Jumaat, 3 Februari 2012

Tudiaaa Fatwa terbaru DAP

Inilah hasil tarbiyah PAS terhadap DAP. 

Kalau dulu kita biasa dengan fatwa PAS yang membawa kepada pemboikotan kenduri, sembelihan, sembahyang dan pelbagai program keagamaan ahli-ahli UMNO, tapi kita hasil kebijaksanaan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS, DAP sudah boleh mengeluarkan fatwa terhadap orang Islam.

Kehebatan Nik Aziz dan pemimpin PAS yang berjaya membawa kumpulan DAP membaca Ayat-ayat AlQuran, mengeluarkan Fatwa dan sebagainya tanpa perlu mengucap 2 kalimah syahadah dan menjadi penganut Islam tulin.

Tak perlu belajar agama, sudah boleh keluar fatwa. Itulah ajaran PAS selama ini. Tak hairanlah jika kelak akan ada ustaz-ustaz dalam DAP yang mengeluarkan fatwa. Kerana dalam PAS pun kita boleh lihat ustaz-uztaz jadian atau ustaz mee segera begitu ramai tanpa perlu mendalami ilmu agama.

Sadissnya ummah PAS hari ini ....

Seorang pemimpin kanan DAP mempersoalkan ‘keimanan’ bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya melempar tuduhan yang dianggap melulu terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, jika Hasan seorang yang baik dan beriman, beliau tidak menuduh PR bercita-cita, mahu menjadikan Malaysia negara republik, sekali gus menggugurkan Perkara 153 Perlembagaan Negara yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu.

“Tuduh itu tidak logik, jauh panggang dari api. Dia hanya mahu mengapi-apikan sentimen rakyat supaya membenci PR,” tegasnya.

“Sekarang dia cakap ikut sedap mulut saja, tipu orang sana sini, seolah-olah dia tahu semua perkara. Orang macam ini tak boleh pakai sebab suka menipu,” katanya Ahli Parlimen Kepong itu.

Menurutnya, jika Hasan seorang yang beriman, beliau tidak akan melemparkan tuduhan melulu serta tidak berasas terhadap orang lain.

“Saya mewakili DAP menafikan tuduhan beliau. Kita semua tahu kenapa dia dipecat.

“Kalau Pas sendiri pecat Hasan, kita pun tahu Hasan jenis orang macam mana dan sekarang siapa dia untuk bercakap tentang Pas? Beliau tidak ada jawatan lagi dalam Pas dan kenyataannya tidak menggambarkan kenyataan parti itu,” tegasnya.

Seng Giaw berkata, bukan sahaja Pas, malah DAP dan PKR juga berjuang pertahankan Perlembagaan Negara.

“Hasan hendak cari populariti sebab itulah tuduh kami macam-macam. Sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, keutamaan kami adalah mempertahankan kedaulatan undang-undang, bukan meminda.” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Hasan tidak layak bercakap mengenai hal itu kerana beliau anggota Pas.

“Saya tidak mahu ulas lagi mengenai dakwaan, kononnya PR berhasrat menggugurkan Perkara 153 dan menubuhkan negara republik.

“Kalau hendak tahu lagi mengenai perkara ini, tanya Hasan sahaja. Saya tidak mahu cakap,” katanya.

Menurutnya, sebagai bekas ahli Pas, kenyataan Hasan tidak patut diulas oleh pemimpin parti itu.



Terimakasih Pilihan Anda

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates