Sabtu, 4 Februari 2012

Shut up You?

In bukan Kedah Times cakap, tapi portal utama pro pembangkang yang cakap.

Senang saja PAS dan PR menyelesaikan isu. Bila sudah tidak boleh dikawal lagi, maka 'shut your mouth'. Itu saja boleh mereka lakukan untuk menyelesaikan isu.

Isu AUK dan KUIN bukan dimulakan oleh mana-mana blogger pro-BN. Isu ini dibangkitkan oleh sahabat karib PAS sendiri, PKR. 

Penyokong kuat Anwar yang mulakan dengan memohon tindakan dikenakan terhadap Azizan kerana menyokong AUKU.

Lepas tu dipanjangkan oleh Ketua propaganada PKR dengan menyeru supaya Azizan juga dikenakan tindakan kerana tidak mengikut apa yang termaktub dalam buku jinggay.

Kedah Times amat bersetuju jika Azizan berkata kepada sahabat-sahabat PKR ni  yang mereka 'tidak bekerja mengikut Islam'. Kerana mereka lebih utamakan  buku Jinggay dari AlQuran.

Beginilah cara PR menguruskan demokrasi. Kebebasan untuk mereka tetapi tidak untuk orang lain. Dan Azizan sudah menjadi mangsa mereka seterusnya. Shut up!


Isu KUIN: PAS arahkan Azizan tutup mulut

PAS kini mengarahkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak berhenti mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung kontroversi penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dimiliknya.

Ia selari dengan keputusan "tutup mulut" yang dikenakan oleh Pakatan Rakyat, lapor New Straits Times.

"Saya tidak akan lagi mengeluarkan kenyataan tentang kontroversi KUIN. Saya sudah terima arahan," Azizan (kiri) dilapor sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.

Sumber dilapor memberitahu bahawa arahan tutup mulut itu dibuat dalam mesyuarat biro politik PAS di Kuala Lumpur pada Rabu lalu selepas setiausaha politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor tampil menjelaskan isu itu.

"Pimpinan sudah mendengar penjelasan saya berhubung isu itu dan hanya akan memberikan pandangan mereka dalam mesyuarat berikutnya," Muhammad Sani dipetik sebagai berkata.

Lima mahasiswa universiti itu digantung April lalu kerana memprotes tindakan KUIN mengosongkan asrama mereka di Alor Setar. Bagaimanapun, empat daripadanya sudah tamat penggantungan itu.

Tindakan Azizan mempertahankan tindakan KUIN itu mengundang kritikan keras kumpulan mahasiswa sebelum ini, diikuti kritikan pemimpin pembangkang, aktivis peguam dan kumpulan NGO.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates