Rabu, 21 Mac 2012

Anwar perlu LETAK JAWATAN


Kedah Times petik dari blog Pro pakatan.

1. Mereka juga sudah percaya yang Anwar perlu letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang, MP Permatang Pauh dan Penasihat kerajaan Selangor.

2. Mereka juga sudah sedar yang Anwar memang kaki ZINA.

3. Mereka lebih percayakan CIA, Scotland yard dari PDRM sendiri. 

4. Mereka sendiri sudah tidak yakin dengan Anwar Ibrahim.

Kedah Times sarankan agar Anwar Ibrahim kaki zina letak jawatan dan duduk diam-diam sambil bermain dengan cucu. Bertaubat dan mohon Allah SWT ampunkan dosa-dosa Zina, berbohong dan menipu beliau yang telah dilakukan selama ini.

Video Seks: Scotland Yard, CIA Boleh Bersihkan Nama Anwar

MAJORITI blog-blog pro UMNO hari ini membangkitkan persoalan mengenai video seks kedua yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi kali ini dirakamkan di Thailand.

Walaupun soal video seks kedua ini bukanlah pertama kali dibangkitkan malah telah beberapa kali menjadi isu sebelum ini, tapi dilihat dari banyaknya blog-blog pro UMNO yang membangkitkan isu tersebut, membuatkan penulis tertanya-tanya sama ada adakah kali ini video tersebut benar-benar akan diedarkan?

Penulis mendapat maklumat dari badan-badan kajiselidik yang rapat dengan PAS, isu video seks Anwar yang pertama itu masih panas dibincangkan di kalangan rakyat sehingga sekarang.  Walaupun pelbagai penjelasan dan persoalan telah dibangkitkan, tapi isu tersebut masih lagi dikatakan menjadi faktor penentu hidup mati masa depan politik Anwar dalam pilihanraya akan datang.

Menurut kaji selidik itu lagi, persoalannya yang menjadi buah mulut rakyat ialah bukan Anwar sebagai individu melakukan zina tapi Anwar sebagai PEMIMPIN berzina!!

Soal ini penulis sedia maklum kerana mengambil contoh di Amerika Syarikat dimana soal mengadakan hubungan seks ini adalah hak individu (selagi mendapat persetujuan bersama), tapi seakan menjadi undang-undang yang tidak tertulis pemimpin politik yang terpalit dengan skandal sedemikian tidak layak menjadi Presiden Amerika Syarikat, mahupun menjawat jawatan dalam Senat.

Itu kita bercakap tentang USA, apatah lagi di negara kita Malaysia ini yang diiktiraf sebagai negara Islam dan dihuni majoriti orang Melayu.

Justeru, penulis merasakan Anwar sepatutnya mendapatkan satu salinan video tersebut dari pihak polis dan menghantarnya untuk di analisa oleh pihak-pihak berkecuali tapi terkenal dengan kemahiran untuk menentukan kandungan video tersebut sama ada palsu atau tulen.

Walaupun pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah menghantar salinan video tersebut kepada beberapa pakar luar negara untuk mengesahkan ketulenan kandungan video tersebut, tapi keputusannya itu boleh dipertikaikan kerana tidak dinamakan kelayakan penganalisa yang melakukan analisis video tersebut.

Tambahan pula dengan intergriti PDRM sendiri yang boleh dipertikaikan.

Dalam hal ini, penulis mencadangkan Anwar untuk menggunakan khidmat CIA dan Scotland Yard.  Keupayaan kedua agensi perisikan antarabangsa terkenal ini tidak boleh dinafikan dengan kejayaan menyelesaikan beberapa kes berprofil tinggi yang melibatkan penggunaan kamera tersembunyi bagi tujuan counter intelligence dan sebagainya.

Walaupun ada usaha dari para blogger Pakatan Rakyat untuk mempertikaikan kesahihan video seks pertama dengan membangkitkan pelbagai persoalan seperti janggut, perut dan sebagainya, tapi penulis lihat semua itu tidak begitu berkesan jika dibandingkan dengan penemuan yang bakal dibuat 2 agensi perisikan yang tersebut di atas.

Ini kerana pertikaian itu melibat soal logik dan setakat mana pemahaman penulis blog semata-mata, tidak langsung menyentuh tentang teknik pencahayaan dan sebagainya, yang hanya layak disebut oleh mereka yang pakar.

Anwar sebaiknya tidak perlu menunggu kehadiran video kedua yang sedang hebat diperkatakan oleh para blogger UMNO sekarang untuk mengambil tindakan.  Ia perlu dilakukan lebih awal lagi bagi menutup terus mulut para pemfitnah ini dan dengan itu apa sahaja ‘pendedahan’ yang dibuat mereka, hilang kredebilitinya dari awal lagi.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

bukan sekadar letak jawatan je seharus kerajaan dah di ISA kan kerajaan 'berkomplot' dengan kuasa asing nAK JAHANAM kam negara.Subversif.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates