwar Ibrahim merampas kuasa menerusi rancangan 16 September 2008, adalah kerana peranan seorang tokoh perniagaan, John Soh Chee Wen.

Menurut Raja Petra, John Soh enggan menyumbang RM300 juta seperti yang diminta oleh Ketua Pembangkang itu untuk digunakan bagi ‘membeli’ atau sebagai bayaran pendorong kepada 30 Ahli Parlimen.

Anwar merancang untuk membayar RM10 juta kepada setiap seorang bagi membolehkan beliau mengambilalih tampuk pemerintahan negara. Dikhabarkan betapa beliau sangat terdesak berbuat demikian kerana antara lain mahu mengelak daripada perbicaraan kes liwat kedua. Bagaimanapun John Soh yang merupakan sahabat Anwar dan antara pembiaya utama PKR tidak bersetuju kerana ia bercanggah dengan demokrasi. Sejak itu hubungan mereka tidak lagi rapat sebelum John Soh akhirnya meninggalkan beliau.

Awang angkat topi kepada John Soh. Tanpa disedari, peranan beliau cukup signifikan dalam menggagalkan cubaan rampasan kuasa 16 September yang ternyata membelakangkan rakyat. Begitu juga kepada Raja Petra yang berani mendedahkan banyak kepincangan Anwar dan PKR. Seperti menjadi harapan Awang dan ramai lagi warga negara, beliau hanya mahu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang tiada kredibiliti dan integriti. Insya-Allah.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates