Rabu, 21 Mac 2012

8 Ahli KPF yang BODOH


Kedah Times telah dijemput menghadiri satu sesi penerangan mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh CEO nya iaitu Datuk Sabri Ahmad.

Yang sahnya penyenaraian ini tidak langsung melibatkan TANAH HAKMILIK peneroka. Jadi apa yang nak ditakutkan oleh peneroka? 

Tanah Hak Milik peneroka tidak disentuhpun. Sebaliknya tanah Felda Plantation Industries yang beratus ribu ekar saja yang terlibat. Tanah-tanah ini bakal disewa oleh FGVH dari Felda Plantation Industries; bukannya dibeli oleh FGVH atau digadai oleh Felda Plantation kepada FGVH.

Jadi jika apapun terjadi kepada FGVH, tanah tersebut tidak akan tergadai kepada pihak lain. 

Kedah Times hairan kenapa ada puak-puak tertentu yang takut sangat dengan penyenaraian FGVH. Tapi yang sahnya mereka takutkan peneroka TERIMA durian RUNTUH yang bakal melihat mereka akan hilang sokongan terus dari peneroka.

Koperasi Permodalan Felda adalah entiti asing yang mengutip sumbangan dari ahli-ahli yang hampir kesemuanya ahli felda. Duit tersebut dilabur dalam syarikat-syarikat tertentu yang boleh memberi dividen atau pulangan untuk dikembalikan kepada peserta koperasi. 

Solan Kedah Times kepada puak-puak yang menghalang penyenaraian FGVH, kenapa tiada apa-apa tindakan diambil apabila KPF rugi dalam pelaburannya dalam syarikat roti High Five (high5) iaitu SilverBrid yang berjumlah jutaan riggit.

Walhal penyenaraian FGVH bakal memberi pulangan ratusan jutaan ringgit kepada KPF dan ianya dijamin kerajaan.

Fikiran songsang dan melawan arus selalu membawa kepada kerugian. KPF bakal kehilangan keuntungan yang besar. Ikut Mazlan Aliman, anda jadi bodoh. 

Ikut UMNO/BN anda dapat nikmat anugerah Allah SWT.  

Inilah sebenarnya yang mereka takutkan:

PAS Takut Peneroka Untung, Takut BN Semakin Kukuh di Felda

Memandangkan pilihanraya semakin hampir, pembangkang semakin galak menjadikan Felda sasaran serangan mereka.  Mungkin di mata mereka, inilah satu-satunya isu yang ‘bernas’ untuk dimainkan.  Jika tidak hanya Datin Seri Rosmahlah yang dijadikan modal mereka untuk mencari kecacatan kerajaan dan Perdana Menteri.  

Semalam Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, membuat kecoh di parlimen menuntut kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas Parlimen bagi membincangkan tentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. 

Alasannya ialah terdapat peneroka yang yang membantah penyenaraian FGVH melalui memorandum dan injunksi mahkamah bagi menghalang anak syarikat Felda itu disenaraikan di Bursa Malaysia pada Mei/Jun ini.

Dengan itu, beliau menggesa agar kerajaan mengadakan satu referendum di antara Felda dan para peneroka Felda untuk mendapat kepastian mengenai jumlah sebenar yang menyokong atau yang tidak menyokong keputusan tersebut. 

Jelas di sini bahawa Salahuddin dan PR, amnya bukannya ingin membela nasib peneroka atau sesiapa, tetapi mereka hanya ingin mencari publisiti murahan.  

Strategi ini adalah sama seperti yang mereka lakukan dalam isu Lynas di mana mereka memilih jalan membuat bising di jalanan dan bukannya mencari penyelesaian secara tuntas mengikut undang-undang.  

Cumanya, di dalam isu Felda ini, mereka memilih undang-undang dan menghabiskan wang rakyat daripada membiarkan ianya ditentukan secara aman dan diplomasi di dalam Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM).   Ini kerana cara ini akan memberikan lebih banyak publisiti kepada pembangkang.  

Sedangkan, jika alasannya adalah untuk mendapat gambaran sebenar sokongan peneroka terhadap penyeneraian ini, ia sudah boleh dilakukan melalui EGM sebelum ini yang meletakkan agenda perbincangan mengenai isu ini antara Felda dengan Koperasi Permodalan Felda (KPF).   Cara ini adalah lebih demokratik di mana undian boleh diadakan bagi mencari penyelesaian yang mampu memuaskan hati semua pihak.

Tetapi, PAS juga yang bertindak menghalang EGM tersebut dari berlangsung pada 29 Februari lalu.  Dan kini mendesak agar referendum di antara dua pihak itu diadakan pula.  

Apakah rasionalnya tindakan PAS ini?  Bukankah ini menunjukkan yang pembangkang sengaja ingin membuat bising? 

Benar, jumlah peneroka Felda adalah 112,635 dan hanya 1,300 orang daripada mereka terpilih sebagai wakil dalam KPF.  Namun wakil KPF itu telah dipertanggungjawabkan untuk membawa suara majoriti para peneroka dari kawasan masing-masing dan tidak ada alasan bahawa suara 1,300 tersebut tidak akan menunjukkan suara majoriti dari 112,635 orang.  

Bayangkan berapa lama dan berapa banyak kos yang perlu digunakan untuk mengadakan referendum bagi mendapat pandangan 112,635 orang peneroka dari seluruh pelusuk pedalaman Felda.   Nampak benar apa yang disarankan oleh PAS ini amatlah tidak masuk akal sekali gus menggambarkan cara pemikiran PAS yang tidak rasional, tidak professional dan tidak realistik sama sekali.  

Dalam ertikata lain, PAS hanya ingin memanjangkan isu Felda ini demi memberi sedikit modal untuk mereka berceramah dalam kempen pilihanraya nanti.  Ia tiada kena mengena dengan membela nasib peneroka atau siapa saja.  

Apa yang PAS lakukan hanya akan merugikan para peneroka kerana PAS ingin menafikan ‘durian runtuh’ yang bakal dinikmati mereka hasil penyenaraian ini.   

Takut benar PAS jika peneroka mendapat nikmat kerana ia hanya akan menunjukkan betapa bijaknya kerajaan dan pengurusan Felda, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan BN di dalam Felda.  


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates