Selasa, 21 Februari 2012

Semuanya Salah UMNO

Pembaca jangan rasa terkejut, jika Anwar berak terkincit dalam seluar pun adalah disebabkan UMNO. Dia terkincit dalam seluar kerana UMNO yang menghalang dia masuk berceramah di Melaka atau Johor. Dia terkincit kerana UMNO yang memutarbelit ayat yang dia lafazkan kepada Wall Street Journal menyokong keselamatan sebuah negara Israel.

Tak lupa juga tentang PAS. Isu air di Kelantan yang tidak pernah selesai adalah kerana UMNO juga. UMNO tak bantu, UMNO tak beri pinjaman, UMNO bermacam-macam lagi.

Ini semua adalah trend atau stail PAS dan PKR. Apa saja taik atau keburukan serta kesilapan yang dilakukan mereka, UMNOlah yang menjadi penyebabnya.

Semuanya salah UMNO.

Kedah Times nak bertanya kepada PKR dan PAS terutama pemimpin-pemimpin mereka yang sering menuding jari kepada UMNO, adakah Allah SWT juga bersalah kewujudan UMNO? Bukankah dengan sifat Pekuasa, Pekehendak dan ilmu Nya, UMNO ini telah ditentukan Allah untuk wujud di tanah Melayu ini? 

Bukankah UMNO itu telah ada dalam peracangan Allah sejak azali lagi? Dan UMNO itu wujud untuk memperjuangkan Aliff Baa Taa. Apakah Allah SWT bersalah dalam mewujudkan UMNO ini? 

Semua yang wujud dan ada di dunia ini adalah atas kehendak dan kekuasaan serta ilmu Allah Swt itu sendiri. Maka apabila PAS dan PKR asyik menuduh UMNO saja bersalah dalam apa jua tindakan mereka, melihatkan seolah-olah mereka menyalahkan ALLAH kerana mewujudkan UMNO.

Sedarlah kewujudan UMNO adalah hasil pemikiran dan kesedaran pemimpin-pemimpin Islam terdahulu yang ingin memartabatkan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair ini. Allah beri kesedaranini kepada pemimpin-pemimpin tersebut, maka tertubuhlah UMNO.

Maka wahai penyokong PAS dan PKR, Allah jadikan sesuatu ada kebaikannya, menyalahkan kewujudan sesuatu itu adalah sepert seolah-olah menyalahkan Allah dalam mewujudkannya. Sedarlah ...

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates