Selasa, 28 Februari 2012

Semuanya Angkara UMNO



Dimulut puak-puak PKR, PAS dan DAP,  apa saja yang berlaku kepada mereka semuanya bakal dikaitkan dengan konspirasi atau perancangan UMNO.  Seolah-olah Malaysia adalah UMNO dan UMNO adalah Malaysia. 
Nampaknya telahan itu memang benar. Malaysia tidak akan kemana tanpa UMNO. PR tidak mampu melakukan apa yang telah dan sedang dilakukan UMNO. Syabas UMNO. 

Dan kini semua kejadian buruk ke atas PKR, DAP dan PAS adalah gara-gara UMNO.

Memang UMNO yang buat...Pakteh tahu 100%...Khas buat Badrul Amin dan PR

Akhirnya...hari ini.....



Pakteh terpaksa akui satu perkara yang pakteh cuba sembunyikan.

Sebagai orang tua....
Sebagai orang yang telah lama melihat perilaku manusia di Malaysia


Pakteh ingin suarakan satu perkara.......
Dan Pakteh berharap apa yang pakteh sampaikan ini mengembirakan semua pihak...


Sebenarnya...tidak terlalu sukar untuk menilai kaitan antara segala yang berlaku dengan UMNO. Sebelum Pakteh pergi lebih jauh bagaimana UMNO membuat perangkap kepada Badrul Amin, adalah lebih molek sekiranya kes-kes terdahulu Pakteh rungkaikan....

Kes 1. Anwar dipenjarakan kerana kes rasuah

Ini adalah salah satu bukti tindakan UMNO yang melatih penjawat awam terutama pasukan keselamatan supaya berpegang teguh kepada prinsip Bersih Cekap dan Amanah dan untuk pasukan polis ditambah cepat dan betul. Kerajaan Barisan Nasional melakukan segala yang terdaya untuk memastikan penjawat awam melakukan tugas dengan penuh amanah. Hasilnya siasatan yang penuh teliti dan tidak memilih bulu membuatkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO menerima hukuman yang setimpal. Harus diingat, Polis bukan menangkap Haji Hadi atau Lim Kit Siang, tetapi menangkap dan mahkamah menjatuhkan hukuman kepada seorang yang ternama dari UMNO. Inilah kehebatan UMNO. Yang salah tetap salah dan WAJIB menerima hukuman.

Kes 2. Video Seks Chua Soi Lek

Video yang ditunjukkan tidak jelas malah Video China Doll lebih jelas namun pihak Barisan Nasional berpandangan ini akan menjejaskan imej kerajaan. Langkah terbaik adalah letak jawatan yang mana ketika itu CSL adalah Menteri Kesihatan. Walau tidak dimahkamah kerajaan, namun CSL menerima hukuman dari mahkamah rakyat dan beliau berani menerima hukuman dan mengakui kesilapannya.

Kes 3. Anwar liwat Saiful

Ini dikira liwat 2.0 kerana liwat pertama hanya 1 hakim setuju, lagi 2 hakim percaya berlaku liwat namun sukar dibuktikan. Kerajaan BN yang diterajui UMNO sejak dulu memberikan yang terbaik kepada rakyat. Setiap doktor mempunyai kepakaran masing-masing. Setiap anggota polis ada tanggungjawab masing-masing. Dan inilah yang dilaksanakan mereka apabila ada laporan dari Saful Bukhari. Penjawat Awam tidak bertanya pangkat dan darjat, selagi rakyat mahukan perkhidmatan, mereka sedia menghulurkan bantuan. Sebab itu walau dituduh konspirasi....kelihatannya seluruh bala tentera PR menentang Saiful Bukhori kesorangan. Memang UMNO yang mendidik penjawat awam untuk melaksanakan tugas demi rakyat.

Kes 4. Kes khalwat Badrul Amin

Ini secara terang dan nyata UMNO memberikan kualiti terbaik kepada rakyat. Pas riuh rendah inginkan syiar Islam ditegakkan. UMNO tidak bising tapi melatih penjawat awam agar patuh melaksanakan tugas. Fikirkan jam 3 pagi bergegas ke tempat kejadian apabila menerima aduan. Terlalu BODOH kah untuk memikirkan bahawa kes pasangan ditangkap khalwat ini setiap hari dilaporkan. Apakah itu semua perangkap UMNO?....bukan perangkap tapi tanggungjawab UMNO yang ingin terus memastikan Nur Islam itu dihayati dan diamalkan.
Lagi ulasan tentang Badrul Amin. Pasangan khalwatnya mengakui menemui Badrul, itu sudah cukup untuk disabitkan kesalahan. Woooiii...sapa ajaq khalwat hanya boleh dilakukan dalam bilik?. Tu yang JAIP dok tangkap dalam kereta, tepi taman, tepi sungai, bawah jambatan......Semua tu dikira khalwat apatah lagi pada jam 2.30 pagi bersama bukan mukhrim di hotel(hanya bertemankan seorang kanak-kanak kecil yang tidak mengerti apa-apa).


Jika ini kaitannya hendak disabitkan dengan UMNO......ya..memang UMNO terlibat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA. Sesiapa sahaja yang bersalah....UMNO melalui kerajaan Barisan Nasional telah melatih penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawabnya.




Syabas UMNO.........

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Bagi mereka, apa saja terjadi maka UMNOlah puncanya. Soalan saya. Mereka tak percaya kepada Kekuasaan Allah ka? Mereka tidak beriman dengan Qada dan Qadar ka? Dok ceramah siang malam bukan main dijaja Islamnya. Bukankah Allah dah sebut. Kalau jutaan manusia pun mahu berbuat jahat kepada seseorang tapi kalau Allah tak izin maka tak akan terjadi kejahatan itu. Begitu juga kalau jutaan manusia mahu menahan sesuatu yang sudah Allah tentukan berlaku, pasti akan berlaku apa yang sudah Allah tentukan. Sebab itulah saya agak musykil dengan sikap dan perangai mereka yang seolah-olah tidak percayakan kekuasaan Allah apabila berlaku sesuatu ke atas mereka.

.Gory. berkata...

Betul, macam semua benda berlaku bawah kuasa UMNO, padahal Tuhan menentukan qada qadar.

Lagi satu, orang UMNO sendiri ada je timbalan SU KBS ke apa entah haritu, kena tangkap, masuk court. Bersalah lagi.

Kalau orang UMNO boleh terima, kenapa kena tang dia je, jadi konspirasi. Apa da.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates