Selasa, 21 Februari 2012

UMNO Memang layak

Jika pemimpin luar memberi pengiktirafan tertinggi kepada UMNO untuk membangunan ummah di Malaysia dan  jiran se negara seperti Indonesia, Thailand, Brunei, Filipina dan lain-lain, kenapa ada segelintir manusia di Malaysia yang masih enggan menerima hakikat tersebut?

Malah mereka senantiasa memburukkan UMNO dan pemimpinnya walaupun nikmat yang kecapi saban hari adalah hasil usaha UMNO dan pemimpinnya.

Apa yang sering keluar dari mulut ialah ini hak rakyat. Tiada siapa kata ianya hak UMNO atau Perdana Menteri.

Tetapi cuba bayangkan semua harta meredak tersebut tidak diuruskan dengan baik. Urus semua itu macam berniaga pasar malam atau gerai ABC ditepi jalan, hak tersebut dapat tak dikembalikan kepada rayat jelata untuk dinikmati?

Jika PAS terlalu bijak mengurus, Kedah Times cuma nak tahu apa terjadi kepada Kewangan Tabung Memali, Kohilal, kutipan ceramah-ceramah PAS?

Apa jadi kepada Kelantan yang diperintah PAS. 20 Tahun lebih walaupun dengan sumber bantuan kewangan dari kerajaan pusat tapi isu air ktor masih belum selesai.

Jika kita cakap tentang sikap puak-puak PKR, mereka lagi tidak bersyukur. Hatta pakaian DS Najib pun mereka putarbelitkan, inikan pula hal-ehwal kewangan. PKR urus macam mereka baru merampas harta perang. Satu untuk engkau, dua untuk aku. Satu untuk engkau, 10 untuk aku.

Ketelusan hanya untukorang lain, bukan untuk mereka.

Menipu di dunia mungkin terlepas, tetapi ingatlah diAkhirat kelak Allah akan tunjukkan kembali apa yang anda cuba sorokkan di dunia ini ...

 KUALA LUMPUR, 21 Feb. – Gabenor Kalimantan Timur, Indonesia Dr. H.Awang Faroek Ishak mengharapkan sokongan UMNO sebagai sebuah parti politik yang menjadi tunjang dalam pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi merialisasikan impian membangunkan ekonomi di kawasan mereka dan juga di rantau Asia Tenggara.
Katanya, UMNO adalah tulang belakang dalam pentadbiran Malaysia mempunyai kemampuan bagi membina dan membangunkan rangkaian ekonomi khususnya melibatkan para pengusaha antara dua negara.
“Hubungan kerjasama secara langsung dapat dilakukan dengan lebih lancar apabila wujudnya keserasian diantara para pemimpin apatah lagi di Kalimantan yang bersempadan dengan Sabah dan Sarawak mempunyai sumber asli dan pesat membangun dengan industri dan pertanian,” katanya.
Beliau yang mengetuai delegasi seramai 15 orang terdiri dari pemimpin masyarakat, wakil kementerian luar dan peniaga turut mempelawa para usahawan tempatan untuk melabur di Kalimantan Timur.
Dalam kesempatan tersebut, beliau turut meminta kerajaan Malaysia mempertimbangkan untuk membuka stesen pihak berkuasa Kastam (CIQ) di dua kawasan iaitu berhampiran Tawau, Sabah dan berhampiran Belaga, Sarawak bagi memudahkan urusan keluar masuk dan perdagangan di samping mampu mengelakkan penyeludupan antara dua negara.
“Hubungan Indonesia dan Malaysia bukan hanya melibatkan keakraban dalam politik tetapi ia akan turut sama dikongsi sebagai pengusaha bagi memajukan ekonomi kedua-dua negara dan rantau ini apatah lagi kedua-dua negara adalah rumpun yang sama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Hotel Seri Pacifik malam tadi.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Tengku Adnan turut melahirkan penghargaan atas kunjungan Dr. H.Awang Faroek Ishak dan berharap agar hubungan peringkat atasan akan dapat dipereratkan di peringkat akar umbi iaitu melibatkan jalinan kerjasama bagi masyarakat antara kedua-dua negara.
“Jika ada sebarang permasalahan atau kerumitan yang timbul, maka marilah kita selesaikannya dengan cara perbincangan tanpa menggunakan media massa sebagai perantara kerana ia hanya akan memburukkan keadaan,” katanya.
Delegasi terbabit berada di Kuala Lumpur dalam rangka lawatan selama empat hari bermula 18 – 21 Februari yang antara lain turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Sebagai generasi muda saya rasa tidak mustahil UMNO akan kembali menerajui Kedah pada PRU13 nanti. Kita harus ingat dalam dunia ini tempat mana yang tiada ditimpa hujan. Mungkin PRU12 satu ujian kepada PAS yang selama ini mengaku merekalah perjuangan islam terhebat didunia dengan bongkak dan sombong diri. Segala itu kerahsian Tuhan dan kehebatan Tuhan untuk menguji sejauh mana kebenaran akan kata-kata pemimpin PAS itu.

Kini kita lihat apakah seperti yang dikata dan dijanji dikotakan?. Tepuk dada tanyalah iman...
Kita juga harus ingat mungkin PRU12 satu ujian pada UMNO dan BN yang mungkin melakukan kesilapan dan lupa diri bila berada dipuncak ataupun kalangan UMNO sudah puashati menikmati kesenangan hidup dan hendak cuba merasai kerasahan kehidupan?

Apa yang penting kini pemimpin dan ahli2 UMNO harus bermuhasabah diri dan bersatu kembali serta buangkan sifat iri hati, hasad dengki, keegoaan, kesombongan dan megah diri. Mereka harus hormat menghormati dan bekerja keras untuk menawan kembali hati2 ahli2 UMNO dan jiwa raga pembangkang untuk kembali menyokong UMNO.

Pemimpin UMNO harus tajam mata hati dan tidak mudah tertusuk racun berbisa serta hasad dengki jarum parti menjatuh sesama sendiri dan harus kenal siapa musuh dalam selimut dalam parti dan kawan sejati.

Buangkan kasta dan puak2 dan satukan semua bangsa serta sepakat kata hati untuk kejayaan bersama.

Kita harus buka mata dan buka hati atas penipuan PAS selama ini diantaranya yang nyata :-

Cangangan PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

Tetapi bagimana PRU12

PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

Isu mungkar pula kata PAS “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

Selepas PAS Perintah dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

PAS kata UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

Dan bila PAS berkuasa PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

Itu antara pembohongan nyata PAS dan banyak lagi jika nak utarakan dan fikirlah......... dan tak mustahil BN kembali menerajui Kedah pada PRU13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

umno memang terbaikkk...,... ada sesetengah di peringakat bahagian yg terburukkkk... contoh rozai... memang bodoh dan bahlul.. sombong bodoh, hati busuk... kalau bertanding di pendang sampai bilapun BN tak akan menang..

Tanpa Nama berkata...

rozai perangai macam komuniss...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates