Selasa, 27 Mac 2012

Batal PTPTN, Pendidikan Percuma Untuk Rakyat

Pakatan Rakyat kini cuba memancing pelajar dengan menjual mimpi kononnya jika mereka berjaya memerintah, maka PTPTN akan dihapuskan dan pelajar akan diberi pendidikan secara percuma.

Kita bukanlah tidak bersetuju dengan cadangan tahap bulan bintang sebegini, cuma sebelum ditelan segala janji-janji sebelum memegang kuasa ini, beberapa perkara ingin kita telitidulu:

1. Kenapa kerajaan negeri tidak menghapuskan sahaja pinjaman pelajaran yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri pembangkang yang cuma seciput, barulah kita boleh percaya mereka nak hapuskan yang berbilion.

2. PTPTN tidak mewajibkan graduan membayar pinjaman mereka dengan wang sendiri sahaja. Jadi Kerajaan negeri Pakatan Rakyat boleh tolong hulurkan wang untuk bayarkan hutang pelajar kepada PTPTN, kalau tidak 100%, bayarkanlah 50%

3. Yuran PASTI dan Yuran Sekolah dibawah Kerajaan Negeri perlu dilupuskan dulu.

Pakatan Rakyat kalau hendak meyakinkan rakyat, perlulah menunjukkan bahawa mereka tidak sekadar bercakap, tetapi mengambil langkah semampu mereka mengurangkan beban pelajar.





2 comments:

Tanpa Nama berkata...

GRAND SALE DEKAT Pilihanraya,kalau nak ikut iklan PEMBANGKANG semuanya akan dapat percuma.Cuma diaorang x janji nak suap makanan kt mulut je.Terpulanglah kpd anda nak percaya ke tidak,

Tanpa Nama berkata...

yuran PASTI pun lagi mahai dari tadika KEMAS, cakap saja boleh la, Guan Eng sampai la ni tol sg nyioq pun tak boleh nak bagi free lagi

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates