Selasa, 14 Februari 2012

Wajarkah Pas masih lagi setia membontoti PR

Oleh: pakteh

Pas pernah bersatu dengan UMNO satu ketika dulu. Hasilnya ada pimpinan PAS yang dilantik menjadi menteri. Pas ketika itu dilihat mempergunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk mengaut keuntungan politik. Pertambahan ahli malah sokongan politik juga begitu terasa. Felda yang awalnya boleh dikatakan 100% UMNO diselit dan dicilok secara mudah oleh menteri dari Pas yang berkebetulan menjaga fotfolio berkaitan.

Gambarannya jelas, UMNO memberi ruang terbuka kepada sekutunya dalam BN untuk maju kehadapan malah turut menyokong dan saling membantu.

Awal 90an, Pas bergabung lagi tapi kali ini dengan Semangat 46 namun tidak kekal lama.
Lewat 90an, Pas bergabung lagi dan lebih dahsyat kali ini dengan DAP yang sebelum ini difatwakan HARAM oleh Haji Hadi.
2008, Pas bergabung lagi malah lebih serius apabila seperti bercantum hati dengan DAP dan PKR.

Bukan hasrat Pakteh menilai sejarah namun tindakan PAS kali terakhir ini seperti mengundang padah. Sebaik kejayaan cemerlang 2008, Pas mula dilihat melukut ditepi gantang. Pas hanya diperlukan untuk meramaikan majlis, menjaga jalan malah dipergunakan untuk tidur atas jalan.

Pas telah korbankan segala-galanya demi PR. Tidak ada bait lagu yang mampu menceritakan pengorbanan Pas untuk terus setia dalam PR. Segala-galanya diikut tanpa bantah oleh Pas.

Pakteh percaya hati nurani Pas ingin bersama UMNO memperjuangkan isu kalimah Allah tetapi PR kata JANGAN.
Pakteh percaya degup jantung Pas ingin turut menghalang kes Murtad di Selangor bersama Hassan Ali namun kaki tangan Pas diikat DAP/PKR
Pakteh Percaya suara kecil Pas ingin terus berslogan "Negara Islam" tetapi PR mahukan "Negara Berkebajikan"

Perubahan dari "Negara Islam" kepada "Negara Berkebajikan" merupakan PENGORBANAN terbesar Pas.

Sayang seribu kali sayang, pengorbanan yang sebegini besar langsung tidak dipandang oleh PKR dan DAP. Bagi kedua-dua parti ini, Pas hanya boleh mengikut dan tidak boleh lebih dari itu walaupun ahli Pas paling ramai diantara ketiga parti ini.

Apa sahaja suara Haji Hadi berkaitan Islam, Karpal Sigh akan membantah malah memberi amaran keras.
Bayangkan bekas Ketua Pesuruhjaya Pas Selangor diperintahkan dipecat oleh Azmin Ali, bukankah ini menjatuhkan maruah Pas.......ini juga dikorbankan oleh Pas.

Hari ini, Nik Aziz pula menjadi MANGSA.
Gara-gara memberi 2 pilihan kepada Anwar, Saman WSJ atau tarik balik kenyataan berkaitan Israel, Mursyidul Am Pas yang begitu dihormati telah dilunyai habis-habisan oleh blogger PKR. Puak ini mengungkit apa perlunya PAS membincangkan isu Anwar dalam mesyuarat Pas sedangkan Anwar bukan ahli Pas. Apakah mereka terlupa Hassan Ali juga bukan ahli PKR apabila Azmin Ali sarankan Hassan Ali dipecat.

Jika Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar kelantan yang juga Mursyidul Am Pas boleh dihina dan diperlakukan sedemikian rupa, Pakteh fikir, Kesetiaan Pas kepada PR sudah amat tidak berbaloi. Terlalu banyak yang dikorbankan. Janganlah pula akhir nanti Haji Hadi, Ust. Nasha dan beberapa lagi yang dianggap Pro Perpaduan dihambat keluar dari Pas dan Anwar diangkat menjadi Presiden.

Jangan membaca tulisan Pakteh dengan dada penuh syak wasangka tetapi bacalah dengan akal yang sempurna dan berlapang dada. Bacalah dengan minda terbuka dan berbaik sangka. InsyaAllah...anda akan lihat betapa Pas diperguna seteruk-teruknya sehinggakan Mursyidul Am dan Presiden sendiri mula diletak dibawah tapak kaki Anwar dan rakan DAPnya.

p/s: Pakteh cuma berbicara.....itu Mursyidul Am anda....itu Presiden parti anda....Pakteh tak rugi apa-apa kerana Presiden parti Pakteh masih gagah manaungi nusa dan bangsa.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates