Ahad, 26 Februari 2012

Ustaz BESAR PKR ditangkap


Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Amin ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang bernama Zatiwani yang berkerja sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin Pahang.
Zatiwani juga merupakan Isteri kepada seorang lelaki bernama Fazli Pungut, beliau ditangkap di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.
Dilaporkan bahawa pemimpin PKR Badrul Amin Bahrum telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang di Swiss Garden Pahang.
Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.
“Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.
Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.
“Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.

Berikut SMS yang dihantar oleh Badrol Amin kepada beberapa ahli PKR :
"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula"

Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.


Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Apa nak hairankan, setiap bernama insan tidak dapat lari dari nafsu dan godaan syaitan. Lagi besar pengakuan sebagai ulamak lagi syok syawat bergelegak dengan status dan tarafnya. Ingat syaitan akan lari bila ada kekuatan SABAR.

Apa nak hairan golongan ulamak ini apabila secara terangan menegak dan membela Elizabeth Wong berbogel dan mereka membenarkannya malah sanggup menitiskan air mata. Tak hairan bagi mereka kafir DAP disamakan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Buktinya :-
Walaupun sudah dijanjikan syurga oleh Nik Aziz, atas sifat sebagai ahli khawarij yang sudah dijanjikan syurga maka ahli ahli PAS bebas melakukan apa saja.

Dalam suasana yang hening ,tengah malam adalah waktu yang sesuai untuk bersolat hajat atau pun istikarah,jam 1.30 pagi Md Din Jusoh memilih waktu sebegitu untuk mencapai nikmat syurga tanah tiga segi milik wanita Indonesia.



2 hari lepas Md Din Jusoh Pegawai Khas Adun PAS Bukit Payong Terengganu, telah sampai ke makam nikmat hasil daripada asmaradana terlarang bersama pasangannya Udek Kurniasa Ujak berumur 34 tahun dari Bogor Indonesia.

Surau bukan saja dijadikan tempat perselingkohan politik gampangan khawarij PAS tetapi turut dijadikan tempat pemuas nafsu bersama pasangan mereka.Md Din Jusoh di tangkap dalam keadaan bercumbuan , berbaring dan totey yang basah dalam kereta di kawasan Surau Kg. Alur Tuman, Pulau Kerengga, Marang.


Berzina adalah salah satu aktiviti semasa waktu lapang kaum puak khawarij.Ubat kuat,ubat mandi adik,ubat tahan lama begitu laris di jual di Harakah portal lidah bercabang khawarij.Jika yang rajin ke ceramah ceramah khawarij PAS akan melihat deretan gerai gerai ubat kuat yang dijual khas untuk kaum puak khawarij.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates