Khamis, 23 Februari 2012

SAH! Anwar memang Penyokong kuat Israel

Anwar Ibrahim sudah memberi kata dua yang beliau tidak akan menyaman Wall Street Journal (WSJ).

Ini katanya kerana WSJ memberi laporan yang TEPAT  seperti yang dikatakannya dalam temuramahnya dengan akhbar tersebut.

TEPAT bermakna:
1. Anwar menyokong sepenuhnya kewujudan negara Israel di bumi Palestin

2. Tanah-tanah yang dirampas dari orang Palestin adalah menjadi milik Israel dan Anwar menyokong.

3. Tentang syarat-syarat yang diletakkan Anwar tidak timbul sama sekali kerana semua itu hanya akan timbul apabila Israel wujud. Syarat-syarat yang beliau sebut itu TIDAK akan sama sekali timbul jika Israel tidak wujud. Jadi maksud Anwar ialah wujudkan Israel dahulu, seterusnya mereka perlu ikuti syarat-syarat tersebut ATAU Israel boleh wujud tapi dengan syarat-syarat yang dikenakan. POINT sebenarnya ialah Anwar mengatakan yang ISrael boleg wujud dan beliau menyokong ke arah kewujudan tersebut.

4. Ulama-ulama telah menfatwakan yang Israel tidak boleh wujud dibumi Palestin kerana ianya milik orang-orang Palestin. Malahan sejak berzaman, Yahudi ini tidak pernah ada negara. Mereka menumpang di merata dunia dan apabila berada di negara tersebut mereka menimbulkan pelbagai masalah. Diturunkan Nabi kepada mereka, mereka membunuhnya.

MAKA SAH Anwar menyokong penubuhan Israel walaupun bersyarat. Tetapi agak hairan KENAPA PAS masih bersama PKR dan Anwar Ibrahim.

Karnival Kedah Sejahtera di Pokok Sena, Anwar menjadi salah seorang VIP yang bakal memberi ceramah. Kenapa PAS Kedah masih bersekongkol dengan Anwar yang menyokong pembunuhan rakyat Palestin oleh Israel?

Pelik! PAS kata mereka sama sekali TIDAK MENGIKTIRAF PENUBUHAN ISRAEL tetapi mereka sanggup bersekongkol dengan Anwar yang menyokong penubuhan negara Israel. 

Masih tidak nampak ka pendokong-pendokong PAS?


Anwar tidak akan saman WSJ


KUALA LUMPUR 21 Feb. – Seperti dijangka, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.


Sambil mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam hari ini, beliau berkata, WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.


Berbanding laporan media arus perdana, beliau mendakwa kesemuanya hanya menyentuh kenyataannya mengenai sokongan untuk melindungi keselamatan Israel sahaja tanpa menyiarkan syarat yang perlu dipatuhi oleh negara zionis tersebut.


‘‘Saya terangkan kepada Nik Abdul Aziz bahawa kenyataan saya dalam WSJ turut memberi penekanan mengenai contingent yang perlu dipatuhi oleh Israel dan bukan seperti mana yang disebut dalam akhbar arus perdana.


‘‘Saya faham pendirian Pas dalam soal Palestin-Israel ini yang mana mereka cukup tegas dan keras. Saya juga beri penjelasan jangan ada salah tafsiran tentang pengiktirafan Israel kerana perkara itu tidak harus berbangkit selagi syarat-syarat tidak dipatuhi,’’ katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan kira-kira satu jam bersama Nik Abdul Aziz serta Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di sebuah hotel di sini, hari ini.


Pada pertengahan bulan ini, Nik Abdul Aziz meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau pun menyaman WSJ.


Desakan tersebut merupakan ketetapan yang dibuat selepas ahli jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas mengadakan mesyuarat di sini baru-baru ini.


Nik Abdul Aziz berkata, rakyat mahu mengetahui perkara sebenar kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum selepas disiarkan WSJ baru-baru ini.


Menjawab satu soalan sama ada wujud perbezaan antara beliau dan Pas mengenai isu Palestin, Anwar mengakui terdapat sedikit perbezaan.


“Cuma sedikit sahaja iaitu dari segi penekanan. Pas sentiasa konsisten bahawa mereka sama sekali tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel sama ada dalam sudut pandangan, fikiran malah dalam bentuk rundingan sekalipun.


‘‘Saya pula menyokong keputusan yang diambil Hamas dan Fatah untuk bertegas terhadap syarat-syarat yang dikenakan dan seterusnya menyambung rundingan,’’ katanya.


Berhubung contingent yang dimaksudkannya seperti mana disiarkan oleh WSJ itu Anwar berkata, terdapat empat perkara iaitu pengunduran tentera Israel daripada wilayah Palestin dan Arab; hentikan keganasan; hentikan kepungan terhadap Gaza dan iktiraf Baitul Muqaddis.


Sementara itu Nik Abdul Aziz dalam status terbaru Facebooknya hari ini menegaskan bahawa pendirian Pas dalam isu Palestin jelas iaitu parti tersebut tidak sesekali mengiktiraf walaupun seinci hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang telah dirampas.


‘‘Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini,’’ ujarnya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates