Khamis, 16 Februari 2012

Sedeyyy nyer

Kedah Times terjah ke blog Pakteh. Ingatkan UMNO Sik ada masalah.

Cehh, rupa-rupanya dia sedang bernostalgia sorang-sorang. Tapi tak apa kerana sekarang Pakteh Famous dengan blog Betoika! 

Pang3Husin dulu famous dengan Fantasia, Realiti dan  ... Politik Islam yang direkanya di Tripod. Kemudian dia transfer semua artikel ke amokpang5.blogspot.com. Masih bernafas walaupun kurang di update. heheh.

 Tak apalah, mungkin boleh jadi rujukan bila diperlukan ...

Kini ramai jadi blogger jalanan, blogger perasan, blogger tak bertuan dan bertuan. heheh.

Tapi Kedah Times blogger tak bertuan .... hehe yang tu kena faham-faham sendiri pasai pa!

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

Assalaimualakum dan salam 1 Malaysia

Kini wajah UMNO kian ceria dan mula menampak wajah yang bersinar setelah mengelami tsunami PRU12. Kita lihat kalangan Pucuk Pemuda UMNO Daerah Padang Terap mula berputik kembali setelah berlakunya permuafakatan dan kembalinya Saudara Kamarul Azman di pangkuan pemuda.

Sebagai mewakili generasi muda,keadaan ini sudah tentu memberi kelebihan kepada UMNO Padang Terap kerana pemuda kian dahaga pemimpin yang berkebolehan serta berilmu dan mempunyai wawasan yang jauh supaya duduk sama gagah dan berdiri sama tinggi dengan kumpulan pemuda negeri lain.

Diakui UMNO merupakah sebuah PartiPolitik yang matang dan mempunyai pemikiran yang matang dan tidak mudah mengambil kesempatan diatas kecacatan perjalanan Kerajaan Negeri Kedah yang kian dihimpit berbagai masalah akibat tekanan dalaman dan seangkatan sendiri yang kian rakus menebuk bahtera yang dipacu oleh Ustaz Azizan Razak.

Kelemahan yang jelas kita lihat dalam pentadbiran dan kepincangan nyata apabila kalangan ahli pucuk pimpinan PAS Kedah rakusuntuk menjatuhkan MB sekarang.

Kita lihat retetan peristiwa cabaran pertama di Daerah Padang Terap apabila berlakunya kerosakan akibat ribut di Perkampungan KEDA Bendang Tok Teri Naka dimana YB PAS iaitu Saudara Nasir Zakaria melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Sedangkan pimpinan UMNO DUN Pedu dan Pemuda Padang Terap bertungkus lumus membantu membaiki rumah2 yang rosak dan memberi makanan kepada penduduk berkenaan.

Peristiwa banjir yang melanda Daerah Padang Terap yang lalu membawa pengertian yang besar dimana YB Dato' Syed Sobri dan YB Dato Seri Mahadir Khalid bertungkus lumus membantu mangsa dan menyediakan kemudahan dan makanan. Setelah berlalu lama barulah YB Nasir Zakaria muncul dengan hanya membawa diri serta menumpang habuan daripada Pihak UMNO.

Kita lihat bagaimana PAS berjanji kita hari ini memerintah esok harga barang danminyakakan diturunkan 50% . Semuanya retorik dan penuh penipuan semata-mata.

Begitu juga janji untuk hapuskan cukai pintu dan turunkan cukai tanah semuanya retorik semata-mata.

PAS berjanji akan menjaga kehijauan alam dan kebajikan serta kesejahteraan alam sekitar. Malangnya pokok2 ditebang dengan rakus dan hutan2 tadahan air ditebang sewenang2nya tanpa perasaan bersalah dan keinsafan diri kerana mabukkan wang dan gilakan kuasa.

Kerajaan PAS menabur janji untuk memberi sumbangan bulanan kepada warga emas,ibu2 tunggal dan semuanya penuh penipuan.

Kita lihat jalan2 hilang tarnya dan beralun serta membahayakan kepada pengguna. Kerajaan Pusat terpaksa memberi bantuan untuk membaiki prasaranan tersebut bahkan duit bakinya digunakan untuk membayar bonus kepada kakitangan kerajaan negeri.

Tanpa Nama berkata...

Sambungan

UMNO sangat baik hati kerana isu tersebut tidak digembar gemburkan dan tidak mahu jatuhkan lawan secara mengaibkan.

Kita dihidangkan dengan pertumbuhan mendadak pusat2 hiburan melampau dan malahan pusat2 perjudian gagah seperti gunung.

Melayu dianaktirikan dan kaum cina ditatang seperti bulan purnama. Peniaga dihalau dan gerai2 dirampas tanpa segan silu dan kekuatan pengjuatkuasan digunakan sebagai ugutan.

Paling menyedihkan Kerajaan PAS tanpa rasa belas ehsan merampas tabika2 KEMAS dan dibiarkan anak2 yang tidak berdosa untuk mendapatkan ilmu dihalau seperti anjing kurap.

PAS yang terlalu angkuh dan banyak melakukan huru hara dan merosakkan harta benda rakyat apabila akta AUKU dipertikai dan akhirnya akta tersebut digunapakai oleh MB Kedah keatas INSANIAH.

Banyak berlaku kepincangan dan penyelewengan dalam GLC Kedah tetapi tiada tindakan susulan diambil oleh Pinmpinan Kerajaan Kedah.

Masalah parkingkian runcing janji2 Kerajaan PAS untuk hapuskan kuitipan cukai parking hanyalah retorik dan bohongan semata2.

Melihat perkembangan tanah wakaf Madrasah Salahiah bakal dirobohkan oleh PAS angkara kenaikan harga tanah dan kedudukan yang sangat strategik. Tuhanitu Maha Mengetahui apabila gereja yang bersebelahan tidak diusik dan mengapa madrasah yang sangat bernilai harga komersialnya dan antik harus dikorbankan?
Mengaapakah fatwa dikeluarkan selepas tanah tersebut dijual?. Ianya menjadi satu tandatanya???

Untukmengulaskan kelemahan dan penipuan kerajaan PAS Kedah sangat banyak tetapi tahniah kepada UMNO kerana tidak mengambil kesempatan untuk menjadikan ianya isu panas dan membiarkan rakyat menilai dan sedar dengan sendiri pertapa rakusnya Kerajaan PAS Kedah yang mabuk kuasa dan gila wang.

Akhir kata dimana hilang dan perginya Iman,Islam dan Ehsan seperti tuntutan dalam islam.

Pemerhati Politik Kedah berkata...

Hai.cuba ingat balik semula.Siapa yg memberi kemenangan Parliemn Padanmg Terap pada PAS.Sedangkan dua DUN BN menang.Cara mengaji bodoh pun dah boleh agak.Puak UMNO lah beri undi pada PAS.Lepas tu salah pada YB Nasir pula.Baru padan muka semua.Kerana setitik nila rosak susu sekawah.

Apakah insiden ini akan berlaku lagi pada PRU 13 nanti.Aku rasa akan berlaku lagi kerana nak balas dendam soal calon.


Bukan Padang Terap sahaja malah lain kawasan juga akan berlaku.Ini kerana undang-undang dalamn UMNO boleh diiabarat macam undang-undang main congkak sahaja.Tak tegas dan tak daulat.

Ramai petualang dan musuh dalam selimut UMNO bermaharaja lela dgn kuasa dan jawatan merek

Renunglah sedalamnya.Jangan salah orang lain sahaja.Itu lah habuan pada yg main kayu tiga masa PRU 12 yg lalu.

Terima kasih.

Pakteh berkata...

hehehe...kadang-kadang letih tebang buluh...bernostalgia la sat...

apapun..tq la kat KedahTimes yang sudi postkan artikel Pakteh....

Memang Pakteh pun dengaq jugak kedahTimes ni milik kawan tu n kawan ni....hehe...heran jugak camna depa leh tau sedangkan orang yang dok post artikel ke sini pun tak tau n tak kenai KedahTimes.

Sapa pun tak kisah...yang penting KedahTimes 100% berjuang untuk UMNO demi Alif Ba Ta....
jadi jangan heran la kalau kadang-kadang agak berbisa juga teguran kepada sesama ahli parti.

Maklumla...blog tidak bertuan....
ini manisnya blog tidak bertuan seperti KedahTimes dan Betoika....

Pakteh berkata...

hehehe...kadang-kadang letih tebang buluh...bernostalgia la sat...

apapun..tq la kat KedahTimes yang sudi postkan artikel Pakteh....

Memang Pakteh pun dengaq jugak kedahTimes ni milik kawan tu n kawan ni....hehe...heran jugak camna depa leh tau sedangkan orang yang dok post artikel ke sini pun tak tau n tak kenai KedahTimes.

Sapa pun tak kisah...yang penting KedahTimes 100% berjuang untuk UMNO demi Alif Ba Ta....
jadi jangan heran la kalau kadang-kadang agak berbisa juga teguran kepada sesama ahli parti.

Maklumla...blog tidak bertuan....
ini manisnya blog tidak bertuan seperti KedahTimes dan Betoika....

paktam@ berkata...

>MACAM HANTU RAYA/PELESIT XBERTUAN....HABIH DIA SAPU!!! HEHEHEH
>BIAQ KITA HABAQ KAT ORANG DIATAS AWAI2...SUPAYA DAPAT RANCANG STRATEGI/TEKTIKAL SDUPAYA DAPAT MENTENTERAMKAN AKAQ UMBI DIBAWAH....MAKSUDNYA..JGN ADA SEBOTAJ..JIKA BAKAL CALON/PENGERUSI BAHAGIAN KA/APA2 KA.. YG POPULAR TIDAK DILANTIK JD CALON. pUAK NI LA YG DOK BUAT KHIANAT...

Pang5Husin berkata...

Hahah Pang%husin bela kambing dan lembu untuk cari makan. heheh. Blog pun tak dan nak update. Maklumla kalau nak update blog kena ke pekan. Di Kg dia mana ada internet. Kabel habis dicuri. Anak org PAS juga yg dok keja curi kabel tu .... heheh

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates