Ahad, 26 Februari 2012

UMNO Kembali Memerintah KEDAH?

Buat suspen saja tajuk di atas.

Kemelut kerajaan PR Kedah semakin menjadi kusut. Tidak nampak jalan penyelesain. Yang menjadi mangsa ialah rakyat Kedah sendiri. Nah! ambil inilah hasilnya dengan mengundi PR.

Dikata 3 Exco kanan sedang protes dan tidak sebulu dengan MB yang bakal menyaksikan satu KEJUTAN oleh Azizan pada majlis angkat sumpah exco baru pada 28 Februari 2012 ini. 

Kejutan apa kah itu? 

Seperti yang disebarkan, ketiga-tiga (atau 2 saja) katanya menolak dilantik semula sebagai exco dalam barisan yang bakal angkat sumpah. Mungkin ini protes mereka kerana Azizan masih kekal ingin menjadi MB walaupun dalam banyak hal beliau uzur atau tidak kisah sangat apa terjadi dengan urusan negeri.

Mungkin juga ketiga-tiga exco kanan ini sudah tahu yang mereka bakal tidak dilantik, maka mereka pun umum awal-awal yang mereka menolak perlantikan exco bari kelak. Tindakan pre-emp supaya orang tidak terkejut atau orang ramai tahu yang mereka menolak jawatan. Untuk naikkan saham atau populariti mereka.

Mungkin juga krisis yang sudah lama sudah tidak dapat dibendung lagi. Kerajaan yang satu masa dulu terpaksa merayu ADUN-ADUN PKR supaya tidak lari, kini berhadapan dengan ADUN dari PAS sendiri yang bakal lari kem.

Mungkin MB Azizan sudah tahu yang eco-exco kanan ini akan memboikot majlis tersebut, maka kejutan BESAR mungkin berlaku. Kejutan yang tidak disangka oleh rakyat dan semua ADUN-ADUN PR tak pernah terfikir.

APA Kejutan tu? Bayangkan PAS Bergabung dengan UMNO!


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates