Selasa, 14 Februari 2012

RM500 Bantuan Rakyat Tu Haram! Tapi Pegang Tak Haram!


Tinta YC 

Bertambah-tambah serabut PR. Di kala isunya Anwar Ibrahim menyokong Israel, kini giliran Nik Aziz dan Haji Hadi menyatakan pandangan yang berbeza dengan Anwar. Berdua mereka tidak bersetuju dan menolak kerajaan Israel. 


Pintu sana berbunyi Anwar begini, pintu sini berbunyi Haji Hadi Awang dan Nik Aziz berbunyi begitu.

2 parti Melayu yang gagal memerintah 3 negeri di Malaysia sedang berlakon menepis, menyepak terajang, menafikan hang aku tetapi dalam masa yang sama, sebelum dan sesudah 'press statement' sms bertalu diberi dan diterima.

Persepakatan yang wujud adalah percanggahan pendapat biar mengelirukan rakyat, Selagi kita tidak dipertemukan dalam sessi dialog di depan rakyat menyatakan pendirian kita, kita selamat. UMNO akan bernyanyi keseorangan.

Jika dahulu Anwar gian sangat berdebat dengan Pak Najib, mengapa kali ini Anwar atau Nik Aziz atau Hadi Awang tak terkeluar langsung nak berdebat untuk menyatakan pendirian masing-masing tentang Israel?

Puak berdengung dalam PR pun hanya jadi pak turut yang tak ada akal. Berani buat? Gesa mereka bertiga mengadakan perdebatan atau 'press statement' bersama.

Kalau berani, bermakna Melayu PR ada kekuatan dan rakyat Malaysia tak perlu ragu-ragu lagi tentang keupayaan mereka. Jika tak berani, 'next PRU13', jangan undi lagi mereka yang selama ini tidak pernah membantu 3 juta rakyat yang tak berdaftar mengundi dan juga tidak berupaya memberi bantuan kewangan yang cukup banyak seperti BN pada masa ini. Yang mereka hanya buat adalah bercakap kosong, berak merata-rata..

p/s : Bantuan Rakyat 1 Malaysia, dengar ceritanya dari banyak pihak, puak PAS yang paling ramai beratur ambil bantuan RM500. Di mulut mereka bila lambat berkata sinis, "Hai!..Nak ambil duit haram pun kena lambat kena beratur. Duit ni kalau dapat pun bukan boleh makan. Cuma guna saja."

Moralnya : Itulah nilai yang diajar oleh PAS. Yang diajar PKR adalah Melayu Bebas....

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates