Khamis, 22 Mac 2012

Anwar Proksi Israel di Asia

Selepas sahaja Anwar membuat pengakuan yang keselamatan Israel adalah penting, Obama juga mengulangi perkara yang sama kepada pelobi-pelobi Yahudi di Amerika Syarikat.

Nampaknya kuasa Yahudi amat kuat ke atas Anwar sehingga beliau mendahului Obama dalam menyebut tentang keperluan menjaga keselamatan Israel. 

Apakah Anwar adalah proksi Israel di Malaysia khasnya dan Asia amnya? Itu kita kena tanya Anwar dan Israel. tetapi segala tingkahlaku Anwar sudah jadi macam Yahudi.

Wahai Melayu Islam dari PKR dan PAS, masih tak boleh fikir atau baca lagi ke siapa Anwar sebenar?


OBAMA, ANWAR BERCAKAP LINGO SAMA SOKONG ISRAEL

Pada 4 Mach lalu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama, ketika berucap pada Persidangan Dasar AIPAC di Pusat Konvensyen mengatakan Washington terus komited mempertahankan keselamatan Israel, walaupun negara itu melakukan penindasan ke atas penduduk Palestin.

Obama, bahkan menganggap isu keselamatan Israel adalah suatu yang suci dan mulia atau 'sacrosanct'. 

Awal daripada kenyataan Obama tersebut yang dibuat dihadapn ribuan tokoh Zionis-Yahudi dari seluruh Amerika Syarikat dan Israel, Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim juga membuat kenyataan yang 100 peratus sama kepada sebuah akhbar milik Yahudi.

Ketika ditemuramah dan ditanya mengenai pendapat beliau megenai isu keselamatan Israel dalam konteks konflik Palestin-Israel oleh Wall Street Journal pada 26 Januari 2012, Anwar dengan bangganya berkata:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel...," yang bermaksud "Saya menyokong semua usaha untuk menjamin keselamatan negara Israel..."

Apa yang disebut oleh Obama mempertahankan negara haram Israel sememangnya telah dijangka kerana Israel adalah negara satelit Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah.

Amerika Syarikat yang bertindak sebagai 'ayah angkat' kepada Israel akan berbuat apa sahaja untuk mempertahankan negara itu dari segenap aspek kewujudannya termasuk kewangan, subsidi, ketenteraan, bantuan ekonomi dan sebagainya.

AIPAC pula merupakan satu badan pelobi Zionis-Yahudi yang berpusat di washington bagi menjamin segala dasar Amerika Syarikat terhadap Israel wajiblah menguntungkan negara itu.

Jadi apabila dikaji kenyataan Anwar yang saling tidak tumpah dengan apa yang disebut oleh Obama maka timbul persoalan asas dalam fikiran umat Islam di Malaysia, apakah bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga berkongsi pentas dengan Amerika Syarikat mempertahankan Israel?

Jawapannya boleh dilihat daripada sikap yang diambil oleh Anwar sendiri apabila beliau digasak bertalu-talu oleh umat Islam di negara ini berhubung kenyataan beliau itu.

Bukan hanya beliau terlalu bongkak dan sombong untuk memohon maaf kerana melukakann perasaan umat Islam di Malaysia, Palestin malah diseluruh dunia, bahkan Anwar tetap mempertahankan pendirian menyokong Israel, walaupun 'Israel menindas penduduk Palestin' seperti mana yang disebut oleh Obama dalam ucapannya.

Yang lebih mengejutkan ialah sikap Anwar ang menolak mentah-mentah keputusan Majlis Syura PAS yang mendesaknya menarik balik kenyataan beliau atau menyaman WSJ jika kenyataan beliau tersebut telah disalahertikan oleh akhbar itu.

Anwar tidak mahu menarik balik kenyataannya mahupun menyaman WSJ.

Kini terbongkar pula dakwaan bahawa Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR menerima dana dan bantuan kewangan daripada badan-badan bukan kerajaan yang berpengkalan samada di Amerika Syarikat atau Eropah.

Apakah hubungkaitnya sebuah parti yang didaftarkan di negara ini dengan pertubuhan-pertubuhan yang kononnya mempromasi demokrasi, keadilan dan ketelusan.

Tidak lain tidak bukan NGO-NGO ini adalah pertubuhan yang didalangi oleh gerakan Zionis antarabangsa untuk melemahkan negara-negara Islam seperti Malaysia dengan menerapkan nilai-nilai demokrasi ala Barat.

Pertubuhan yang melimpah ruah  dengan dana ini dengan mudahnya sekali menyalurkan bantuan kewangan untuk mendokong aktiviti-aktiviti mana-mana organisasi di negara ini untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka.

PKR adalah antara penerima dana-dana tersebut sejak ia bergerak aktif pada 1998.

Oleh sebab itulah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan tujuan dana yang diterima oleh PKR dan parti-parti politik pembangkang adalah dengan matlamat untuk menjatuhkan kerajaan.

Agenda menjatuhkan kerajaan bererti rancangan untuk membinasakan sistem politik negara yang berteraskan kepada dominasi politik bangsa Melayu dengan Islam sebagai asasnya.

Nyata kenyataan Obama dan Anwar berhubung Israel merupakan skrip lumrah yang mesti diucapkan oleh mana-mana tokoh yang pro-Israel apabila memperkatakan tentang isu keselamatannya.

"...support all efforts to protect the security of the State of Israel" adalah mantra suci yang mesti dilafazkan samada oleh Obama atau Anwar atau mana-mana individu yang tergolong dalam kategori 'friend of the West'.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates