Ahad, 19 Februari 2012

RENUNGAN BUAT UMNO DAN PAS !!!!!


WATAN BERTINTA

DUHAI UMNO DAN PAS, Pertimbangkanlah dengan hati murni, apakah bila diberi mandat berkuasa, anda mahu jaga agama, bangsa atau kuasa, takhta, harta?

DUHAI UMNO DAN PAS, Nilai dengan jujur apakah anda benar-benar berjuang untuk kepentingan bangsa, rakyat atau sekadar peralatkan rakyat demi memenuhi tembolok dan kepentingan tertentu?


DUHAI UMNO DAN PAS, Sampai bila politik kata-mengata, kafir mengkafir, ISLAM dan sekular, gaduh bergaduh, fitnah menfitnah, membuka aib saudara seagama, berpolemik, mereka cerita, berprasangka akan menjadi budaya kamu? Walhal kaum lain mengamalkan budaya politik strategik. Sebaliknya sebagai saudara se agama anda berperang hinggakan 'yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang'.

DUHAI UMNO DAN PAS, Susah sangatkah untuk kamu bersatu atas nama satu aqidah, satu agama dan satu matlamat? Apakah nafsu kamu mengatasi iman kamu?

DUHAI UMNO DAN PAS, Berbaloikah bangsa, agama dengan segala apa yang telah kamu musnahkan dan robek-robekkan semenjak setengah abad yang lalu? Sebagai Contoh; bila kamu berkuasa, amanah kamu khianati, rasuah jadi amalan, bangsa kamu ketepikan, kroni didahulukan, projek jadi kegilaan dan kaum lain menjadikan kamu sebagai alat mereka.

DUHAI UMNO DAN PAS, Yang kaya-raya yang senang kaum kerabat kamu, tauke-tauke yang menaja kamu, walhal ramai bangsa kamu, saudara seagama kamu terus bergelut untuk hidup.

DUHAI UMNO DAN PAS, sedarlah masih Ramai bangsa dan saudara seagama kamu, terus dihimpit kemiskinan, ada yang berbakat tidak diberi ruang kerana mereka bukannya dari kalangan kamu, mereka bukannya kroni kamu.

DUHAI UMNO DAN PAS, Sedar atau tidak tingkahlaku kamu berdua hampir sama sahaja. Kamu PAS menipu bangsa dengan peralatkan agama. Dan kamu pulak duhai UMNO meskipun tidak semua, namun ada segelintir dari pemimpin kamu yang tidak ikhlas membela bangsa.

DUHAI UMNO DAN PAS, Muhasabahlah diri kamu, tengok kembali apa yang telah kamu lakukan. Agenda memperjuangkan bangsa, memartabat agama, menjaga aqidah ummah, mendaulatkan syiar dan syariat agama bukan agenda bermusim.

Ianya adalah 'do or die battle'. Cubalah kamu menjadi pemimpin yang lebih bertanggungjawab, benar-benar sayangkan agama kamu, bangsa kamu, syiar dan syariat deen ISLAM kamu..

DUHAI UMNO DAN PAS, cubalah renung, tanya diri kamu, BERBALOIKAH perpecahan yang kamu berdua timbulkan kesan dari haloba dan gilakan kuasa???

DUHAI UMNO DAN PAS, Cuba pula kamu renungkan apa nasib anak cucu kamu, generasi masa depan kamu jika kamu terus memilih jalan pertelingkahan sesama kamu berbanding jalan perdamaian, penyatuan dan permuafakatan sepertimana ajaran Islam.

DUHAI UMNO DAN PAS, apakah kamu tidak merasa beban untuk menjawab penghakiman di Mahsyar nanti dihadapan Allah s.w.t kesan dari perbuatan dan tingkahlaku kamu????

Kamu fikirkanlah dan jawablah dengan penuh ikhlas...

*LEBIH MALANG SEGELINTIR PIMPINAN DARI PARTI KAMU DUHAI UMNO DAN PAS BENAR-BENAR TELAH MEMALUKAN ISLAM, MENJATUHKAN MARUAH BANGSA DAN MELAKUKAN TINDAKAN YANG JELAS BOLEH MENJAHANAMKAN BANGSA DAN NEGARA.. Kamu telitilah apa yang telah kamu lakukan selama ini!!!!!!

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Semua yang diceritakan di atas harus di tujukan hanya kepada PAS kerana PAS adalah punca semua ini berlaku. Selama lebih 50 tahun UMNO memerintah, kita berjaya membangunkan diri dan umat dan tiada sesiapa pun yang berani mencabar.Tetapi, selepas PAS bergabung dengan DAP kerana tamakkan kuasa,ketuanan Melayu, Raja-Raja dan Agama Islam sendiri dicabar dan dihina.DAP berjaya PERBODOHKAN PAS yang MEMANG BODOH terutamanya Diktator Ajaran Sesat PAS iaitu Nak Najis!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates