Isnin, 6 Februari 2012

Starbuck - Bangga sangatkah kita ..

Terkini ianya menjadi satu trend untuk minum kopi dan lepak-lepak di kafe seperti Starbucks. Kenapa jadi begini?

Mungkin kerana nampak ekslusif atau high class. Mungkin kerana servisnya bagus atau mungkin kerana pelayan-pelayan mudanya.

Starbucks memang terkenal juga di Malaysia terutama muda-mudi berlepak minum kopi sambil surf internet. Begitu juga dengan 'young executive' yang merasakan Starbucks adalah tempat ekslusif yang sesuai untuk mereka.

TETAPI Kedah Times menyarankan supaya kita semua kaji semula. Kenapa perlu mengelak minum atau makan di Starbucks ...

PADERI BOIKOT STARBUCKS COFFEE KERANA MENYOKONG PERKAHWINAN SEJENIS...!!!

Seorang paderi Kristian menggesa pengguna supaya memboikot Starbucks ekoran syarikat itu menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington, lapor King 5 News.

Steven Andrew yang juga Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) di California berkata, penganut Kristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang menentang ajaran Tuhan.

Starbucks boleh mengikut ajaran Syaitan jika mereka mahu, tetapi paderi-paderi akan membantu menyelamatkan penganut Kristian.

"Adakah anda di pihak Tuhan dan adakah anda sudi membantu AS dirahmati Tuhan..??" soal Andrew dalam satu kenyataan. Menurut Reuters, gesaan memboikot itu dikeluarkan Selasa lalu, sehari sebelum rang undang-undang tersebut dibentang di Dewan Senat Washington.

Institusi Paderi Kristian AS turut meminta penganut Kristian untuk menghentikan penyajian makanan dan minuman jenama itu di majlis-majlis dan kemudahan gereja. Selain Starbucks, lebih 100 syarikat lain turut menyokong rang undang-undang perkahwinan sejenis itu termasuk Nike, Google dan Microsoft.

Jika rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Perwakilan minggu depan, Washington akan menjadi negeri ketujuh di AS yang mengiktiraf perkahwinan sejenis. 

- AGENSI

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates